Sunday, October 14, 2012

..:: AdeeNa yg SuKa sgt... ::..


... korek pusat.

Dia mmg suka korek pusat. Selalunya ummi yg menjadi mangsa.. Masa tgh dok susukan dia, tgn dia pun buat keje.. Mengorek pusat ummi..

Klau kita tny dia "mana pusat?" Ni lah jawapan dia..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 10, 2012

..:: time for berchatime ::..


korang pernah dgr ttg ''CHATIME" ?


korang pernah minum minuman ni??

 tetiba hari ni teringat plak nak search ttg keHALALan chatime ni.... sejujurnya saya mengaku, dah bercawan2 dah saya minum chatime ni...x terbilang dah... dekat 10 kali pun ada juga rasanya..... my fav is pearl milk tea. yg lain2 flavour saya x pernah try kecuali superior cocoa.
So... hasil pencarian saya ni gurgle ni....

sumber : teh tarik

ianya HALAL dgn sijil halal antarabangsa 
tp dgn JAKIM belum lg diiktiraf TAK HALAL dan 
tiada pengiktirafan lg dr pihak JAKIM. saya try search kat website dia pun,
 x jumpa.. so, klau ada yg jumpa, tolong update ek.... klau nak more info lah baca kat

lastly, sijil halal antarabangsa yg chatime perolehi...


Tuesday, October 09, 2012

..:: Aku Terima Nikahnya ::..

Lagi 2 hari, filem "aku terima nikahnya" gandingan Adi Putra dan Nora Danish akan mula ditayangkan di pawagam.... Saya pulak yg berdebar ni..... sbbnya saya mmg ada ajak mr Hubby g tgk tp kita tgklah nnt.. berjaya ke tak saya mengajak mr. Hubby g tgk. Last filem yg sy g ngan dia ialah citer Nur Kasih hari tu. tu pun sbb saya tgh ngandung.... may be nak penuhi hasrat ibu yg mengandung, dia tunaikan permintaan saya. tp kali ni... entah lah.. mmg susah tul nak ajak dia g tgk wayang la ni... klau dulu masa b4 kawen.. tu jer lah kejenya..



Thursday, October 04, 2012

..:: MC ::..

.. MC - medecal certificate
.. MC - master ceremony
.. MC - ??? apa lg ek?

Hari ni saya MC. Cuti sakit.. Sbbnya pg td saya sakit kepala sgt. Actually sakit kepala dr mlm lg. Tp sy x sempat nak makan ubat. Pg td rasa cam x leh nak bgn. Sakit sgt2.. Dia tarik mata ni.. Mmg mata ni dah nak kena tambah power dah ni.. Makin teruk..

Jumpa doktor Zaini td, dia ckp sy sakit kepala sbb lubang hidung sy blocked.. Tp sy x selsema.. Maybe ni effect yg sy selsema 2 minggu lps kot.. Sy x ambil ubat selsema pun. Sy biar je dia baik cam tu jer.. Akibatnya.. Saya dpt sakit kepala hari ni..

Hikmahnya sy dpt MC hari ni, bleh lah saya kemas rumah sket yg dah macam tokang pecah ni.. Eheheheheheeheee.. Tq Dr for giving me MC today.. ('',)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

..:: suka! suka! suka! ::..

Kiter suka tgk gambar2 ni... 




semoga jodoh mereka berpanjangan.... (",)

Wednesday, October 03, 2012

..:: LOVE till Jannah ::..

doaku hari ini, agar hubungan yg terjalin selama 7 thn lebih ni akan kekal hingga akhir hayat... 


Amin... 

..:: NO ShoPpiNG anyMoRE ::..

"kenapa ni? saya ni kuat shopping ke? maybe lah.. lately ni lah.. sebulan dua ni kot... ye ke? terfikir sorang2... hhhhmmmm..."

korang plak cam na? apa itu shopping bg korang? saya ni bukannya shopping sgt pun.. biasa2 jer.. membeli brg keperluan harian.... bulan lepas mana ada sy g tesco/giant utk shopping brg rumah.... g beli pampers ngan susu jer lah... itu brg keperluan yg wajib dibeli.....


actually, bermula ngan pembelian botol avent utk adeena kat groupon.com tu, saya mmg cam suka gak lah menyoping online ni... tp x byk pun.... lps tu, sy beli utk print gambaq 4R @ rm0.30/pcs. then latestnyer sy beli antie anne nyer roti tu @50% discount.... tu jer....




then apa lg ek... saya beli produk shaklee.... satu set utk saya dan satu set utk adam... saya belikan Adam mealshake... utk tambah selera makan dan perkembangannya.... saya hanya berusaha utk berikan yg terbaik utk dia.... 

kenapa tetiba ni saya bercerita ttg ini semua????? sbb bagi td baru BIG BOSS dapat tau yg saya suka bershopping online..... huuhuhuhuhuhuhuhuuuuu......

salah saya lah kot sbb x bgtau dia dulu... tp klau bgtau, confirm x dapat.... actually cam shaklee ni pun dah lama saya nak beli.. tp bila bgtau dia, dia x brapa nak sokong utk membelinya... entahlah.. that's my BIG BOSS.... 


