Tuesday, February 21, 2012

..:: SekaDaR GaMbar HiaSaN ::..

Pada hari ini, gambar my husband kuar dlm utusan.... insan terpilih.... bertuah dia hari ni... muka dia masuk dlm utusan malaysia.....

Menunggang basikal antara amalan hijau yang patut digalakkan kerana bukan sahaja ia aktiviti sihat, tetapi juga membantu mengurangkan pencemaran udara dan memulihara alam sekitar. - BERNAMA

Monday, February 20, 2012

.. SaLaM dr TaJ MaHaL ::..

DAY 5 - AgRa

Klau sebut nak g India, mesti Taj Mahal menjadi bayangannya..... kenapa ek? sbb ianya adalah 7 wonders in the world.... eehheheee.... dah sampai sini, baru lah tau, nak masuk Taj Mahal ni ada security check....
menuju ke pintu masuk ke Taj Mahal...

Taj Mahal terletak di tebing Sungai Jumna. Ianya merupakan makam yg dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yg kelima. Ianya mula dibina pd 1632 dan siap pd 1648.


Ianya dibina oleh hampir 20,000 org yg terdiri dr tukang batu, tukang emas, pengukir yg termasyur dari seluruh dunia.
Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.

Bahan binaannya di bawa dr seluruh Asia dgn menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dr Rajasthan. Permata dr Punjab. Jed dan hablur dr China. Finrus dr Tibet. Lazuardi dr Afghanistan. Nilam dr Sri Lanka dan Kamelian dr Arab. 28 jenis batu berharga ini telah digunakan untuk menbina Taj Mahal.. Kos pembinaanya mencecah 32 Juta Rupee...

Macam x percaya saya dah sampai kat Taj Mahal..... cuaca kat sini sejuk tp x berangin sgt macam 1st day sampai ke New Delhi hari tu... Walaupun ada sinaran matahari, tapi cuacanya tetap sejuk....





..:: DaRi SriNagaR ke GulmaRG ::..

DAY 3 - 22hb Jan - Srinagar - Gulmarg

Hari yg ketiga ni, memang saat-saat yg dinantikan sbb nak main salji... nak rasai salji trun..... Dalam perjalanan utk ke Gulmarg pun dah nampak salji di mana-mana saja...




Dari houseboat td, kitorg berhenti di check point ni. kat sini kena tukar kasut. x leh pakai kasut biasa kita. Rain coat adalah optional... tp saya sewa lg rain coat.. sbb memang sejuk giler... dah lah kat office ni pun saya dah x tahan sejuk, apatah lg bila dikelilingi ngan salji.... Sewa kasut bot tu dlm 80Rupee dan rain coat tu 100Rupee... Lepas siap pakai kasut ni, kitorg tukar bas plak. bas yg biasa kitorg naik tu, x leh naik ke atas gunung Gulmarg.

Dah sampai di kemuncaknya..... masa dah sampai ni... sesuatu yg terdetik dlm hati, SUBHANALLAH... indahnya ciptaanNya.... cantiknya Gulmarg dikala winter....



Tebal kan salji dia? cuaca pun berkabus jer... Kat sini kitorg main sledge yg dibuat dr kayu. Kos utk naik dan enjoy ngan benda alah ni ialah 150USD or RM50.00 cam tu lah... Pada mulanya ramai juga yg x nak naik sbb ditarik oleh orang / penduduk tempatan. Tp bila dah sampai sana, semua jadi nak naik plak... alasannya, alang2 dah sampai.... kita try jer lah....

Tengok!!!!! saya pun terkejut gak...... tp ni masa nak trun bukit jer.....

Alhamdulillah... dapat rasai salji turun.... korang nampak tak?

Yang kelabu tu penduduk tempatan yg tukang tarik sledge kiter. Yg baru biru tu, local guide kat Kashmir ni... dan yg baru merah tu, officemate saya.... umurnya dah almost 60 thn dah, tp masih kuat dan sihat utk joint trip ni.....

Itulah bas yg kitorg naik utk sampai ke puncak gulmarg ni. Buruk kan... hehehehheheeee...

Ni jalan kat lereng2 bukit..... ada kalanya saya sendiri pun takut.. curam giler...

