Friday, January 08, 2016

..:: Berpantang Bersalin ::..


Hari ni Adeela dah berusia 51 hari dan aku dah habis pantang 44 hari. Alhamdulillah... suka, duka dalam berpantang menyimpan didikan untuk diri aku untuk aku peringatkan pada masa akan datang. Sebelum ni tertanya-tanya, "kenapa pantang perlu 44 hari? ada pula 60 hari dan 100 hari." Alhamdulillah aku ambil peluang pantang kali ini untuk saya lebih menghayati saya berpantang dan penjagaan bayi.

BERPANTANG 44 HARI

Setiap badan manusia tidak sama tahap ketahanan dan penerimaannya. Namun ada perkara basic yang semua badan mengalami keadaan yang sama. Yang mana kalau tak sama, mungkin ianya bermasalah. Setiap individu harus mengenali badannya sendiri, dan tidak boleh menyamakan apa yang berlaku pada badannya dengan orang lain.

Setiap tumbuhan dan haiwan yang kita makan ada khasiatnya yang tersendiri. Dan perlu digunakan sesuai dengan keadaannya. Dalam keadaan sihat dan stabil kita harus mengambil semua jenis khasiat tersebut secara seimbang. Sesekali makan makanan yang tidak berkhasiat mungkin tidak mendatangkan masalah pada kesihatan. Namun berlainan bagi orang yang tidak sihat disebabkan sesuatu penyakit. Contohnya pesakit gaut tidak boleh makan seafood keranan kandungan zat dalam seafood tidak sesuai untuk penyakitnya. Jadi perlulah dia berpantang dari makan seafood.

Ada orang perlu pantang sesetengah jenis makanan kerana tidak serasi dengan badannya, tetapi tidak bagi individu yang lain, mungkin makanan lain pula yang dia perlu pantang. Ada saja ibu bersalin yang boleh saja makan semua makanan dan tidak memudaratkan dia atau bayi, maka tidak perlulah dia pantang. Alhamdulillah senang bagi dia. Ada juga ibu bersalin yang boleh saja buat kerja-kerja rumah semasa pantang dan tidak berasa bentang kerananya, alhamdulillah itu satu kemudahan bagi dia. Tetapi jika badan yang jenis tidak tahan dan perlu berpantang maka perlu jugalah berpantang.

Dua minggu pertama

Dalam masa dua minggu awal bersalin, badan dalam keadaan yang amat lemah. Dalam masa ini ibu bersalin perlu rehat sebaiknya. Seeloknya semua urusan diuruskan oleh pembantu, seperti memandikan bayi, basuh dan sidai baju walaupun basuh dgn mesen, uruskan anak-anak yang lain. Tidak kurang penting adalah semua pihak harus menjaga emosi ibu bersalin. Dinasihatkan untuk berbaring dalam kebanyakan waktu dan duduk hanya untuk masa yang singkat. Elakkan daripada terpaksa keluar rumah seperti keluar untuk cek Jaundice. Sangat bagus jika jururawat dapat datang dan cek di rumah. Ibu bersalin atau suami mungkin tak perasan bahawa ibu tersebut sebenarnya masih lemah. Yelah tak patah kaki tangan dan boleh berjalan kan... laju pulak tu kalau yang tak berjahit tu. Tapi akan rasa badan lemah setelah buat kerja tu. sebenarnya kita struggle untuk buat tu.

Sahabat-sahabat, jiran dan keluarga jauh jika boleh tak perlu berziarah dulu dalam masa dua minggu ni kecuali jika ibu bersalin itu sangat memerlukan anda datang. Kenapa? sebab ibu bersalin tak boleh nak duduk lama sebenarnya, pening dan lemah badan. Jika orang dulu-dulu mereka faham, bila berziarah orang baru lepas bersalin,biarkan saja mereka baring. Borak sambil baring is ok. Tidak dikira tidak menghormati tetamu buat masa ni. Zaman sekarang ni orang yang berziarah tak faham, orang bersalin punnn tak faham. Termasukalah saya. Bila hari dah malam, barulah badan terasa sakit-sakit, rasa nak demam, panas sejuk. Sesungguhnya tak pernah rasa seumur hidup sakit macam tu. Hanya Allah yang tahu. Nak cerita kat orang tak bersalin memang susah, apatah lagi lelaki.... a.k.a suami lah tu.

Selepas dua minggu

Kita boleh rasa badan kita selepas dua minggu adalah lebih sihat dan lebih kuat. Tapi beringatlah, kita belum lagi sihat dan kuat. Cuma rasa lebih bertenaga dari sebelum ni.

