Thursday, March 18, 2010

..:: CeRiTa AdAM #2 ::..

Salam buat semua..


Pagi td... sebelum aku kuar dtg odis... adam yg tgh lena ni... ku tinggalkan... :( dan wajh ni x dapat aku tatap lg dalam seketika waktu. jarak telah pun memisahkan aku ngan dia.

Pagi td... dlm kul 9.30 lebih, mak tok perak dah balik perak dan membawa adam skali ngan dia balik ke perak....

Bersabar dan kuatkan kesabaran... :)

Dah msg ayah td, diorg semua selamat sampai kat semanggol dlm kul 2.00ptg td. katanya Adam dapat susu sebotol, terus tertido sampai area taipinglah.... telah dipermudahkanNya perjalanan mak dan ayah...

..:: LoVe yoUr FaMiLy ::..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

..:: SeNyaP LeBih BaiK? ::..

Sememangnya lidah ini lebih tajam dari pedang. dan mata pena juga lebih tajam dari mata pedang. Lidah dan pena. Lebih ampuh dari pedang?

Dan “pedang” inilah juga yang akan dikunci oleh Allah SWT di Masyar nanti. Dibuka ketajaman anggota lain untuk bersuara, mengadu perlakuan diri.

Jika baik perlakuan, ia akan menjadi nikmat. Jika tidak, anggota tubuh yang bersuara akan mengheret diri ini ke neraka.

Benar kata RSAW; berkata lah sesuatu yang baik @ senyap itu lebih baik dari berkata sesuatu yang sia-sia.

Kurang bercakap, kuranglah hati lain terasa,

Kurang hati terasa, kuranglah kita berdosa.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Hubungan dengan Allah dan juga hubungan sesama kita?


Wednesday, March 17, 2010

..:: Cam Na Ek? ::..

Salam buat semua

Aku betul2 dlm delima skrg ni... cam aku tulih kat fb tu lah.. mampukah aku nak berpisah ngan Adam. Mola2 aku dah ready... tgh prepare minda aku.. (konon) utk berpisah buat sementara waktu ngan adam. Tp.... semlm, bw mak ngan ayah g rumah Kak Rina (sepupu helmi)... dia kata.... isshhhhh... klau dia x sanggup bg anak kat mak jaga walaupun mak sendiri. katanya kita yg penat ngandungkan dia... biar kita korbankan masa dan tenaga kita utk anak-anak ni. Buat nnt dia x mau balik kat kita atau mak tok dia x mau bg balik kat kita, cam na? isshhhh.... aku tergugat balik....

Berfikir secara positive.... ada jg kawan2 aku yg bg anak depa dok kat kampung..... then amik balik.. ok jer... siap neneknya leh tolong ajar x payah pakai pampers dah... ye lah.. klau harapkan aku atau helmi memang arrrrr.... x tau bila leh ajar adam ni. Tambahan plak kitorg ni jarang dok kat rumah.. weekend jer panjang je kaki ni jalan sana sini.

Apa pendapat korang ek? Ada ke yg membaca coretan aku ni? Ke aku dok layan perasaan sorang2 ni.... hhhhmmmm..

Tuesday, March 16, 2010

..:: CeRiTa AdAM ::..

Salam buat semua..

Bermula dr semlm, Adam dah x pegi nursery bawah rumah dah. Dan kemungkinan adam akan ponteng nursery tu selama 2 bulan.... nape? aku berpantang ke sbb 2 bulan!!! hehehehhe... x der lah. x ngandung pun, mana leh sesuka hati nak berpantang plak...

Sekarang ni mak tok, tok wan dan pak su Adam ada kat rumah.. cuti sekolah... cucu x bleh nak balik kg, mak tok dan tok wan pun datanglah menjenguk. dan mungkin kali ni, mak tok ngan tok wan nak bw adam balik dok kat perak... huhuuhuuhu.... sunyilah rumah tu nnt.. dah hampir 3 tahun aku bertahan tp kali ni mungkin aku akan tewas....

Mungkin ada hikmah disebaliknya...

Sunday, March 14, 2010

..:: TeTiBa aKu TeriNGaT TeNtAnG ::..






zaman kat U dulu
hehehehheheeeee

..:: JusT ..... ::..

Salam buat semua

Pendirian aku ni memang cepat sgt berubah. hehheehee.... susahkan klau cam ni. tp... tu lah, rambang mata dan susah nak dapat yg betul2 aku suka. bila dah dapat, aku akan setia sesetianyalah... cewaah.. puji diri sendiri plak.