Rakyat tempatan..... sayangnya saya tidak mempunyai camera yg canggih utk snap gambar2 kat sini... view dia sangat cantik..... tp ada org kata klau musim bunga, Kashmir ni lg cantik..... tp musim bunga Kashmir ni akan didatangi pelancong dr luar dan dr India sendiri.... Kashmir akan jd lg crouded. compare ngan winder yg lg ramai pelancong dr luar sahaja yg suka dtg masa musim ni....

Setelah turun dari gunung Gulmarg, kitorg dibawa menikmati kawasan disekitar houseboat. barulah saya tahu, bahawa..... ada kedai kat sungai tu...



Ni perkara biasa bila saya naik Shikara ni... dan saya x suka..... sbb ramai peniaga yg akan himpit boat kita utk jual barang diorg. Ni dia tgh jual Safron...




Masa utk pulang ke New Delhi...

Friday, February 10, 2012

..:: GaTaL TaNgaN ::..

Salam...

Belum habis lg saya berkongsi ttg perjalanan di India tp tgn ni gatal tul bertanya pd pak cik Google... kali ni, saya jumpa lg byk blog yg bercerita ttg Golden Triangle / Kashmir / INDIA.... so sekali lagi saya nak promote diorgnyer blog... kepada sesapa yg tgh / nak buat preparation utk ke India...

Majoritinya diorg ni punyai kamera yg canggih dan terror amik gambar dan kaki jalan..... mmg cantik siot gambar2 diorg... jom layaannnn....






Ada yg pergi masa musim bunga dan ada juga yg pergi masa musim sejuk. Memang India BEST!! sangat. Tapi saya tetap bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia... (",)

Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi gambaran dan ilmu kepada mereka yg membaca...

Monday, February 06, 2012

..:: wiTh IK ::..

singkatannya IK, tp penuhnya Irfan Khairi....
nak amik gambar berdua ngan IK, takut gosip atau ada yg marah... hhehehhehheee... cukuplah sekadar kenangan.... terjumpa ngan dia utk dgr pasal perniagaan internet. best gak ar.. ada ilmu baru yg saya dapat....
ps:1st dgr suaranya, tgk senyumannya secara live... terasa cam, aarrrrhhhhh....... kiuttttnyerrr mamat ni... hiihiiihi

Wednesday, February 01, 2012

..:: Company Trip - I N D I A ::..

Alhamdulillah… semuanya berjalan dgn lancar. Perjalanan pergi dan pulang saya bersama-sama rakan sepejabat ke bumi India… Tarikh 20hb – 29hb Januari 2012, betul-betul memberi kenangan yang manis buat saya. Peluang yg diberikan utk memijak kaki di bumi India… pengalaman yg betul-betul tidak dapat dilupakan…..Sebelum berangkat ke India, perbagai persediaan yg dah saya lakukan…. Antaranya bertanya pd kawan2 yang pernah pegi ke India dan tanya pd pak cik google….. salah satu blogger yg saya jumpa dan byk memberi inspirasi utk saya ialah blog ni…. Dapatlah gambaran serba sedikit tentang perjlnan di bumi India….. saya juga berharap agar perkongsian saya di sini akan memberi manfaat kpd mereka yg membacanya... yg memang ada plan nak g Kashmir pd musim sejuk terutamanya.... memang best sangat....

DAY 1 - 20hb Jan – Kuala LumpurNew Delhi



Bertolak dr KLIA pd 8.40pg tp seawal 6.00pg lg saya dah sampai kat KLIA utk check in. Kitorang pergi ngan Parlo Travel Agency. Penerbangan ngan Malaysia Airline mengambil masa 5 jam 10 minit utk sampai ke Delhi.

Kitorang sampai Delhi lambat, sbb air traffic kat airport Delhi sesak disebabkan cuaca yg paling teruk di Delhi… almost 1 hour kitorg delay…. Turun jerk at Delhi tu…. Memang cuaca sejuk giler. 5 celcius….. dr Indra Ghandi International Airport, Delhi…. Kitorg bergerak ke salah sebuah restoran tempatan utk lunch. Alhamdulillah… sedap hidangannya dan boleh masuk arrrr ngan selera saya… klau ikutkan jadualnya, kitorg akan ke Qutub Minar tp disebabkan flight kitorg delay dan terlambat, so, x sempatlah nak g Qutub Minar. Kitorg dibawa utk melawat Lotus temple. Tp kitorg x masuk dalam pun…. Cuma amik gambar dr luar ajer…. Kitorg juga dibawa melihat kawasan perumahan ahli-ahli parliment dan secretariat building di sepanjang perjalanan menuju ke Park Plaza hotel utk berehat.




