Wednesday, December 29, 2010

..:: hahaaahhaahha ::..

Salam buat semua

Kenapa aku gelak? sbb aku baru je tukar template blog aku ni. hihihii... ok tak? OK kan?
hahhahahhaa... puji diri sendiri....Sebab apa aku tukar? Sebab semoga ianya akan menjadi pemangkin semangat baru aku ni... Rasanya start dr hari ni, aku dah leh online dr pc aku dah.... hihihih... maklumlah sebelum ni penggunaan internet kat opis baru aku ni terhad sket... terhad pd penggunaan broadband ajer. sbb x der fix line. skrg diorg dah guna unifi.....

Ok, Start esok aku akan biasakan setiap 2/3 hari aku akan postkan 1 article kat dlm blog aku ni... x brani lah nak janji 1 hari 1 post.. takut sibuk ngan keje.....Oklah... aku nak uploadkan gambar2 Adam lah....

Adam ngan basikalnya...

Adam ngan Haziq... kawan baik dia lah...

Adam kat putrajaya

Adam main basikal ngan Danish


Wednesday, December 08, 2010

..:: AlMosT OnE MonTh ::..

Salam buat semua..

Almost one month aku x dapat nak update blog aku ni... Entahlah.. lately ni makin malas nak layan blog plak.. hhhmmmm.....

Actually baru2 ni aku ada g test KPLI, then last week check for interview tu.... keputusannya :(
x dapat pon.... :( sedih jg lah.... hhhmmm.... aku pun x tau nape aku rasa nak jd cikgu. masa yg lebih byk utk family kot. hihihihi.... patutlah x dpt interview kan.... sbb niat nak jd cikgu tu pun dah salah... uuhuuuu....

Monday, November 08, 2010

::@:: Up Date Please ::@::

Salam Buat Semua...

Ramai ke yg suka baca blog aku ni? Dah lama aku x up date... sejak2 opis aku bertukar tempat dr usj10 ke bdr puteri ni, lglah aku x penah update. Ni first time aku update... sbb..... kat opis baru ni lom ada fix line, so semua staff x leh nak xcess internet. klau nak xcess kena guna pc yg telah disediakan khas utk berinternet menggunakan broadband... hehehehehhe.. klau aku dok lepak lama2 kat pc ni, kantoi lah... hehehehehe...

Inilah pc yg dikhaskan utk berintenet.. tu Amy.... hhehehe...

Ni plak tempat keje aku yg baru...

Ni plak pantry kitorg.. diberi nama "kakak rich" . Skrg ni aku masak je kat rumah.. hari2 bawa bekal.. klau malas masak, aku tapau nasi utk tgh hari.. x pun makan yg free je... tumpang masakan mak su / nik. hhehehehehehhe....


Thursday, August 26, 2010

..:: ChErITa RaMadHaN 3 ::..

Salam buat semua

Hari ni citer pasal berbuka puasa... klau dulu kat muhibbah, kitorg ada majlis berbuka puasa. kat tempat baru ni, semua tu x der.. huhuhuu.. tp nasib baik aku ada majlis berbuka ngan geng2 berbasikal... hihihiiii....

Sabtu lepas, kitorg berbuka kat dewan komuniti bukit damansara... biasalah, majlis yg dianjurkan sendiri.... biasa2 jer makanannya.. tp apa yg penting ianya dapat mengeratkan silahturahim antara kami semua.... :)

Ptg sebelum berbuka tu, kitorg singgah kat depan pusat sains negara.. Adalah tmn pra sejarah kat tepi jalan tu.. Kitorg sgt teruja ngan patung2 dinasor kat situ.. tp Adam.....

"anak ummi ni lah.."

Penakut rupanya anak ummi ni... (",)

Tuesday, August 24, 2010

..:: ChErITa RaMadHaN 2 ::..

Salam buat semua

Saja nak citer... aku rasalah.. 3 tahun aku dok kat tender dept kat muhibbah dulu x pernah pun aku berbuka kat office.. seingat akulah.. x der... masuk keje kul 8.00pg then leh balik dlm kul 5.00ptg... sempat je buat kejenya... tp kat sini ni.. aduyaiii... baru hari ke 14 di bulan ramadhan ni, aku dah 2 kali balik lambat.. dan berbuka ngan kurma je kat opis ni... sbb tergesa2 nak balik makan kat rumah... huh......

