Monday, May 30, 2011

..:: TaHniAh juGa Buat FeTri ::..

Assalamualaikum....

Semlm dapat msg dr andak... "Salam. Fetri x jemput ke g kenduri dia?" hhhhmmmm... nak jawap apa ek? "x jemput pun... :(" - bleh ke jawab cam tu.. tp ada aku kesah semua ni? sapa aku? dan siapa dia?

Kawan lama jer.. masa kat matrik USM dulu..... Hari ni aku tercari2 gambar nikahnya.. Alhamdulillah, terjumpa pun... thanks pd budiey yg upload citer ttg Fetri ni... Cantik isteri dia... (",)



Budiey nak ucapkan Tahniah & Selamat Pengantin Baru buat penulis lirik dan juga personaliti TV3 iaitu Ahmad Fedtri Yahya dan isteri beliau, Nurul Anati yang telah melangsungkan Majlis Pernikahan iaitu 28 Mei 2011 di sebuah masjid dan majlis kenduri kesyukuran pula akan berlangsung pada 29 Mei di rumah pengantin perempuan yang terletak di Kampung Pengkalan Machang, To’ Uban, Pasir Mas, Kelantan.

Manakala, majlis menyambut menantu pula akan berlangsung pada hari Sabtu, 11 Jun di Arena Square, Pengkalan Baharu, Pantai Remis, Perak.

Di internet, Budiey ada terbaca beberapa komen positif tentang bakal isteri Fedtri Yahya ni. Dikatakan beliau seorang gadis yang lemah lembut, baik hati, suka menolong orang, tidak suka memburukkan orang, tidak pandai simpan dendam pada orang yang aniaya dia dan mudah memaafkan orang. Gadis ini, seolahnya tidak pandai untuk berfkiran negatif terhadap orang atau dalam erti kata yang lain dia seorang yang bersangka baik dengan semua orang.

Pada yang tak kenal, Ahmad Fedtri Yahya adalah seorang personaliti TV3 yang tak asing lagi. Beliau pengantara dan penerbit bersama program bual bicara, Malaysia Hari Ini (MHI). Dalam ramai-ramai, beliau antara personaliti yang kurang mendapat publisiti begitu juga gosip nakal dari media.

Menurut Fedtri, beliau mula mengenali isterinya ini ketika menjalani penggambaran program Masjid Ke Masjid sekitar November tahun lalu secara tidak sengaja di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

“Kami ada majlis makan-makan dan di situ saya terpandang kelibatnya yang turut hadir bersama sekumpulan ustazah dan tetamu lain. Lantas apa yang boleh disimpulkan, saya tertarik dan terus terasa sesuatu. Terdetik jauh di dalam hati, dia adalah gadis sempurna buat saya. Namun, semua itu hanya satu perasaan dan siapa sangka, perkenalan di situ berlanjutan tapi masih atas dasar sahabat. Mungkin itu yang dikatakan jodoh dan satu perasaan yang berbeza menjentik jiwa. Jika ditanya mengapa dia menjadi pilihan, ia tiada satu jawapan konkrit kerana jujurnya, kami tidak pernah melalui satu proses kebiasaan pasangan bercinta.

“Percaya atau tidak, kami berdua tidak pernah keluar berdua-duaan dan sentiasa ditemani rakan lain atau ahli keluarga jika ingin bertemu. Malah kami juga jarang sekali berhubung di telefon melainkan ada perkara penting. Selebihnya, proses mengenali hati budi itu hanya berpaksikan komunikasi melalui facebook dan mesej saja. Ia soal perasaan dan rasa percaya dalam hati.

“Saya yakin dia adalah gadis yang tepat buat saya. Selepas saya melakukan sembahyang istikharah beberapa kali, wajahnya juga menjelma dan begitu juga dengan dia. Mungkin juga kerana pendedahan dan pergaulan saya bersama teman-teman ustaz sepanjang menerbitkan program Masjid Ke Masjid, mereka banyak mengajar dan menyuluh laluan itu hingga saya benar-benar pasti, ini satu keputusan yang tepat,” katanya.