DAY 2 - 21hb Jan – DelhiSrinagar, Kashmir.

Selepas sarapan di hotel, kitorg check out dan terus menuju ke domestic airport utk g Srinagar, Kashmir. Kata local tour guide tu, org2 di Kashmir ni almost 90% adalah muslim dan masyarakat di Kashmir tidak mengaku diorg adalah rakyat INDIA. Kashmir satu ketika dulu menjadi rebutan antara Pakistan dan India… Kitorg naik pesawat IndiGo, ala-ala Airasia gitu…. Belum pun IndiGo mendarat kat airport Srinagar tu, dr atas, saya dah nampak view yg sangat cantik…. Subbahanallah…. Allah maha Berkuasa…. Cantiknya bumi ciptaanNya…. Bila IndiGo dah cecah lapangan terbang tu, lagilah cantik…… banyaknya saljiiiii…… masa ni suhu di Srinagar, Kashmir dalam -ve 2 celcius…..

Dr airport terus ke houseboat. Kitorg lunch kat dalam houseboat ni…


then keluar semula utk ke Mughal Garden ofNishat Bagh (Garden of Pleasure) yg terletak bertentangan ngan Dal Lake……kat sini klau musim summer, penuh ngan bunga yg berwarna warni… tp sbb kitorg sampai musim sejuk, maka taman ni penuh ngan salji….


On the way balik ke houseboat, kitorg singgah kat local butik yg buat carpet, pusminar… mola-mola dgr dia citer cam na buat carpet…. Bertuahnya rasa diri ni bila berpeluang utk mengetahui cam na diorg buat carpet tp lepas tu,rupa-rupanya…. Nak jual carpet lah…… ada carpet, shawl, sari dan lain2….. kat sini saya terbeli shawl @ 750 Rupee / RM 47.30 . Nasib baik beli satu jer….. kire mahal juga tu….

Actually kat Kashmir ni, klau tinggal di houseboat ni….. ada byk kenangannya….. Memang best arrr tinggal kat houseboat ni… ada pelbagai jenis houseboat.. semuanya dulaxe…. Sejarah houseboat ni….. dulu masa Inggeris dtg Kashmir, diorg x dibenarkan utk memiliki tanah… oleh sbb itu, diorg bina houseboat sbg tempat tinggal. Sbb tu lah sebuah houseboat ni cam sebuah rumah, ada ruang tamu, ada ruang makan, ada dapur dan ada 3/4 bilik tidur.

Ni ialah HEATER.... tempat tumpuan ramai.. heheheheee... pemanas kat ruang tamu. dlm setiap bilik pun ada juga. korang kena berhati2 sket ngan heater ni.... saya punyai kenangan yg x dapat saya lupakan - heater ni telah menyebabkan baju sejuk saya dapat corak baru.. huuhuuuuhuuu.. sedihnya.....

Setiap houseboat ni akan ada dua orang yg akan bantu kita… lebih kurang cam pembantu rumahlah… diorg hidangkan makanan, bakarkan kayu utk heater dan lain2…. Ni ialah En Ramzan atau nama panggilannya "kaka" hehehehehhee.... baik orgnya dan suka buat lawak...

Di sini ramai peniaga.... Dr tepi jalan utk ke houseboat, kitorg akan naik sampan atau dikenali sbg “Shikara”. Sepanjang perjlnan merentasi tasik tu, sebelum sampai ke houseboat, kitorg akan dihimpit oleh peniaga yg menjual brg diatas Shikara… Kat houseboat plak, akan ada peniaga yg akan masuk melawat kita…. Utk menjual barang diorg… klau diorg dtg ni, kena pandai bargain utk dapatkan harga yg termurah… Bak kata tour leader kitorg, kat Kashmir ni dia x akan bawa kitorg g market tp market yang akan datang ke houseboat kitorg.