Assalamualaikum....
Indahnya Islam... Bayi lahir, bapa
disuruh azan dan iqamat di telinganya. Deria pertama yang disuruh
gunakan dalam Islam adalah pendengaran.
Bila dikaji oleh sains, mereka mendapati
bahawa bayi mempunyai pendengaran yang tajam dan sensitif, ini mungkin
kerana latihan dari dalam perut dimana dunia mereka gelap dan kemahiran
mendengar sahaja yang boleh mereka gunapakai. Semua bayi mempunyai deria
penglihatan yang kabur ketika lahir. Mereka tidak dapat melihat ibubapa
mereka tetapi mereka mengenal suara mereka semasa mereka masih dalam
kandungan lagi.
Jika kita ambil pengajaran daripada ini,
Islam menggalakkan kita memperdengarkan dengan yang elok. Menggalakkan
kita menggunakan dan mempergunakan deria pendengaran pada bayi itu
dahulu.
Tetapi kita selalui tidak mahu
memerhati. Kita hanya terhenti sehingga melaungkan azan dan iqamat
sahaja ditelinganya. Bila bayi sudah sampai kerumah, ibu berpantang di
bilik bersama bayi sambil melihat cerekarama/telenovela dll. Ingat!
Telinga mereka sangat sensitif, jangan salahkan mereka jika bila dewasa
mereka menyerap apa yang telah diperdengarkan kepada mereka sedari bayi.
Pendedahan semasa kecil pada bayi dan kanak-kanak seolah-olah lukisan
peta kehidupan yang akan dianggap biasa oleh kanak-kanak itu apabila
mereka dewasa nanti.
Alangkah baiknya jika pendengarannya
disajikan terus dengan ayat-ayat Alquran? Ayat Alquran yang dialunkan
didalam rumah dimana bayi itu berada, bukan saja membersihkan aura bilik
bayi itu berada, malah ia melindung dari bayi kita diganggu oleh
syaitan. Sebagai bonus, ayat alquran yang diperdengarkan akan melekat
dalam otak mereka. Menjadikan mereka senang untuk melagukannya bila agak
besar sedikit. Ia bagai lagu mendodoikan anak yang akan diingat hingga
mereka dewasa.
Sebab itu bila orang bertanya pada saya,
puan ada guna pelbagai produk, produk apa yang patut saya gunakan dulu?
Adakah Flashcard? Sebelum saya menjawab, saya akan bertanya umur anak.
Jika ia masih baru lahir guna CD Mengaji dahulu, Letak VCD atau
flashcard depan mata dia pun, dia bukannya nampak.
Jika anak dah agak masuk zaman
kanak-kanak, barulah boleh dua-dua sekali. Sambil melatih melihat
flashcard, kita boleh perdengarkan mengaji diwaktu lainnya. Bila nak
start menghafal, tak teruk mengajarnya. Kerja mengajar jadi mudah. Kita
cuma betulkan sikit sana, sikit sini sahaja..
Apa pun, Sebelum mengajar anak, fahami
peringkat umur mereka dan cara deria mereka bekerja kemudian susun
aturkan sukatan pelajaran kita. Bunyinya macam serius bukan? Hehe..
Ikhlas dari,
Lina Karim
No comments:
Post a Comment