Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

..:: SalaM MauLiduL RasUL 1432H ::..

Assalamualaikum..

Salam buat semua....

Setiap tahun pasti kita akan teringatkan akan hari yg penuh bermakna buat insan yg tersayang... Si isteri pastinya akan teringatkan tarikh lahir si suami dan sebaliknya. Itulah indahnya hidup berumahtangga. Pada hari itu jugalah pelbagai aktiviti yg telah dirancangkan.... Kita akan pastikan hari tersebut akan dilalui dengan penuh rasa kasih sayang....

Begitu juga dgn menjelangnya sambutan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh masyarakat Islam di Malaysia melakukan pelbagai persiapan termasuk perarakan, program ceramah dan forum bagi memperingati kelahiran insan agung ini. Segalanya dilakukan demi menunjukkan rasa kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi terhadap baginda yang telah membawa rahmat dan kesejahteraan untuk seluruh alam.

* pic fr pak cik google...

Apa yg perlu kita ambil pengajaran dari hari ini... Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Surah Al-Ahzab : 21

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah"

Maka contohilah akhlak mulia Rasullullah SAW. Satu kisah yg pernah kita dgr ttg kisah Rasullah dgn pengemis buta. Daripada kisah tersebut kita dapati Rasullullah akan berbuat baik kepada semua org walaupun org itu berbuat jahat padanya.....

Cara hidup yang tidak berpaksikan kecantikan akhlak Rasulullah ini menyumbang pula kepada peningkatan maksiat, pembunuhan, buang dan bakar bayi, minum arak dan pelbagai aktiviti yang tidak bermoral. Begitu juga tatacara berpakaian yang menjolok mata dan menampakkan susuk tubuh sedikit sebanyak menyumbang kepada jenayah rogol dan gangguan seksual yang menjadi-jadi. Apa yang berlaku menampakkan realiti kehidupan umat Islam hari ini lebih buruk daripada masyarakat Arab jahiliah ketika Nabi Muhammad SAW diutuskan. Kalau dahulu mereka sanggup menanam anak hidup-hidup kerana malu dikurniakan cahaya mata perempuan kini segelintir masyarakat Islam lebih ke hadapan kerana tergamak membunuh sesiapa sahaja tak kira bayi perempuan, lelaki hatta khunsa sekalipun kerana malu akibat keterlanjuran zina yang dilakukan.

Tiada Harapan selain ALLAH
Tiada Idola selain Nabi Muhammad SAW

Tiada Kata seindah AL-QURAN
Tiada Jalan selurus Sunnah

Tiada Perjuangan selain Islam



SALAM MAULIDUR RASUL
buat sahabat semua...


Wednesday, July 07, 2010

..:: SaLaM TaKziAH ::..

Salam Takziah buat Aya,

Pemergian seorang insan yg bernama ibu, bukanlah sesuatu perkara yg mudah untuk dihadapi. Semoga Aya dan ahli keluarga yg lain, sabar dan tabah menghadapi dugaan ini....

Tuesday, June 22, 2010

..:: RiNduKaN MEB ::..

Salam buat semua

Just nak berkongsi.. entah kenapa semlm aku rasa cam aku rindukan kehidupan bersama2 kawan2 di MEB. Semlm juga aku dapat rasakan Aya ngan Dilla telah mendelete aku dr list contact diorg dlm skype... Adakah ini bermakna, terputus terus tali persahabatan antara kami?

Semlm jg aku dapat tau, kak banu dah mengandung for 2nd baby... waaaaaaaaaa....... bilalah turn aku plak... hihihiihihi..... kena lebih kuat berusaha..... Allah maha mengetahui. Mungkin keadaan ekonomi aku ngan helmi skrg belum kukuh lg utk menguruskan seorg lagi amanah drpNya.

Tuesday, April 06, 2010

..::TeriMa KaSiH::..

Salam buat semua

Hari ni merupakan hari selasa, selasa terakhir utk aku bergelar pekerja di Muhibbah Engineering (M) Bhd. Aku tengah menghitung hari... Last day aku kat MEB ni pd 10 April 2010.

Actually, klau aku nak clearkan semua leave aku, my last day working in MEB supposed to be 7 April 2010. Disebabkan aku nak main bowling for bowling tournament pd 10 April ni, so, aku lajaklah... aku x clearkan semua cuti.. yg balance cuti aku lg tu... aku biar jer....

Seperti biasa, bila ada opismate yg nak resign, mestilah ada makan2 bersama... kan? aku rasa ini dah jd cam adat/tabiat.. bukannya dipaksa atau terpaksa tp sebagai tanda persahabatan.... :) Hari ini aku lunch ngan kak dah, kak mar, kak banu, wahida, gan dan julie.....

Terima kasih buat kak dah, kak mar, kak banu, wahida, gan dan julie.... (",)