Tuesday, April 29, 2014

..:: happy birthday Batrisya ::..

Batrisya ni sepupu Adam.. sebaya dgn Adam... cerdik budaknya ni tp di awal sesi persekolahan darjah satu awal thn hari tu... ada wat perangai x nak g sekolah sket... alhamdulillah skrg dah ok....

Happy Birthday Batrisya!!!! @26April2014@


Monday, April 28, 2014

..:: FamiLy TriP to LanGkaWi ::..



klau sebut 'trip' tu cam panjang jer cutinyer walhal just 2 hari 1 malam jer.... hihihihihihii.... actually ianya lebih kepada celebration birthday Adam dan Anty... on 19 April dan 20 April.....

18April2014 (jumaat)
dlm 10.00pm kitorg (anty,anjang&acik'sfamily) naik bas transnasional dari seksyen 17, shah alam  ke changlun, kedah

19April2014 (sabtu)
selamat tiba di changlun @ 6.00am... pak ndak majid sudah sedia menunggu kami... balik rumah mak lang pozi di kampung tradisi changlun utk solat subuh dan bersia utk gerak ke langkawi.... sambil menunggu mak dan cik leh dtg dr guar napai.....

pukul 7.55am sampai di jeti kuala perlis..... dukacita buat aku dan families member, tiket ferry paling awal utk kami ialah dlm pukul 10.45am....  terkejut aku, tp aku nak try cari ferry yg lain.. brother tu cakap satu ferry je dik.... dolu2 masa aku g langkawi ngan ferry, ada byk jenis ferry cam kiter beli tiket bas tu.... rupanya skrg semua ferry ke langkawi dr kuala perlis dah dikendalikan oleh sebuah konsotium.... tiket ferr leh beli online tau.... tiket online ferry kuala perlis - langkawi lagi senang... cumanya aku mmg x confident nak beli online dulu sbb satu takut tersampai lambat nnt kena tinggai ngan ferry plak. yg keduanyer mmg aku x tau leh beli guna website ni dan x pernah jumpa pun website ni sebelum ni....

sampai kat langkawi  dalam pukul 12.15noon, trus kitorg g lunch kat Kak Yan Nasi Campur then check in kat homestay area bukit tangga... ttg homestay ni... hmhmhmhmmm.... okey homestay dia but a bit frust lah sbb aku nak homestay yg lain tp dpt yg lain sbbnya miss comunication.... biasalah bila ngan kawan kawan ni kan..... tp frust nyer sbb homestay dia mmg lg cantik oooo.... cer tgk kat sini d'island hill villa homestay.... tp homestay yg kitorg dpt pun okey juga... not bad.....

ptg dlm pukul 3ptg kitorg dah get ready for mangrove tour....










Overall nyer mmg best mangrove tour ni... x menyesal pun.... kitorg naik boat paling besar... boleh muat 17 org (3 - kanak2, 14 - dewasa)

Lepas tu kitorg g Pantai Chenang..... untuk mandi manda..... tp aku x mandi arrr... 




balik basuh badan kat homestay then kuar g pekan kuah plak utk shoppingggg.... kitorg g hj ismail group....

20April2014 (ahad)
siap seawal pg yg boleh, dalam pukul 9.00pg lebih kitorg dah sampai dekat cable car, gunung mat cincang... nasib baik kitorg sampai awai dan beratur awai... mmg ramai giler..... 













alhamdulillah.... dah tertunai hajat kitorg nak bawa ibu tersayang jalan2 kat langkawi... :) puas hati sbb mmg aku teringin nak g mangrove tour dan cable car ni jer kat langkawi ni.... shopping kat hj ismail group just a bonus.... 

pukul 2.30ptg kitorg dah gerak balik ke kuala perlis.... then balik guar napai...... malam tu flight kitorg dr alor staq - lcct.... sbb esoknyer aku kerja..... adam plak sekolah......

the end... 

Friday, April 25, 2014

..:: Our New Family Member ::..

Ayatttt.... cam dpt baby baru jer.... wal hal dpt washing machine baru jerrr.....

Setelah hampir 2 bulan mesin basuh kitorang rosak... semlm baru berkesempatan membeli yg baru..  yg lama tu rosak sbb panel board dia rosak... panel board tu yg model lama so dah x boleh dibaiki.... huhuhuhuuu.... usia mesin basuh tu dlm 6 tahun lebih.....