Cuba korang tgk gambar kat bawah ni...


Apa yg lainnya tu? pikir2 kan lah.... pelik kan.. cam na leh jd cam tu? korang tau ke brand apa ni? SAUDI... entahlah... 2 /3 hari lepas aku dpt email pasal fries kat McD.. declare that McD tu x halal.. dlm bulan puasa ni jg, byk hotel2 besar yg dikatakan x halal... habis tu tang mana nak cari yg halal? kehidupan kita ni dah dikelilingi ngan byk benda yg x halal.. susah kan hidup ni? nape susah?

Monday, August 16, 2010

..:: ChErITa RaMadHaN 1 ::..

Salam Ramadhan utk semua...

Hari ni merupakan hari pertama aku berpuasa di bulan Ramadhan 1431H. Kenapa? Biasalah org perempuan... x bestnya... 2/3 thn yg lepas, aku puasa penuh... hihihii... tahun ni x der rezki utk aku puasa penuh.

Cerita pasal weekend aku, pg semlm Adam bgn tido kul 12.00 tgh hari... tau tak kenapa... agaknya sbb letih tgh mlm sebelum tu. Kitorg ikut abah Adam g putrajaya dlm kul 10 mlm, lepas tarawih... kat sana Adam terjumpa ngan geng dia. Si haziq tu.. so, apa lg... bergelak + bergaduh + berlari + terjatuh.. semuanya ada.. basahlah baju yg adam pakai tu.... basah peluh. kitorg blk dr putrajaya dlm kul 1.45am. then br Adam tido dlm keta.... penatkan.....

Mengisi masa terluang yg ada, aku iron baju + basuh baju + kemas umah sket2 sbb kul 2 nak gerak g umah anjang... Kitorg ramai2 berpakat berbuka ramai2 kat rumah anjang kat puncak alam. Biasalah menu biasa anjang di bulan ramadhan ni ialah kanji + sup tulang. Actually kanji ni cam bubur lambuklah / bubur nasi lah... sama jer.. tp dah mak kitorg ajar panggil kanji, so kitorg pun panggil kanji lah dr kecik sampai besaq. Klau kat kampung ni, mestilah mak yg masak kanji ni... huuhuhuu... rindunya kanji yg mak masak tu..... Aku buat agar2 jer... kakakakaa.. oklah tp cam manis sket agar2nya. tp ada yg puji sedap. aahhahahahha.... Auntie buat kabunara. yg lain dtg bw kuih2... so, memang banyaklah lauknya... semua ada... penuhlah umah anjang mlm td.

Masa on the way g umah anjang ptg smlm, aku menyinggah kat saujana utama... bukan singgah mana pun.. aku lalu jer... aku ronda2 jer.... kau lalu lah kat rumah aya. ingat nak singgah tp tgk keta satu lg x der... so, aku assume aya kuarlah kot. dan aku pun x call tny dia utk kepastian... aku pun x tau kenapa aku x der kekuatan utk berbuat demikian... bila pikir2 kan balik, adakah aku dah betul2 memaafkan aya dan adakah aya benar2 dah memaafkan aku diatas tragedi yg menimpa di atas persahabatan kami dulu tu? Aku selalu terpikir hal ni.. setiap hari... aku mahukan hubungan persahabatan yg dulu tp..... Cam na aku nak pulihkan hubungan aku ngan aya? tp nape ngan aya je? ngan dilah? entahlah... aku benar2 tertekan bila memikirkan hal ni.. ianya membuatkan aku menangis lg.....

Wednesday, August 11, 2010

..:: SeLaMat MeNuNaiKaN iBAdaH PuaSa ::..


A month full of blessings, forgiveness and rewards from Allah.

"Selamat menunaikan ibadah puasa"

Thursday, August 05, 2010

..:: KaLaULaH aKu..... ::..

Salam buat semua..

Hari ni aku nak berangan sket lah..... Kononnya kalaulah rezki aku murah.. hehhehehheh $$$$$$$$$ hahhahahhahaha..... Aku nak beli kereta idaman si dia lah....