Kata Fedtri, dia tertarik dengan perwatakan, personaliti dan sikapnya yang menyenangkan dan begitu selesa bersamanya hingga ingin menyuntingnya pada kali kedua pertemuan. Siapa sangka, Nurul Anati yang juga guru Fizik di sekolah menengah di Kepong, Selangor berjaya menawan hatinya. (pembetulan : Nurul Anati mengajar di SMK Kepong Baru, Kuala Lumpur)

Enggan terus membiarkan ruang peribadinya tersingkap, Fetri yang pernah memberi sentuhan pada lagu Dusta Berkalang dendangan finalis Akademi Nasyid, Aiman, membuka satu perspektif baru dalam sebuah hubungan anak muda sepertinya. Percaya akan prinsip cinta bukan atas dasar maksiat, Fedtri yang merisik bakal isterinya Februari lalu, ingin melayari nikmat cinta selepas perkahwinan.

“Saya seorang individu yang meninjau hari esok. Mengendalikan program bual bicara yang membicara isu-isu semasa, menganjurkan motivasi dan kini menerbitkan program ilmiah keislaman, Masjid Ke Masjid, membataskan saya untuk mencatur langkah yang mungkin boleh memberi persepsi lain buat saya. Reputasi dan pandangan orang adalah satu aspek penting yang perlu diambil serius. Malah teman-teman juga banyak menasihatkan agar menjaga hubungan di peringkat awal lagi supaya perjalanan di kemudian hari lebih terjamin.

“Saya lebih yakin untuk menempuh perasaan bercinta itu selepas kami sah menjadi suami isteri dan ketika itu, segala-galanya halal dan lebih terpelihara. Memang saya akui ia satu langkah besar namun kalau dilihat pada sudut berbeza, ia satu pertaruhan yang berbaloi dan positif,” katanya berseloroh.

..:: TaHniAh buAT SaLmA daN ErrA FaziRa ::..

Assalamualaikum....

Korang layan Mentor 5 tak? Aku laayyyyaaannnnnn..... tu jer yg mampu aku layan. x leh nak layan AF/Maharaja Lawak/sbgnya sbb rumah i x der piring besarrr arrrr.....


Malam kemuncak Mentor musim kelima yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi menyaksikan protege Erra Fazira, Salma dinobatkan sebagai juara. Dengan kemenangan tersebut, peserta dari Tawau, Sabah ini berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze sumbangan Chevrolet. Memperoleh pungutan markah sebanyak 85 markah, Salma membuka tirai dengan sebuah duet bersama mentornya menerusi lagu Jendela Hati. Gadis berusia 21 tahun ini kemudian tampil dengan persembahan hebat dan memukau menerusi lagu Listen dendangan Beyonce.

Pada malam konsert penentuan yang disiarkan secara langsung di TV3 itu, Salma turut berduet dengan juara Malaysian Idol 1, Jaclyn Victor dengan lagu, Cinta (Kris Dayanti & Melly Goeslow) dan Rindu (Hetty Koes Endang). Pemilik nama Salmah Binti A. Asis ini turut menyampaikan lagu baru ciptaan Taja (Meet Uncle Hussain) berjudul Aku Permata.

Tempat kedua pula dimenangi oleh protege Datuk Sharifah Aini, Shiha dengan pungutan markah sebanyak 63 markah. Gadis berusia 24 tahun ini berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 tajaan Naza World. Pada malam konsert, Shiha menyanyikan lagu Rindu bersama mentornya, lagu solo berjudul Kisah Hati (Alyah), lagu duet bersama Black, Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah) dan Balqis (Siti Nurhaliza) serta lagu baru ciptaan Ajai berjudul Bila Bertemu Mu.

Manakala pemenang tempat ketiga yang akan membawa pulang wang tunai RM10,000 dimenangi oleh protege Edry, Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Binti Mohd Nor dengan pungutan markah 56 markah. Peserta dari Ampang, Selangor ini menyampaikan lagu duet bersama mentornya, Ganas, lagu Ku Mohon (Datuk Sheila Majid), lagu baru ciptaan Edry sendiri, Di Penghujungnya dan duet bersama Faizal Tahir, Karma.