Tarraaaa...... TOSHIBA 10kg @ MYR 1,079.00 beli kat eaon big jer....


Specification
~ 10kg Washing Load
~ Pre-Set Timer 
~ Powerful Hybrid Pulsator 
~ Star Crystal Drum 
~ Zero Standby Power 
~ Condensed Bubble Wash 
~ Child Safety Lock 
~ Cassette Lint Filter 
~ Lid Lock and Child Proof 
~ Dimension: W645mm x H1031mm x D620


Kenapa saya beli TOSHIBA plak? yg dulu brand SAMSUNG.... sbb ramai yg recomend brand ni utk washing machine.... x pun brand SHARP..... 

Sebenarnya tempat nak beli barang electrical ni better beli kat kedai elektrik yg mmg menjual alat2 elektrik.. tp jgn beli kat SxxHxxx tu, or OxKxxx tu.... hahahahhahaaa... just nak compare harga ok lah..... sbb dekat kedai elektrik yg lain pun leh dpt lg murah..... tp saya dah terkena!!! huhuuuhuhuuu...

Cam ni.... saya beli mesin basuh ni kat Aeon Big sbb tgh ada promotion.... bila saya tgk kat recomended kedai barang letrik "http://www.jintexelectronics.com/" ni... harganya x jauh beza, kira ok lah kan beli kat Aeon ni but........ warranty dia yg berbeza.... huhuhuhuhuhuuuu... kat kedai letrik tu leh dpt 12 thn warranty motor dia... but dgn Aeon ni dpt 5 tahun jer.... miss look on this..... tp klau yg saya tgk kat court memot pun dia bg 5 thn warranty je on motor dia..... kire OK lah kan.... harga kat Aeon ni pun murah RM20 dr kedai barang letrik jintex tu.... free delivery lg... jgn2 klau beli kat jintex ni (kedai dia kat sea park, PJ) kena delivery charge plak lg sbb jauh dr rumah.... 

Oh ya.... jarak dr rumah juga kena consider bila nak beli brg letrik ni mahupun perabot yg besar2 sbb delivery charge..... :)


Ni offer kat kedai letrik jintex tu... tgk... 12 thn motor warranty dia tau.... 

Wednesday, February 26, 2014

..:: Oh Jari ibu ku ::..

Malang tidak berbau.... tiada siapa nak sakit tp Allah dah takdirkan begitu... tika jam 12 tgh mlm, dlm keadaan separuh sedar dan mamai sbb dah tertido dlm kereta td dlm perjlnan pulang dr kg pendamar ke bkt jelutong.... aku terkejut bila ibu jari kiriku tersepit di pintu ...

Oucchhhhh..... sakit sikit jer..  ok kot ni... tp selang 5 saat aku rasa cam darah mengalir, tgk ibu jariku x der pun darahnyer.  Tp nyut.. nyut... nyut... terase sakitnyer... nak sentuh pun dah x boleh dah... sakit giler weiii masa ni.....


Hanya pd mereka yg pernah mengalaminya sahaja yg tahu betapa sakitnya ibu jari tu.. sampai x boleh tido malam tu... huhuhuhuhuuuu... Oleh sebab itu, aku dok tanya pak cik google apa yg perlu aku buat.. 
1. Biarkan ajer.... nnt kuku tu akan mati dan diganti dgn kuku baru. Dan doktor hanya akan bg ubat tahan sakit.
2. Doktor akan tebuk lubang kat kuku utk keluarkan darah tu dan kuku akan tumbuh cam biasa...
Klau korang, nak pilihan yg mana satu? No 1 or No 2????

Saturday, January 18, 2014

..:: AdaM @ darjah 1 ::..

Hhhnmmmm... macam x caya jer anak bujang ummi dah masuk darjah 1...

Wednesday, January 01, 2014

..:: SeLaMat TaHuN BaRu ::..

Salam uollsss....
Rupanya dah lama saya x update blog ni... ade ke yg rindu? Hihihihiii...
Nak citer ttg apa ek....
Tahun ni saya mulakan dgn phone baru.. yeah.... alhamdulillah... thanks buat yg tersayang... walaupun byk soalnya tp lastly dia bg juga saya beli... hihihiii... x dapat note 3, dpr S3 pun ok lah kan....