InsyaAllah masa ni lebih sesuai untuk berziarah. Datanglah dengan keceriaan dan menghiburkan hati ibu bersalin. Jika ada tips penjagaan diri dan bayi kongsikan bersamanya. Sebaliknya jangan tambahkan kegusaran hatinya.

Selepas dua minggu ini mungkin badan sudah cukup kuat untuk pegang periuk. insyaAllah boleh buat sikit-sikit, tapi tidak boleh drastik dan buat kerja berat atau banyak. Buat kerja hanya untuk keperluan diri sendiri sahaja. Masa ini juga masih perlukan banyak rehat dan tidur. Jika kita over do pada masa ini badan akan terasa sakit atau dipanggil bentan.

Jika berasa badan bentan ketika ini, bertungkulah satu badan sehingga berpeluh dengan menggunakan tungku moden atau tradisional. Elok juga diurus lembut oleh pembantu lain untuk melegakan kesakitan. Elakkan kipas dan aircond. Kalau manusia lain panas, suruh dia duk jauh2....tempat yang ada kipas atau aircond... huhu... Orang yang bersama orang pantang seharusnya faham keadaan orang pantang. Keutamaan adalah kepada orang pantang dan bayi. Seeloknya berpantanglah bersama confinement lady atau mak atau makcik-makcik yang pernah bersalin, kerana mereka lebih memahami keadaan kita. Kesakitan dan kegusaran dalam hati kita boleh kita bincang bersama mereka.

Teruskan berpantang selama 44 hari, bertungku dan berbengkung

Selepas 40 hari

Selepas 40 hari, kita dapat rasa badan sudah tidak lagi sakit dan lemah bila buat kerja. Boleh cuba buat sikit-skit.

Selepas 44 hari

InsyaAllah pada ketika ini badan akan rasa lebih sihat dan bertenaga. Pada masa ini kita dah boleh buat kerja lebih banyak dan sudah tidak berasa bentang. Tetapi haruslah beransur-ansur dan dengar keperluan badan kita. Kita mungkin akan rasa sakit sedikit di sendi-sendi atau kaki jika over do, tetapi tidak sehingga bentan. Bacalah badan kita dan ketahui limitasinya. Tingkatkan kerja dan masa buat kerja kita gradually.

Alhamdulillah melepasi 44 hari.

Perjalan berpantang kali ini saya lebih menghayati dari segi masa dan keadaan diri saya. Maka saya faham kenapa ianya perlu 44 hari.

Pantang 60 Hari

Ada yang meneruskan lagi pantang hingga 60 hari. Bagi saya logik saja. Masa ini masih lagi menjaga pemakanan dan diri. InsyaAllah badan lebih sihat. 44 hari bukan kata kita dah sihat sepenuhnya. Badan mungkin belum rasa sepenuhnya sihat selepas 44 hari.

Pantang 100 hari

Pantang 100 hari lebih dikaitkan dengan tidak melakukan hubungan kelamin dengan suami dalam masa 100 hari untuk menjaga kesihatan dalaman wanita. Namun ada juga pendapat yang menyanggah pendapat tersebut atas beberapa sebab dan faktor yang malas saya nak hurai disini... :) Apa yang boleh saya simpulkan.. pantang 100 hari lebih perlu untuk menjaga dari segi pemakanan yang mana pemakanan orang pantang ni adalah menu sihat. Dari segi seksual ianya tiada bukti yang saintifik, kerana banyak bersandar kepada, "apabila tua nanti sakit."

Thursday, December 10, 2015

..:: Adeela Fatihah bt Mohd Helmi ::..

Alhamdulillah.... pd 19hb Nov 2015, aku telah selamat melahirkan seorg baby girl seberat 3.07kg pada pukul 12.44noon di hospital sg buloh...

Alhamdulillah.... proses kelahiran kali ini memberi aku satu pengalaman yg paling berharga..  x sempat nak masuk labour room pun. Aku bersalin kat PAC jer....

1st aku nak bg nama Afeena Fatihah... tp abahnya x brapa berkenan pd Afeena. Maksudnya x kena sgt.... jadilah Aufa Fatihah lah.... Aminah lah... Rahimah lah.... tp akhirnya, Adeela Fatihah yg menjadi pilihan ummi dan abah utk diberikan pd puteri kami....

Tuesday, August 25, 2015

..:; Gadjet Idaman Hati ::..

Perghhh.... Klau nak dibandingkan antara ummi dan abah, ummi lah yg selalu tukar handphone. Abah plak selalu amik handphone lama ummi bila ummi beli handphone baru....

Cam lain jer bunyinya ni.. hehhehehheee...

Ye lah... Samsung A5 is mine now..... 