Pada pandangan aku lah... semua protage ni mempunyai kekuatan masing2... tp seriously aku x sangka Salma akan menang mlm td sbb performance dia cam drop ms semi final dan Iqa melonjak naik.. Aku dok bayangkan dah ramai yg dok menyokong Ika.... lgpun masa semi final hari tu... jauh gile Salma ditinggalkan oleh shiha dan Iqa... Masa juri awam bg markah pun Salma dapat sikit jer.. 16/20 compare ngan Iqa yg dpt markah penuh 20/20..... Salma memang ada bakat dr awal2 lagi....

Friday, May 27, 2011

..:: 32 WeEks ::..

Assalamualaikum..

Diam x diam, adik Adam dah berusia 32 minggu dah... harapan ummi hanya satu.... semoga semuanya selamat...
Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang 17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas.

Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa.

Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum. Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun.

Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu terakhir.

info : babycenter

..:: AbG AdaM KeNa CaMPaK ::..

Assalamualaikum....

Hari ni aku kerja setelah 3 hari amik NPL - No Pay Leave ~ Unpaid Leave.... huahuauauaauauauhhuu..... nak nangis pun ada tp untuk anak tersayang, x rugi rasanya klau aku unpaid seminggu pun. Tp nak wat cam na, kerja aku banyak kat office ni....

Inilah pengalaman pertama aku menjaga anak yg demam campak. tp ye lah, aku ada sorang ni jer kan... tentulah ianya menjadi pengalaman pertama buat aku.

Khamis lepas ~ 19 May 2011 (1st day Nur Kasih The Movie) dlm mood aku yg happy sbb leh tgk NKTM ngan husband tersayang (ala2 datinglah konon hari tu) ptg tu aku dikejutkan ngan tompok2 berair yg ada pd bahagian belakang leher Adam. Bila aku tanya, dia cakap, kat bontot Adam pun ada.. So, aku pun geledahlah satu badan dia... Hampir 10 biji jugalah yg jumpa....

So, aku decide nak g jumpa dr. Zaini tp dr. Zaini x der. Bercuti sampai minggu depan... terpaksalah berjumpa ngan dr Azam, dr yg bertugas ptg tu.. Katanya Adam kena campak!!!

Tgh makan sate selepas jumpa doktor

Campak yg baru nak keluar....

Hari ke 4

Dalam menghadapi demam campak ni, jauh disudut hati aku ni risau juga takut ianya berjangkit pd aku yg kini dah masuk 32 minggu... Tp kata mak aku, aku dah pernah kena dulu masa kecik. legalah sket... sbb sebelum ni aku dok ingat aku x pernah kena campak lagi.....

Ianya juga memberi aku pengalaman baru.. iaitu mencari daun semambu.... Dr Zaini lah yg sruh aku g amik kat kuil kat area rumah aku tu... huhuuuu.... 1st time masuk kawasan kuil India.... menyeramkan pun ada..... aku kena campakkan RM0.30 kat perdu pokok semambu tu... dan aku tgk pun mmg banyaklah duit syiling kat perdu pokok tu.....


Apa yg aku buat ngan daun semambu ni? 1. aku letak bawah cadar yg Adam dok tido mlm2 tu... 2. aku mandikan Adam ngan daun semambu ni... Actually, macam2 petua yg diberikan oleh kawan2 atau saudara mara ngan daun semambu ni tp itu jer lah yg termampu aku buatkan utk Adam.....

Alhamdulillah setakat semlm, dah cukup seminggu Adam kena campak.... Orgnya aktif membuatkan kita yg risau... Tuan punya badan tu macam x tau sakit pun... tp yer lah mana leh tahan bila malam2 tgk dia dok menggaru badan dia..... kesian aku tgk.....


Saturday, May 14, 2011

..:: 30 WeEkS ::..

Assalamualaikum....

Hari ini adik Adam dah berusia 30 minggu..... meh kita tgk apa yg dia dok buat kat dalam pewot ummi ni....

Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda.

info : babycenter

Thursday, May 12, 2011

..:: TeTiBa ::..