Monday, October 01, 2012

..:: temasik cafe @ bdr puteri puchong ::..

Hari ni sy lunch nasi putih ayam goreng kunyit dan minum teh ais. Tunggu punya tunggu.. air je yg sampai, nasi x sampai2.. Member satu meja, semua dah dpt apa yg diorg order.. Bila sy nampak dtg lg satu menu, ingatkan yg saya tp rupanya yg org meja sebelah..
Tunggu lg.. Dtg lg satu menu ingatkan yg saya tp yg meja sebelah jg. Ms ni dah kul 1.50pm dah. Kul 2 nak kena msk opis dah.. Ms ni baru dpt tau, rupanya diorg tersalah htq td. Tp org meja sebelah tu selamba je makan walaupun order yg salah sampai kat meja dia. Geram juga hati sy td.. Tp maybe dia pun dah penat menunggu agaknya, makan jer lah..
Kat sini ada jual nasi campur tp lauknya hanya ada ikan goreng, rendang ayam dan msk lemak siput sedut.. 3 mata jer..
Last skali member2 yg lain dah hbs makan, order saya x sampai2 juga. Trus kitorg balik. Saya g bayaq teh ais, terkejut saya.. Kedai mamak pun x semahal ni. RM3.50 utk teh ais.. Tambah 3 hengget lg leh chartime satu..
So, kesimpulannya saya x lunch arr hari ni.. Mood : mmg sedih dan kecewa arrr..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 30, 2012

..:: BudGeT 2013 ::..

apa pendapat korang?..




Kandungan Penting Pembentangan Bajet 2013 Malaysia?

  1. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  2. Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  3. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  4. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  5. Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
  6. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  7. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  8. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  9. Industri halal
  10. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  11. Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
  12. Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.
  13. Petani, nelayan & penjaja kecil
  14. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  15. Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  16. Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
  17. Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.
  18. Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
  19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  24. Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
  25. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  26. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  27. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  28. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  29. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
  30. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  31. Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
  32. Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
  33. Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
  34. Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.
  35. Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
  36. Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
  37. Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
  38. Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
  39. SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).
  40. Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
  41. Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
  42. Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
  43. Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
  44. Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
  45. Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
  46. Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  47. Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
  48. BR1M 2.0 : RM500 Bagi Pendapatan RM3000 Kebawah. RM250 Untuk Individu Bujang Berpendapatan RM2000 Bawah Berumur 21 Tahun Ke Atas…
  49. Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
  50. Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
  51. Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
  52. Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  53. Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
  54. Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten

entahlah....  saya hanya mampu bersyukur kerana masih lagi diberi kesihatan utk meneruskan kehidupan pd hari ini... itu jer komen saya... ada kaitan tak? ada lah... sbb saya bukannya kakitangan kerajaan yg nak berseronok utk sebulan setgh bonus tu. hohohoohhooo.... 

yg saya tertarik hanyalah pd PTPTN jer... saya masih berhutang sbyk RM10k cam tu arr... cam na nak settlekan ni... hanya sampai September 2013 saja utk dptkan 20% discount. total loan dlm 23k - 20% lebih kurang dlm 18.4k.... dah byr dlm 10k.... maknanya dlm 8.4k lg arrr.... mana nak cari ni??? kena plan ni... bila settle hutang ptptn ni, lega sket.... hutang kad kreadit jer lg yg belum settle.... banyaknya hutang saya... keta lg, rumah lg..... 
inilah lumrah kehidupan.... :)

Saturday, September 29, 2012

..:: saYa daH geMuk ek? ::..



cer tgk ni... dah gemuk ke? huhuhuuuuu... :( 

tgh plan nak diet tp x pernah betul2 nak diet... dulu pernah try herbalife... tp x der lah bleh trun sampai 10kg pun. sbbnya x der DISIPLIN yg kuat utk berdiet... sayalah salah sorang testi yg x berjaya berdiet ngan herbalife ni.... tp shape mmg ada arrr.....


ni masa lepas berpantang dulu.. mmg beza kan? rasanya saya dah + 6 kilo dah dr berat lepas berpantang dan before pregnant Adeena dulu.. mmg melampau kan... lg satu, perut pun macam org pregnant gak.. aduyai... x menjaga penampilan langsung!!! ini yg pening skrg ni....