Apa yg best ttg A5 ni? entah.. jgn tanya ek... tetiba dah terpikat dgn A5 ni... klau ikutkan A5 ni range dia rendah sket klau dibandingkan dgn S3 lama aku tu... tp maybe sbb dia nampak lebih cantik dr S3 aku dulu kot... hehehhehehehee.. 

Friday, July 31, 2015

..:: SaLaM AidiLfiTRi ::..

Salam Aidilfitri buat semua... 










Semoga aku mampu terus tersenyum... (",)

Thursday, April 23, 2015

..:: TetiBa TeriNGat pd DioRG ::..

Awal aku datang keje hari ni, nak pasanglah lagu... yg terlintas kat kepala ni nak dengar lagu2 dr kumpulan Saujana... Kenal lg tak? Ingat lagi tak? Yg sebaya dan seusia ngan aku je yg kenal Saunaja ni....  




Klau waktu zaman sekolah dulu, ada pertandingan nasyid je, mesti nak nyanyi lagu diorg.... Boleh dikatakan semua dr ahli kumpulan diorg ni semuanya budak2 cerdik pandai... td aku terpikir, dah jadi apa ek diorg semua ni skrg?

Last info yg aku tau...
1. Suffian @ Pyan - dia sambung study kat UIA
2. Azalinor @ Aza - dia study Uitm
3. Idzwan @ Izu - dia sambung nak buat doktor kat university swasta
4. Faizul @ Ley - dia sambung amik doktor juga kat UPM (yg ni aku admired sgt dulu)
5. Hakimi @ Kimi -  dia sambung study kat Jepun dlm kejuteraan komputer kot

So, pagi tadi... aku pun menggoogle.... Yg jumpa hanyalah Faizul, Azalinor dan Suffian jer... semua ni aku jumpa kat FB lah... mana lg...

Si Sufian ni mmg aku dok perasan gak sbb selalu kuar kat FB ikim fm... dah jadi DJ dia sekrg... 



Si Faizul plak dah jadi doktor kat Hospital Sarawak nun dan sedah berkahwin.... lawa isteri dia dan anak dia pun comel.... 




Si Azalinor plak x tau dia keje apa skrg... kat FB dia x cakap plak dia keje kat mana.... 


Klau korang ada tau info ttg diorg ni, cer share sikit... mmg teringin sgt nak tau....

Kumpulan Saujana ni pernah amik ahli baru kan... tp yg 3 org ahli baru tu, aku x berminat langsung dah.. aku suka diorg ni jer.... teringin nak tau ttg Hakimi, Idzwan tu.... dan Azalinor ni dia keje apa lah skrg ni....


Saturday, April 18, 2015

..:: B.o.R.i.N.G ::..



Ya Allah... boringnyer hari ni... asal plak boring hari sabtu kan? cam pelik jer.... org lain cuti tp aku keje... uwaaaaaa... sbb tu lah aku boring..... dah lah bila mai keje, x der keje yg nak dibuat.. percaya tak?




Wednesday, April 08, 2015

..:: My 1st PosTiNG in 2015 ::..


Buat pertama kalinya kite post untuk tahun ni.. dah lama x berblog ni.. entah angin apa terasa rajin plak nak update blog ni...

1. kiter tukar keje lagi.. yehaaa.... org kata tukar keje, gaji mesti masyukk.... tp aku kali ni aku tukar keje tp gaji mark down tau.... sbbnya aku dah tukar balik dekat dgn rumah... 600.00 gak lah bezanya.... sekarang keje kat company dlm space U8... dekan kan ngan rumah kiter kat bukit jelutong ni.... hehehhehehee... office hour plak 8.45am - 5.30pm.... best sangat.... kurang stress dah keje kat sini....

2. Anak2?? Adam sekarang dah darjah 2... pelajarannya cam merosot sket.. ni aku kena bagi lebih perhatian kat dia ni... Adeena dah nak masuk 4 thn bln 7 nnt.. orangnya dah berjaya berhenti susu badan tp belom berjaya meninggalkan pampersnyer lagi.... aduhaiii.. penat dok ngajarnyar... kesabaran yg tinggi utk memahaminya.... klau x pakaikan pampers, dia akan tahan kencingnyer... bila dibawa ke tandas, katanya kencingnya x nak kuar.... aduuhhhh.... 

3. Bulan 2 lepas.... ex-roommate kiter kat mrsm dulu dah kawen tau.. dia lah yg last skali kawen.... alhamdulillah... boleh juga jumpa ngan kelly.... kurang sorang lg diantara kami berempat dulu... si Shadia x dpt datang...


4. Sebut pasal kawen, aku dah dapat anak buah ipaq tau... cucu mak yg pertama kawen,,, sape lg klau bukan anak kak ain, si Shafiqah tu...