Assalamualaikum...

Tetiba jer terfikir akan nama ini
"Amina Nur Kasih"
or
"Kasih Nur Amina"

sedap tak nama ni.... bleh bg nama ni kat adik Adam.... hehehehehhe

~ betul2 demam Nur Kasih ni~



....heheheehehheheeee...





..:: LaGi 7 HaRi ::..

Assalamualaikum.....

Semlm aku minta my lovely husband utk ambil 1/2 day ptg 19 hrbln ni..... slamber je dia jawab "tiket wayang dah habis lah ummi" faham sgt dia ngan wife dia ni yg dah lama dok ngidam nak g tgk citer Nur Kasih ni..... aku mmg ada check up disebelah pg 19hr bln tu, so.... blehlah amik cuti satu hari g tgk citer tu... hhuhuhuuuu.... klau tunggu weekend takut ramai plak nnt.... aku siap servey lg klau nak beli online cam na, bila kena beli... dll... ye lah dah lama giler kot aku x masuk panggung wayang....

Terbaca article dr sensasi selebriti ttg filem Nur Kasih ni... lglah membuatkan aku nak g tgk sgt2....

FILEM WAJIB TONTON 2011: APABILA CINTA, PERPISAHAN DAN PENGORBANAN BERSEMI DALAM NUR KASIH THE MOVIE

Mengalirnya air mata seseorang itu menunjukkan dia sedang bermain dengan emosi jiwanya dan akalnya ketika itu memikirkan kebenaran akan emosinya. Tetapi sejauh manakah kita dapat menilai keikhlasan kejernihan air mata yang menitik jatuh itu?

Ramai yang menangis kerana tidak mampu menanggung sesuatu yang dibebani, namun tidak ramai yang menangis kerana kesalahan diri sendiri yang tidak pernah peka dengan tanggungjawab untuk menggalas sesuatu beban itu.

Itulah ia kesedaran. Kesedaran yang terpukul ke dalam jiwa, melahirkan satu perasaan bersalah yang akhirnya membangunkan minda untuk kembali berfikir dengan waras. Inilah salah satu pembawaan tanggungjawab yang disandarkan pada filem Nur Kasih The Movie kepada masyarakat.

Bukanlah mahu mengatakan penonton perlu menangis ketika menonton filem ini. Tetapi penerimaan mesej yang bakal mereka dapat tidak setanding dengan mana-mana filem bertemakan cinta sebelum ini. Kerana suntikkan cinta dalam Nur Kasih ini bersemadi bersama tragedi perpisahan dan amukan pengorbanan yang mencetuskan satu hembusan tepat ke jiwa sanubari penonton.

Maka sebab itulah air mata jernih semula jadi akan muncul walaupun tanpa anda pinta. Ia merupakan sesuatu yang datang tanpa anda sedari. Itulah penangan hebat yang Nur Kasih The Movie janjikan!


Sebenarnya, masih banyak lagi yang belum diceritakan. Masih banyak yang belum diselesaikan dan masih banyak juga persoalan tidak berjawab. Kejayaan siri dramanya, Nur Kasih yang mengumpul penonton seramai 19 juta membuatkan pengarah tersohor Kabir Bhatia bersama isteri tercinta, Mira Mustafa berasa terpanggil untuk menyudahkan kesimpulannya. Ramai yang ternanti, ingin menyaksikan kesinambungan perjalanan tiga jiwa yang sememangnya menjadi ikon yang seakan memberi sokongan dan semangat dalam pencarian sebenar erti kehidupan.

Koloborasi Film Scape Sdn Bhd bersama-sama Grand Brilliance dan Juita Viden Sdn Bhd ini secara terang-terangnya bakal mencipta satu lagi sejarah dalam dunia perfileman dengan terhasilnya sebuah filem yang diangkat dari siri drama popular. Filem Nur Kasih The Movie, sebuah filem bercirikan islamik, kesinambungan dari 26 episod siri drama Nur Kasih, bakal membuatkan suasana hening di dalam panggung. Tenang. Pengamatan. Penuh keinsafan.

