Friday, April 15, 2011

..:: 26 WeEkS ::..

Assalamualaikum...

Hari ini adalah penghulu segala hari... dan hari ni jg genaplah ummi 26 minggu mengandungkan adik Adam ni.... Adik Adam dah makin kuat bergerak..... sukanya ummi.... (",) tp kekadang tu ummi letih juga, letih melayan kerenah abg Adam yg suka buat lagak cam baby... kekadang je dia buat perangai tu....

Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak.

Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit.

** info from babycenter

No comments:

Post a Comment