Wednesday, February 24, 2010

..:: JoM g ZoO TaiPiNg ::..

Salam untuk semua

Cerita ni dah lama... masa cuti raya cina yg lepas. Kitorg bawa Adam g zoo taiping... seronok bawa Adam g zoo sbb adam dah pandai dan dia byk kenal binatang.


Tgklah sapa lg yg ikut... abg firdaus, kakak faikah, abg farhan, mak teh dan pak teh.... Datang dr Kuala Ketil, Sg Petani nun jauh nu haaa.... semata2 sebab "anak-anak mak teh nak jumpa adam". Memang berbaloilah depa mai dr sana nun ha... sbb happening sgt2 masa kitorg jalan2 kat zoo ni.

Mola2 sampai je kat zoo, kitorg pusing satu zoo ni ngan train/keretapi. Tp kata Adam dia naik "thomas". Dah habis pusing satu zoo, barulah kitorg jalan2 area zoo ni. Tp x larat lah klau nak jalan semua. So, kitorg jalan area yg ada harimau, gajah, zirafah dll jer... kire x jalan semualah...

Dah penat berjalan-jalan kat zoo ni, kitorg penat memusing lake garden ni plak. 3 round rasanya semata-mata nak cari lokasi utk berkelah. mak tok dan tok wan serta mak long adam dtg kemudiannya ngan membawa bekal makanan utk berkelah. hehehehehheee......




Sunday, February 21, 2010

..:: UpdATe sKEt ::..

Salam buat semua

Dah lama aku x update blog ni. bukannya apa... byk benda nak diceritakan ni tp masih lum ada ruang masa utk semua ni. Ni pun just nak update ttg diet aku ni

Kawan2 yg lain cam na? Aku ni berat dok maintain 63kg tu jer... Weekday aku leh control x makan nasi... tp bila mai weekend, terbabas.... sebab weekend yg lepas, aku balik kampung... biasalah, kat kampung... x leh nak tahan.. semuanya nak makan.....

Apa yg perlu aku buat ek?

Wednesday, February 10, 2010

..:: Mari KeLih StoRe 2010 CoNteSt ::..

Salam buat semua

Berita baik khususnya buat wanita di luar sana. Jom ramai-ramai kita meriahkan
KERANA

Datanglah ke gerai sahabat kita
Gerai bernombor 24


"Mari Kelih Store"


Terdapat pelbagai jenis tudung.... kain ela..... brooch..... blouse... dan lain2. Harganya berpatutan. Jangan lepaskan peluang ini. Klau x beli pun x per tp boleh tolong khabarkan berita gembira ini kepada kawan2 office yang lain.

Jangan lupa luangkan masa bersama family di subang parade dan kunjungilah "Mari Kelih Store"

Kat mana? area depan celebrity fitness tu...


happy shopping!!! (",)

Tuesday, February 09, 2010

..:: BeRaS PEraNg ::..

Salam buat semua

Korang penah makan beras perang? Aku dah lama makan beras perang ni. Tp bukannya tiap2 hari. Hari dikala aku rajin nak masak je lah.... heheheheeehhe... Kat rumah aku, dah x der stok beras putih. Klau tetamu dtg, aku akan hidangkan nasi beras perang ni lah... Dan klau aku rajin masak kat rumah... bermakna kami sekeluarga makan nasi beras perang lah... Sbb tu masa lunch, aku sebolehnya elakkan diri dr makan nasi. Aku cuba utk kurangkan makan nasi beras putih. Ni salah satu usaha aku utk berdiet.

Kenapa aku kata beras perang ni membantu aku dlm berdiet? Kerana beras perang mempunyai byk kelebihan seperti
1. mengandungi mineral maganese sbg bahan anti pengaratan dlm tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yg ideal (",)
3. mengandungi selenium dan fiber / serat sbg anti kanser
4. menurunkan kalestrol dlm badan
5. baik utk wanita yg menopouse (menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2
7. mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat
8. kalsium yg lebih tinggi berbanding beras putih

Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal dr beras yg sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yg membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras yg berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakkan zat makanan yg terkandung didalamnya juga hilang. Bagaimanapun bg aku rasanya sama sahaja. yg beza cuma warnanya sahaja.....

Beralihlah daripada makanan yg sedap kepada makanan yang sihat. Dr Lim (aktivis kesihatan sosial juga pegawai penyelidikan FRIM) menyarankan pemakanan yg sihat yg boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Diantaranya :
1. makan beras perang menggantikan beras putih
2. guna garam laut menggantikan garam putih
3. guna gula perang/madu menggantikan gula putih
4. elakkan MSG
5. kurangkan pengambilan sos soya dan sebarang sos lain krn ianya mempunyai byk garam
6. Kurangkan pengambilan daging, ayam, telur dan lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar
7. hentikan makan makanan yg mempunyai pewarna/perasa tiruan
8. kurangkan makanan bergoreng dan berlemak
9. gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti kukus/bakar
Info ni aku petik dari harian metro.... heheheheee...






..:: AkU WaNiTa BiaSA ::..

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Thursday, February 04, 2010

..:: HiJRaH ::..

Salam buat semua yg sedang membaca blog ni.

Untuk kawan2 baru aku kat alam maya ni, ::@:: SaLAm PerKEnaLaN ::@::

Bermulanya aku ngan entry Kelab Diet Mr Bam sbb aku nak buka lembaran baru di alam maya ni. Nak fokuskan kepada perjalanan diary diet aku. aku ada blog yg sebelum ni, nak sambung kat situ tp ianya mempunyai kisah yg tersendiri. Yang membuatkan aku menangis sendiri.. Yang mempunyai kenangan yg tersendiri.. Biarlah ianya berlalu dan aku mulakan lembaran yg baru. Yang akan membuatkan aku senyum selalu.

Plan asalnya aku nak postkan 2nd entry ni pd 1st February pd hari pertama officially kelab diet mr bam bermula... tp disebabkan kesibukan kerja di office, aku x sempat nak menjenguknya. Bermula dr weekend lepas, sabtu keje, ahad pun keje, isnin balik kul 10.50mlm dan selasa aku balik kul 12.00tgh hari esoknya. bermakna aku x tido semlman.... ini semua angkara TENDER ni

LCCT New Terminal Building

Kembali bercerita tentang diet aku... Pg ni dengan semangatnya semata2 kerana aku nak update blog aku ni, aku pun naiklah penimbang digital aku tu..... 63.1kg!!!! wow!! dah ada sedikit penurunan nampaknya... Sebenarnya aku ni akan naik penimbang hampir tiap2 hari.. perjalanan berat aku macam trun naik.. ada org kata x elok amik tiap2 hari.. tp aku suka.. heheheh... aku leh nampak pola penurunan berat badan aku. Aku akan naik penimbang diawal pagi dan lewat malam sebelum tido. Apa yg aku dapat.... berat dipagi hari adalah lebih ringan dr berat pd lewat mlm. tp berat badan mana yg lebih tepat ek?