Tuesday, November 26, 2013

..:: DaRi MeJa LiNa KariM ::..

Assalamualaikum....

Barat mempopularkan mengajar dari kecil sebagai 'Early Childhood Education'. Berbagai artikel ditulis oleh pakar yg punya nama  'Dr' didepan yang mengupas kebaikkan mendidik dari awal. Kemudian mereka mencipta pakej pendidikan yang dinamakan dengan pelbagai nama glamer dan dipromosikan secara meluas. Orang Islam pula menganggap mereka pencetus kepada idea 'Pendidikan Awal Kanak-Kanak' ini. Seolah-olah kita tidak pernah mendengarnya selama ini. Sehingga syllabus 'Diploma in Early Childhood Education' yang dianjurkan di Universiti dan Institusi Pengajian menjadi tempat menuntut ilmu tersebut dan semestinya ia mengarah ke Barat. Sedangkan jika kita mengetahui, Early Childhood Education yang diwar-warkan Barat itu sudah ada dalam budaya Islam beribu tahun yang lalu!

Jika kita rajin mengkaji kisah kisah orang Islam dahulu, kita tentu mengetahui tentang amalan mendidik anak-anak pada usia awal telah lama menjadi budaya mereka. Pada usia berapa mereka memulakan pada anak mereka? Sekadar memetik satu kisah... diceritakan Abu Asyim berkata: "Aku pergi membawa puteraku yang ketika itu usianya 2 tahun lebih menuju ke rumah Ibnu Juraij agar dapat belajar AlQuran dan Hadith darinya". Abu Ashim mengatakan lagi: "Adalah tidak mengapa jika seorang anak diajar Al Quran dan juga Hadith dalam usia seperti ini".

Zaman Islam ketika itu, ibubapa berlumba-lumba untuk mendidik anak mereka secepat mungkin dengan Al Quran kerana memegang akan hadis di bawah ini:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan secara marfu' : "Siapa yang mempelajari al Quran ketika masih muda, maka alQuran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).

Maka begitulah manfaatnya jika kita berusaha memasukkan al Quran ketika mereka masih kecil. Jika Al Quran sudah menyatu dalam darah daging anak-anak kita, hati, jiwa, tindakan dan perbuatan mereka semuanya tercetus kerana Allah. Maka terlindunglah mereka dari gejala sosial dan berbagai dosa dan maksiat di zaman yang semakin mencabar ini.

Jika ada ibubapa bercita-cita untuk menjadikan anak mereka penghafaz al Quran dan langkah menuju kearah cita-cita tersebut hanyalah dengan menunggu anak mereka mencapai umur yang sesuai untuk diserahkan/dimasukkan ke mana-mana sekolah Tahfiz, maka kesannya tidak sama. Saya pernah melawat sebuah sekolah tahfiz untuk bertanya tentang pendaftaran dan kebetulan ada seorang ibu ingin memasukkan anaknya ke sekolah tersebut kerana sudah tidak tahan dan tidak dapat mengawal anaknya yang terlalu liar.
 Samada anak kepada ibu tersebut diterima masuk atau tidak.. wallahua'lam. Jika diterima, tentu sekali mengajar al Quran kepada hati yang telah liar ini lebih sukar berbanding hati yang telah terdidik dengan Al Quran dari kecil.
Maka dengan coretan ini saya harap kita bersemangat  dalam mendidik anak kita dengan Al Quran dan janganlah kita menjadi antara orang yang menunggu kemudian hari untuk perkara yang sepatutnya menjadi paling utama ini. Bermulalah segera.. 
 
Ikhlas dari,

Lina Karim
h/p: 019 230 8080

Sunday, November 24, 2013

..:: Dari MeJa Lina KariM @ 24Nov2013 ::..

Assalamualaikum....

Indahnya Islam... Bayi lahir, bapa disuruh azan dan iqamat di telinganya. Deria pertama yang disuruh gunakan dalam Islam adalah pendengaran.

Bila dikaji oleh sains, mereka mendapati bahawa bayi mempunyai pendengaran yang tajam dan sensitif, ini mungkin kerana latihan dari dalam perut dimana dunia mereka gelap dan kemahiran mendengar sahaja yang boleh mereka gunapakai. Semua bayi mempunyai deria penglihatan yang kabur ketika lahir. Mereka tidak dapat melihat ibubapa mereka tetapi mereka mengenal suara mereka semasa mereka masih dalam kandungan lagi.