Kerja keras tenaga kerja produksi filem ini juga harus dihargai. Bukan mudah untuk menjalankan dakwah menerusi filem yang berjaya menarik perhatian ramai. Kerana terhasilnya filem ini demi memenuhi permintaan peminat yang mengharapkan agar siri Nur Kasih dapat disambung lagi. Sebuah karya yang menggabungkan tiga elemen penting dalam kehidupan seharian manusia iaitu cinta, perpisahan dan pengorbanan menampakkan satu penghasilan yang cukup meninggalkan kesan di hati penonton.

Sedikit imbasan penceritaan untuk tiga watak utama yang mempunyai aura tersendiri ini iaitu Nur Amina, Adam dan Aidil. Masing-masing dipegang peranannya oleh Tiz Zaqiah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz. Bermulalah kisah mengenai dua beradik yang membesar dalam keluarga yang mementingkan keagamaan. Aidil, selayaknya menjadi seorang abang kerana sifat penyabar dan tanggungjawabnya selain merupakan seorang lelaki yang sangat budiman seperti mengikut perihal ayahnya. Adiknya Adam pula tidak begitu. Hanyut dengan dunia sementaranya yang penuh dengan maksiat.

Dirinya semakin memberontak apabila terpaksa menuruti wasiat ayahnya yang ingin menjodohkan dirinya dengan Nur Amina, seorang gadis kampung yang pada anggapannya bukanlah secocok dengan dirinya yang moden. Nur Amina taat menuruti permintaan ibubapanya supaya dia berkahwin dengan Adam walaupun dirinya seperti tidak bersedia. Aidil merestui walaupun hatinya memendam perasaan terhadap Nur Amina. Mereka bertiga menempuhi segala getir walau adakalanya terpaksa menerima pahit yang sukar ditelan. Namun ianya berbaloi apabila akhirnya Adam mula kembali ke jalan yang lurus, Aidil menemui cinta hatinya dan Nur Amina mampu melemparkan senyuman manisnya kembali.

Enam tahun kemudiannya, menerusi filem Nur Kasih The Movie, sekali lagi dugaan datang menerpa mereka yang sedang berbahagia. Kali ini lebih dasyat. Hingga ketiga-tiganya hampir jatuh tersungkur, lemah untuk kembali bangun meneruskan pencarian hidup. Namun cinta mereka terhadap-Nya mengatasi segala-galanya. Sisa kekuatan yang masih ada dikumpul kembali walaupun ada perkara yang perlu mereka lepaskan pergi. Perpisahan yang menguji sejauh mana cinta sejati Adam dan Nur Amina dan pengorbanan suci Aidil yang telah berjanji pada dirinya untuk sentiasa ada di antara Adam dan Nur Amina. Saksikan kesudahan kisah mereka yang pasti meninggalkan satu kenangan yang pastinya sukar dilupakan.

Hayatilah perjalanan cerita yang telah digarap dengan sebaik mungkin ini dalam mengekalkan kesinambungan yang terhebat. Anda akan merasakan satu aura yang mungkin dicari-cari selama ini.

Sebuah filem tahun 2011 yang wajib ditonton bagi mereka yang bukan saja telah mengikuti siri drama 26 episodnya tetapi juga kepada insan yang bergelar manusia yang sedang menjalani kehidupan di dunia ini. Jalan manakah yang anda telah lalui sekarang bagi menuju ke suatu tempat yang abadi? Nur Kasih The Movie – Perjalanan Menuju Abadi…di pawagam 19 Mei ini.

Wednesday, May 11, 2011

..:: 1st BaJu uNtUK AdiK AdaM ::..

Assalamualaikum...

Ni lah baju yg aku beli kat carefour tu.... hhuhuhuuhu... hopefully betullah apa yg doktor scan tu... InsyaAllah baby girl....

Sunday, May 08, 2011

..:: SELAMAT HARI IBU ::..

Assalamualaikum....

Selamat Hari Ibu utk MAK!!! Hajah Bedah bt Awang....

dan semua ibu2 diluar sana......