Monday, December 22, 2014

..:: LeGoLanD 2014 ::..

Alhamdulillah... syukur akhirnya aku berpeluang membawa Adam ke LeGoLanD.... tempat idaman dia....  20hb Dec 2014 @ 10.00am


Kitorg sampai kat Legoland ni dalam pukul 9.45am cam tu... tgk berapa panjang line nak kena beratur masuk.... Cuti sekolah sama kan..... 

Macam korang juga, sebelum dtg Legoland hari tu, aku pun buat survey kat blog2 juga... tp utk entry aku ni, aku mmg x brapa pandai nak citer.... kita layan gambar jer lah ek.....

Masuk entrance je kitorg amik laluan ke sebelah kanan..... :) 1st aktiviti Adam dan Aiman kat sini ialah driving school.... ianya terbuka pd kanak2 berumur 7 tahun ke atas.... 



Dah habis kelas driving school ni, leh dapat lesen memandu tau.... taarrrraaa..... 


tapi lesen ni kena beli tau! bukannya free..... satu lesen @ RM35.00... 

Lepas bawa keta, kita g bawa boat plak... hehehehehehee.... 



Baru 2 game yg kitorg main.... masih bersemangat nak try yg lain2.... kire oklah sbb byk game/xtviti kat sini semuanya akan mengeratkan lg hubungan kekeluargaan.... kali ni kami try main
 "rumah terbakar panggil bomba... bomba dtg berlumba2"



Penat arr main yg ni.... sbb keta bomba tu kite kena pum supaya ianya bergerak.... Lepas letih main ni, kitorg masuk dlm wayang.... aceh aceh acehhh..... sejuk gak bilik tu... leh tgk persembahan dr UK sempena Christmas.... dan menikmati salji buatan... hehehehehheeee.... 




Banyak sgt taman2 kat dlm ni sampai aku pun lupa dah.. tp mmg semuanya best!!! Yg paling aku best ialah Miniland!!!!






Seharian di Legoland ni sebenarnya.... dr taman thema dan ke waterpark dia.... pukul 2.00ptg kitorg g waterpark bermandi manda kat sana.... dlm kul 5 tu, sambung balik ke taman thema + shopping sikit..... Kitorg keluar kul 7.00 ptg.... dr pagi sampai ke petang lah.... 


Yeaahhhh...... suka, penat, letih, puas hati, gembira, teruja... semua ada lah... yg pastinya klau dtg legoland mmg x akan menyesal utk ibubapa dan anak2... 5 tahun lg boleh datang lagi lah... ehehehehehehee... 

..EnD..

Tuesday, December 09, 2014

..:: Aktiviti Cuti Sekolah ::..

Cuti sekolah dah lama bermula... ada org suka dan ada juga yg x suka..  bagi aku, cuti sekolah kali ni mengajar aku satu perkara.. 

"Ikhlaskan diri, berikan penuh perhatian dan tumpuan dalam melakukan suatu perkara"
Hari ini hati aku menangis tanpa mengeluarkan air mata. Menangis melihat keadaan Adam... hari ni merupakan hari yg ke 10 dia bersunat tp masih belum boleh pakai seluar dan lukanya masih belom sembuh..


Pd 29 Nov yg lepas, Adam dan Aiman disunatkan secara laser di sebuah klinik swasta di Taman Perwira, Sijangkang..... Seminggu aku dan suami berulang alik dr shah alam ke Sijangkang tu utk jaga Adam. Seminggu aku tinggalkan Adam di sana dan dijaga oleh kakak aku (ibu Aiman)... Harapannya bile masuk minggu baru Adam dah boleh pakai seluar dan boleh aku hantaq dia ke taska tp ianya mengecewakan....


Minggu ni aku terpaksa ajak my MIL datang temankan dan jagakan Adam dirumah... Nasib baik aku dah pindah kerja yg dekat dgn rumah skrg ni... bolehlah aku blk tgk dia masa lunch..

Ada sedikit penyesalan jauh disudut hati aku... 

Itu yg membuatkan aku menangis... 

Ok, supaya pd yg lain agar x menangis lg macam aku ni..... boleh baca blog ni  Ada info yg menarik dan boleh membantu.. Yg penting, jgn mengulangi kesilapan aku yg x mandikan Adam selama seminggu!!!! Actually, dlm hari pertama - ke 3, boleh lap kan badan dia.... Then hari ke 4 tu dah boleh mandi.... dan klau nak berendam pun boleh... ni lah kesilapan aku...... 



Thursday, September 04, 2014

..:: C.o.L.M.a.R ::..

yeahhhh... alhamdulillah... akhirnya aku sampai juga kat sini.....