Jika kita ambil pengajaran daripada ini, Islam menggalakkan kita memperdengarkan dengan yang elok. Menggalakkan kita menggunakan dan mempergunakan deria pendengaran pada bayi itu dahulu. 
Tetapi kita selalui tidak mahu memerhati. Kita hanya terhenti sehingga melaungkan azan dan iqamat sahaja ditelinganya. Bila bayi sudah sampai kerumah, ibu berpantang di bilik bersama bayi sambil melihat cerekarama/telenovela dll.  Ingat! Telinga mereka sangat sensitif, jangan salahkan mereka jika bila dewasa mereka menyerap apa yang telah diperdengarkan kepada mereka sedari bayi. Pendedahan semasa kecil pada bayi dan kanak-kanak seolah-olah lukisan peta kehidupan yang akan dianggap biasa oleh kanak-kanak itu apabila mereka dewasa nanti.

Alangkah baiknya jika pendengarannya disajikan terus dengan ayat-ayat Alquran? Ayat Alquran yang dialunkan didalam rumah dimana bayi itu berada, bukan saja membersihkan aura bilik bayi itu berada, malah ia melindung dari bayi kita diganggu oleh syaitan. Sebagai bonus, ayat alquran yang diperdengarkan akan melekat dalam otak mereka. Menjadikan mereka senang untuk melagukannya bila agak besar sedikit. Ia bagai lagu mendodoikan anak yang akan diingat hingga mereka dewasa. 

Sebab itu bila orang bertanya pada saya, puan ada guna pelbagai produk, produk apa yang patut saya gunakan dulu? Adakah Flashcard? Sebelum saya menjawab, saya akan bertanya umur anak. Jika ia masih baru lahir  guna CD Mengaji dahulu, Letak VCD atau flashcard depan mata dia pun, dia bukannya nampak.

Jika anak dah agak masuk zaman kanak-kanak, barulah boleh dua-dua sekali. Sambil melatih melihat flashcard, kita boleh perdengarkan mengaji diwaktu lainnya. Bila nak start menghafal, tak teruk mengajarnya. Kerja mengajar jadi mudah. Kita cuma betulkan sikit sana, sikit sini sahaja..



Apa pun, Sebelum mengajar anak, fahami peringkat umur mereka dan cara deria mereka bekerja kemudian susun aturkan sukatan pelajaran kita. Bunyinya macam serius bukan?  Hehe..


Ikhlas dari,

Lina Karim

Tuesday, October 29, 2013

..:: GraduatioN DaY ::..


So cute... Kecik2 lg dah pakai jubah konvo ni... Hopefully Adam akan sarung jubah konvo ni lagi di tahap university plak nnt... Ummi doakan abg Adam berjaya dgn cemerlang....
Almost finish dianyer kinder garden... Thn depan dah nak masuk darjah satu... Ummi need to prepare fizikal and mental to through all this.... Kena bgn lg awai.. Kena kejutkan adam lg awai... Kena tidorkan adam awai..... 


But one thing yg ummi sedih sikit.... Adam belom lancar membaca... How to do? Dia malas... Tu salah satu puncanya... Ummi juga x sabaq ngan adam kot... Klau ajak dia membaca dia ckp dia penat lah... Dia x tahu lah.... Ummi pun kurang bg ruang dan masa utk adam.... That's why.... Lah adam lom lancar membaca....

Friday, October 25, 2013

..:: itu bukan rezeki aku ::..

Trip to aussie... Melburne and Sydney... Ianya bukan rezki aku.... Sbb aku dah resign dr company yg g trip India dulu..  

Hari ni, ptg ni diorg akan g holiday.....

Ya Allah... Tabahkanlah hati ku ini... Jgn kau kacau bilau kan hati ku ini... Sesungguhnya aku tahu... Kau telah aturkan yg terbaik utk ku......

Kkau aku g auusie...... Aku x dpt nak g graduation day Adam esok.... Tambahan plak abah dia juga x dpt hadir... So, klau tak sapa nak bawa Adam g Graduation day dia????.... 

Alhamdulillah... Walaupun aku x berpeluang g aussie tp aku tetap dekat dengan anak2......