Umi... ku tahu engkau derita
Hidup... dalam duka sengsara
Namun... diiringi doa
Agar kau bahagia

Umi... ku sunting kuntum melati
Harum... sewangi kasih suci
Umi... ku bawa penawar
Hapuskan derita

Apalah ertinya kehadiran ku di sisimu
Andai ku tak daya membuat kau gembira

Umi... ku petik bintang bintang
Menyinar... cahaya hidup mu
Umi... dekatlah wajahku
Yang selalu rindu

Ku tak relakan kau mederita selamanya
Biarlah aku yang menanggung derita mu
Ohhh...

Umi... ku ingin kau menyaksikan
Sinar... yang ku cipta untuk mu
Umi... berikan senyuman
Agar kau bahgia

Umi... Umi cinta padamu

Friday, May 06, 2011

..:: mY 29 WeeKs CheCK uP ::..

Assalamualaikum...

Semalam aku cuti semata-mata sebab nak g check up + minum air gula utk 29 weeks pregnancy. Seawal kul 7.50 pg aku dah sampai klinik kesihatan shah alam tu... Tp sampai2 je, bila aku inform kata kena minum air gula, nurse tu kata hari ni x der minum air gula sbb ada bahannya yg x der stok.... nyesal pun ada juga sbb aku amik cuti one day hari ni..... Herm.. pengurusan yg agak lembab pagi semlm, menyebabkan aku nak naik angin sbb org yg dtg selepas aku, dah dipanggil utk timbang berat badan tp aku???? masih tertunggu-tunggu....... hampir sejam jugak aku menunggu, baru nama aku dipanggil. Haihh.... Dengan sejuknyaa dan dengan lapaqnyaa.... bertahan jer la...

Macam biase la check up kat klinik kerajaan ni..... Check berat.. check tekanan darah, check darah, check urine dan last skali jumpa ngan nurse yg bertugas... Berat aku berjaya naik 1.7 kg. Alhamdulillah la.. aku pun x nak la naik mencanak sgt sbb takut nnt lepas pantang aku x dapat nak trunkan berat badan aku ni... hehehehehee.. Aku target pantang kali ni nak pantang secara sihat supaya aku dapat balik berat badan ms b4 ngandungkan Adam.. (bleh ke ek?) Then amik tekanan darah..... Alhamdulillah masih lg dlm keadaan normal - 115/77. Masa Adam dulu aku ada masalah tekanan darah tinggi dipenghujung pregnancy aku.... ms tu dah masuk 9 bulan dah.... Aku kena berjaga2 lah kali ni... Then check HB- selalunya cocok jarum kat jari. Tp pg semlm aku kena amik darah kat tangan.. banyak plak tu dia amik..... HB (haemoglobin) sepatutnya 11 gm% ke atas tapi akunyer 10.0-10.5 gm% dr bln 3 lepas.... Siap diorg bg vitamin zat besi lg... tp resultnya semlm 10.1 gm% jer.. klau dibandingkan ngan check up sebelum ni, naik 0.1 gm% jer..... Maybe sebab aku dok minum air teh kata nurse tu dan kurang ambil sayur2an hijau.... Haihh... bahaya gak.. nurse tu kata kang x pasai² pitam lak nanti... Patutlah ada skali tu kat office ni aku rasa cam nak pitam.... Aku kena banyakkan makan zat besi dan protein (kerang/paru/ati dll). Bak nasihat kak Fatiah, makan salad tiap2 hari.... Lunch ni nak g giantlah.... HB (haemoglobin) low nie ialah anaemia = kurang sel² darah merah dlm darah. Bersesuaian ngan keadaan aku yg agak kurang makan skrg nie..

Yang lain² yg berkaitan ngan adik Adam semuanya ok jerk... denyutan jantung dier pun mcm biase. Alhamdulillahh.... Cuma start dr skrg, aku dah kena g check up 2 minggu sekali dan kena catat pergerakkan adik dlm pewot ni.... dan maknanya lg dua minggulah aku kena minum air gula plak.. replace yg appointment semlm...

