Thursday, August 26, 2010

..:: ChErITa RaMadHaN 3 ::..

Salam buat semua

Hari ni citer pasal berbuka puasa... klau dulu kat muhibbah, kitorg ada majlis berbuka puasa. kat tempat baru ni, semua tu x der.. huhuhuu.. tp nasib baik aku ada majlis berbuka ngan geng2 berbasikal... hihihiiii....

Sabtu lepas, kitorg berbuka kat dewan komuniti bukit damansara... biasalah, majlis yg dianjurkan sendiri.... biasa2 jer makanannya.. tp apa yg penting ianya dapat mengeratkan silahturahim antara kami semua.... :)

Ptg sebelum berbuka tu, kitorg singgah kat depan pusat sains negara.. Adalah tmn pra sejarah kat tepi jalan tu.. Kitorg sgt teruja ngan patung2 dinasor kat situ.. tp Adam.....

"anak ummi ni lah.."

Penakut rupanya anak ummi ni... (",)

Tuesday, August 24, 2010

..:: ChErITa RaMadHaN 2 ::..

Salam buat semua

Saja nak citer... aku rasalah.. 3 tahun aku dok kat tender dept kat muhibbah dulu x pernah pun aku berbuka kat office.. seingat akulah.. x der... masuk keje kul 8.00pg then leh balik dlm kul 5.00ptg... sempat je buat kejenya... tp kat sini ni.. aduyaiii... baru hari ke 14 di bulan ramadhan ni, aku dah 2 kali balik lambat.. dan berbuka ngan kurma je kat opis ni... sbb tergesa2 nak balik makan kat rumah... huh......

Cuba korang tgk gambar kat bawah ni...


Apa yg lainnya tu? pikir2 kan lah.... pelik kan.. cam na leh jd cam tu? korang tau ke brand apa ni? SAUDI... entahlah... 2 /3 hari lepas aku dpt email pasal fries kat McD.. declare that McD tu x halal.. dlm bulan puasa ni jg, byk hotel2 besar yg dikatakan x halal... habis tu tang mana nak cari yg halal? kehidupan kita ni dah dikelilingi ngan byk benda yg x halal.. susah kan hidup ni? nape susah?

Monday, August 16, 2010

..:: ChErITa RaMadHaN 1 ::..

Salam Ramadhan utk semua...

Hari ni merupakan hari pertama aku berpuasa di bulan Ramadhan 1431H. Kenapa? Biasalah org perempuan... x bestnya... 2/3 thn yg lepas, aku puasa penuh... hihihii... tahun ni x der rezki utk aku puasa penuh.

Cerita pasal weekend aku, pg semlm Adam bgn tido kul 12.00 tgh hari... tau tak kenapa... agaknya sbb letih tgh mlm sebelum tu. Kitorg ikut abah Adam g putrajaya dlm kul 10 mlm, lepas tarawih... kat sana Adam terjumpa ngan geng dia. Si haziq tu.. so, apa lg... bergelak + bergaduh + berlari + terjatuh.. semuanya ada.. basahlah baju yg adam pakai tu.... basah peluh. kitorg blk dr putrajaya dlm kul 1.45am. then br Adam tido dlm keta.... penatkan.....

Mengisi masa terluang yg ada, aku iron baju + basuh baju + kemas umah sket2 sbb kul 2 nak gerak g umah anjang... Kitorg ramai2 berpakat berbuka ramai2 kat rumah anjang kat puncak alam. Biasalah menu biasa anjang di bulan ramadhan ni ialah kanji + sup tulang. Actually kanji ni cam bubur lambuklah / bubur nasi lah... sama jer.. tp dah mak kitorg ajar panggil kanji, so kitorg pun panggil kanji lah dr kecik sampai besaq. Klau kat kampung ni, mestilah mak yg masak kanji ni... huuhuhuu... rindunya kanji yg mak masak tu..... Aku buat agar2 jer... kakakakaa.. oklah tp cam manis sket agar2nya. tp ada yg puji sedap. aahhahahahha.... Auntie buat kabunara. yg lain dtg bw kuih2... so, memang banyaklah lauknya... semua ada... penuhlah umah anjang mlm td.

Masa on the way g umah anjang ptg smlm, aku menyinggah kat saujana utama... bukan singgah mana pun.. aku lalu jer... aku ronda2 jer.... kau lalu lah kat rumah aya. ingat nak singgah tp tgk keta satu lg x der... so, aku assume aya kuarlah kot. dan aku pun x call tny dia utk kepastian... aku pun x tau kenapa aku x der kekuatan utk berbuat demikian... bila pikir2 kan balik, adakah aku dah betul2 memaafkan aya dan adakah aya benar2 dah memaafkan aku diatas tragedi yg menimpa di atas persahabatan kami dulu tu? Aku selalu terpikir hal ni.. setiap hari... aku mahukan hubungan persahabatan yg dulu tp..... Cam na aku nak pulihkan hubungan aku ngan aya? tp nape ngan aya je? ngan dilah? entahlah... aku benar2 tertekan bila memikirkan hal ni.. ianya membuatkan aku menangis lg.....

Wednesday, August 11, 2010

..:: SeLaMat MeNuNaiKaN iBAdaH PuaSa ::..


A month full of blessings, forgiveness and rewards from Allah.

"Selamat menunaikan ibadah puasa"

Thursday, August 05, 2010

..:: KaLaULaH aKu..... ::..

Salam buat semua..

Hari ni aku nak berangan sket lah..... Kononnya kalaulah rezki aku murah.. hehhehehheh $$$$$$$$$ hahhahahhahaha..... Aku nak beli kereta idaman si dia lah....



Monday, August 02, 2010

..:: PoLycYsTic OvARy SynDrOmE ::..

Salam buat semua

Diatas saranan sorang kakak kat opis aku ni dan gerak hati aku yg selalu memikirkan ttg second baby... aku memberanikan diri utk berjumpa dgn doktor utk mendapat khidmat nasihat....

Aku citer masalah aku.. dah lama nak pregnant tp lum ada rezki. Lepas bersalinkan Adam dulu aku x amik apa2 pil perancang pun. Kitaran haid aku yg x menentu, berat badan bertambah dan lain2. Sembang punya sembang, doktor Zaini kata maybe kes aku ni bleh dikenali sbg PCOS - Polycyctic Ovary Syndrome.

Then pg td aku pun tanyalah pak cik google...

First aku tgk gambar ni, aku geli... Cam ni ke keadaan ovari aku? Lagi aku baca kat website pakar sakit puan, sri kasih dan byk lagi lah..

Aku citer ngan husband aku, dia kata samalah kes masa setahun yg lepas ms aku jumpa dr Lenny kat klinik an-nisa kat seksyen 7 dulu tu. Tp masa tu dr Lenny tu kata ovari aku bengkak then dia bg ubat supaya period trun. Lepas period trun, aku g follow-up siza ovari aku dah kecut sket... Tp ms tu dr Lenny tu x bgtau plak ttg simdrom PCOS ni...

Ni lg info ttg PCOS ni :-

Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.
So, jagalah kesihatan diri....