Aku suka dunia blogging ni. Buang masa ke? atau blog ni hanya utk org yg x der keje jer.. apa plak, dgn blogging ni, ramai yg bleh buat duit... buat macam2... jual sana... beli sini.... hehehehehee... tp aku? just menggunakan blog ni utk kretiviti aku sendiri... bukan utk bisnes / sebagainya... selain facebook/friendster/fotopages.... ni jer lah keje aku. hihihii... seronok tgk org lain yg punyai blog yg cantik2, siap leh buat duit ngan nuffnang tu... agaknya klau aku buat duit ngan nuffnang tu, aku akan dpt bonus tak? sbb nama aku pun nang jg. hihihihihih

Sebelum tido ni, sbb adam dah tido awal.. so, aku amik peluanglah ni.... citer hari ni.. td keje, half day. tp aku blk dlm kul 2.00ptg gak. ada keje sket yg kena settlekan. submission on monday.. hhmmmm... lepas keje, balik umah amik adam then g puncak alam, amik anjang... then g plaza alam sentral. buatapa? main bowling!!! hehehhehee.... benda yg x dirancang. adam nak tgk bowling besar, yg bolanya berat. dah tgk.. ajak kuar, x nak kuar sbb dia x main lg katanya.. jd aku ngan anjang ambik kesempatanlah.... sorang satu game jer... bolehlah point 100++. hihihihihi.. kat alam sentral ni lah, 1st MEB bowling tournament dan guess what? aku dapat jd best women bowler!! aku pun x sangka... actually tu nasib jer tu.. tuah aku pd hari tu. main bukannya ada skill sgt pun. pakai main hayun jer...

Lepas main bowling, barulah kitorg g kedai romantika, tingkat 5 tu.... nak beli bungan utk gubahan raga utk auntie on her special day on 20 March 2010. lepas bayar semua, g makan kat cili merah, seksyen 9 then g sri muda tempat pak jang jual sate. then baru balik rumah. kul 8.30 gak lah sampai rumah td... penat wwooooo......

Dlm kul 10.00, saja gatai tgn ni g talipon auntie.... kat ner?.... dia on the way blk dr KL, g dating.. hiiihihii... teruja teringin sgt nak jumpa si dia... auntie pun datanglah bkt jelutong dan kitorg minum2 kat MMZ tu.. ni 1st time jumpa si dia... baru semangat sket nak beli brg2 nak wat kenduri ni.. hiiihhi... nnt2 aku plak yg xcited lebih dr auntie. sorry ek auntie.... huhuhuhu... memang sedap mata memandang. dlm hubungan, yg penting, jgn terlalu mengharapkan kesempurnaan. toleransi antara kedua2 pihak.. saling memahami...

Thursday, March 11, 2010

..:: kAkaK TaK MaLu ::..

Salam buat semua

Itu kata Adam.... masa aku jalan2 kat subang parade ngan anty 2/3 minggu yg lepas. Si budak kecik pun boleh nilai... pakaian tu memalukan atau tak. Inikan kita yg dah besar panjang, yang dah diberikan akal utk berfikir... masih ramai lagi remaja yg diluar sana masih belum sedar. Penampilan diri itu merupakan penyebab yg boleh menyumbangkan ke arah gejala rogol dan bunuh. Kehidupan masayarakat di malaysia sahaja, dgn kes penderaan, bunuh, rogol, buang anak dah menampakkan kepada kita kehidupan hari ini sama / lebih teruk dr zaman jahiliyah dahulu. Klau zaman dulu, bila keadaan masyarakat begini, Rasulullah dan para sahabatnya berusaha tegakkan Islam. Jadi klau situasi yg sama terjadi, mengapa bukan kita yg mula tegakkan Islam? Mulakan dgn diri sendiri, beriman, berhijrah serta berjihad di jalan Allah.

"orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan" at-Taubah:20

Berbalik kepada apa yg Adam cakap "Kakak Tak Malu" is refer to this....


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

(",)

Wednesday, March 10, 2010

..:: DuLu dAn SeKaRaNg ::..

Salam buat semua

Dah lama aku x update ttg perkembangan diet aku ni. Nak update apa kebendanya... maintain dok 63kg tu jer.... tp apa yg aku tingin nak share pg ni ialah ttg aku hari ni dan setahun yg lalu.... tgk muka jer lah... tembamkan aku setahun yg dulu.

yang tudung putih tu masa awal 2009 dan yg tudung koko tu awal 2010.