Check up aku habis awal juga smlm, dlm kul 9.45 pg dah siap... nasib baik selepas test urine tu aku x yah tunggu Q yg panjang utk jumpa nurse sbb no giliran aku no org2 yg dtg awal... walaupun pd awalnya ms dok timbang berat tu ramai dah yg potong Q aku.... tp ms Q nak masuk bilik ni, aku potong balik Q depa.. haahahhahaaa.... marah aku pg td dah jadi x marah.....

Dah siap check up, pewot pun lapar, aku g makan kat seksyen 3, area bgn MAIS tu.. restoran ceria... roti tampal kegemaran aku.... + teh tarik.. heheehheehe.. (teh tarik lg!!!) then sementara nak tunggu kul 12 sbb nak g lunch rojak kat kg jawa plak ngan mimie, aku g merayau2 kat kompleks pkns..... kat kedai tu, aku dok pegang letak je baju baby... nak beli ke x nak beli lg... tp nurse tu kata dah start leh beli dah.. end up, aku x beli apa2 pun kat pkns tu......... cuci mata jer.... lepas lunch ngan mimie kat rojak, aku singgah carefour seksyen 23.... seblm g spansion kat anty... kat sini pun sama... dok pegang letak baju adik adam.. tp ada sepasang baju baby yg aku x letak2 dah.. trus g bayar jer..... hihihihii....


..:: 29 WeEkS ::..

Assalamualaikum...

Berat bayi anda lebih kurang 2.5 paun / 1.1 kilogram dan ukuran panjangnya 15 inci / 38 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bagi lelaki, testikel menurun dari tempat berdekatan buah pinggang lalu merentasi groin dan terus ke skrotum. Bagi perempuan, kelentit masih menonjol sebab belum lagi ditutup oleh bibir vulva yang masih halus. Ianya akan membesar dan menutupi kelentit dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.

Kepala bayi anda semakin besar, dan pertumbuhan otaknya adalah amat pantas pada masa ini. Hampir kesemua bayi menunjukkan reaksi kepada bunyi menjelang 30 minggu.

Keperluan pemakanan bayi anda akan berkemuncak semasa trimester ketiga. Anda akan memerlukan sejumlah besar protin, vitamin C, folik asid, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200 miligram diserapkan ke dalam kerangka tulang bayi setiap hari). Jadi, makanlah makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien ini. Kerangka terus mengeras dan otak, otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang. Dengan itu, lihatlah panduan makanan sempurna kami bagi memastikan anda mendapatkan mineral dan vitamin yang mencukupi.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

info dr : babycenter

Tuesday, May 03, 2011

..:: iT's AlreadY MaY 2011 ::..

Assalamualaikum...

Sedar x sedar rupanya dah masuk bulan May 2011. Sekejap je rasanya... Sbb aku dah x sabar nak tunggu 19 May ni... Nak tengok Nur Kasih The Movie... Hopefully angan2 ku ini tercapai lah.. sbb hari tu aku ada berangan2 nak g Cameron/tanah tinggi, cam x nampak gaya jer leh g jalan2 tu....

Actually aku suka sangat tgk wajah manis, bersih si Nur Amina tu tp aku x suka tgk pd Tiz Zaqiyah.... sbb apa tau......

Haaa... kan lain orgnya tu.. hehehehehhee... memanglah pelakon.. dah kejenya cam tu. untuk berlakon.... kita yg menonton ni jer yg perlu ambil pengajaran dr drama/filem yg kita tgk tu...


Lewat kini kurasakan kasih kian kudambarkan
resah hati yang ku pendam pada takdir dan harapan
detik waktu dan suratan siapa tahu ketentuan
ku mencari cahayanya dalam bayang kegelapan
nur kasih nur kasih
masih hidup dan pilihan lain untuk setiap insan
melayarkan perjalanan dalam maya kesamaran
nur kasih nur kasih
aku kembali kerana masih mencari yang hakiki sih tak pasti
janji suci yang abadi
nur kasih nur kasih ya nur kasih nur kasih
aku kembali kerana masih mencari yang hakiki sih tak pasti
janji suci yang abadi
nur kasih nur kasih