Korang penah makan beras perang? Aku dah lama makan beras perang ni. Tp bukannya tiap2 hari. Hari dikala aku rajin nak masak je lah.... heheheheeehhe... Kat rumah aku, dah x der stok beras putih. Klau tetamu dtg, aku akan hidangkan nasi beras perang ni lah... Dan klau aku rajin masak kat rumah... bermakna kami sekeluarga makan nasi beras perang lah... Sbb tu masa lunch, aku sebolehnya elakkan diri dr makan nasi. Aku cuba utk kurangkan makan nasi beras putih. Ni salah satu usaha aku utk berdiet.
Kenapa aku kata beras perang ni membantu aku dlm berdiet? Kerana beras perang mempunyai byk kelebihan seperti
1. mengandungi mineral maganese sbg bahan anti pengaratan dlm tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yg ideal (",)
3. mengandungi selenium dan fiber / serat sbg anti kanser
4. menurunkan kalestrol dlm badan
5. baik utk wanita yg menopouse (menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2
7. mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat
8. kalsium yg lebih tinggi berbanding beras putih
Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal dr beras yg sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yg membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras yg berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakkan zat makanan yg terkandung didalamnya juga hilang. Bagaimanapun bg aku rasanya sama sahaja. yg beza cuma warnanya sahaja.....
Beralihlah daripada makanan yg sedap kepada makanan yang sihat. Dr Lim (aktivis kesihatan sosial juga pegawai penyelidikan FRIM) menyarankan pemakanan yg sihat yg boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Diantaranya :
1. makan beras perang menggantikan beras putih
2. guna garam laut menggantikan garam putih
3. guna gula perang/madu menggantikan gula putih
4. elakkan MSG
5. kurangkan pengambilan sos soya dan sebarang sos lain krn ianya mempunyai byk garam
6. Kurangkan pengambilan daging, ayam, telur dan lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar
7. hentikan makan makanan yg mempunyai pewarna/perasa tiruan
8. kurangkan makanan bergoreng dan berlemak
9. gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti kukus/bakar
Info ni aku petik dari harian metro.... heheheheee...
bagus info ni
ReplyDeleteberguna juga utk mr bam
jangan lupa baca kisah di sebalik mr bambino ok :)
apa tak add skali cara-cara masak beras perang... saya baca entry awk ni... seolah2 beras perang ni susah nak masak. "kalau rajin, sy masak lah nasi perang".. tgk tu,KALAU RAJIN... maksud nye apa? bukan lah nak kritik... ini sbg komen yg MEMBINA lah saya rasa..... setakat khasiat... mmg byk info dlm carian internet... tapi dari segi cara memasak nye mmg x banyak... jadi, harap pemilik blog ni update la selalu.. RAJIN2 kan lah ya... jgn kalau2 lagi. tq
ReplyDeletesalam buat lela....
Deleteterima kasih utk comment yg membina....
cara nak masak beras perang? sama je masak ngan beras putih tu...