Monday, August 02, 2010

..:: PoLycYsTic OvARy SynDrOmE ::..

Salam buat semua

Diatas saranan sorang kakak kat opis aku ni dan gerak hati aku yg selalu memikirkan ttg second baby... aku memberanikan diri utk berjumpa dgn doktor utk mendapat khidmat nasihat....

Aku citer masalah aku.. dah lama nak pregnant tp lum ada rezki. Lepas bersalinkan Adam dulu aku x amik apa2 pil perancang pun. Kitaran haid aku yg x menentu, berat badan bertambah dan lain2. Sembang punya sembang, doktor Zaini kata maybe kes aku ni bleh dikenali sbg PCOS - Polycyctic Ovary Syndrome.

Then pg td aku pun tanyalah pak cik google...

First aku tgk gambar ni, aku geli... Cam ni ke keadaan ovari aku? Lagi aku baca kat website pakar sakit puan, sri kasih dan byk lagi lah..

Aku citer ngan husband aku, dia kata samalah kes masa setahun yg lepas ms aku jumpa dr Lenny kat klinik an-nisa kat seksyen 7 dulu tu. Tp masa tu dr Lenny tu kata ovari aku bengkak then dia bg ubat supaya period trun. Lepas period trun, aku g follow-up siza ovari aku dah kecut sket... Tp ms tu dr Lenny tu x bgtau plak ttg simdrom PCOS ni...

Ni lg info ttg PCOS ni :-

Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.
So, jagalah kesihatan diri....

Thursday, July 29, 2010

..:: BeSdAY PaK JaNG ::..


HappY SweeT 50th utk abg ipar aku ni....
hehehehhehehhehheeee.....

Kitorg celebrate kat kedai kopi jer...

Mlm td, suka aku tgk anak bujang aku tu makan... bersungguh2 dia makan...

Terima kasih utk anjang yg belanja kitorg semua....
Anjang x pernah berkira ttg makan2 ni... klau g umah dia lg lah.... macam2 dia masak
Aku memang suka part tu.. hhheheeeheh...

Tuesday, July 27, 2010

..:: BakaL MenDaPaT BiRaS ::..

Salam buat semua Sabtu weekend lepas, aku keje dan blk pun agak lambatlah dlm kul 4.30ptg cam tu.. Tp aku tetap rasakan weekend ku terlalu panjang... sbb, lepas keje aku trus g rumah kakak ipar @ kak eikin kat putra perdana. Samapi2 je, tgh Adam tgh tido.. dan mak mertua ngan kak eikin nak kuar g kedai cadar kat putra height @ laurea collection. So, aku ikut jer.. hihihihi.. dah agak dah, mesti aku akan terbeli punya.. mola2 aku berkenan yg ni. Cantik tak?

Yg fitted dah x der stok tp yg berenda adalah.. tp last2 aku x beli yg ni pun. aku beli yg lain.. designnya sama ngan katil kat atas tu.. huhuhuhuhu... Malam tu aku tido kat rumah kak eikin. Pagi ahad, bermulalah agenda yg besar / penting yg menyebabkan mak mertuaku sampai ke sini... majlis pertunangan adik ipar ku... si Mohsin... hehhehehehehe. Hantarannya RM10K... Byknya duit adik ipar aku nih.. katanya dia dah ada 10K tu... Kendurinya paling cepat bulan 12 ni. tp dlm tempoh 1 tahun ke bawah lah....

Saturday, July 24, 2010

..:: ShE WoLF ::..

Ianya bermula ketika aku sedang bercuti... 1 week dok kat rumah jer, aku telah jatuh cinta pd citer philipine ni.. "SHE WOLF". sifu dia ialah anak buah aku sendiri si syafiqah tu... tp la ni citernya dah habis.... hhuhuu... aku sanggup EL tu sbb nak tgk citer ni pd final episode dia. hheheehhehe... tp alasan yg aku bg sbb nak kemas rumah. hahahhaahha... sambil2 lah.... pagi tu kemas rumah, then ptg tgk she wolf...

Friday, July 23, 2010

..:: ChErITa ChinTa ::..

Inilah storyboard auntie.. cantik tak?














Wednesday, July 07, 2010

..:: SaLaM TaKziAH ::..

Salam Takziah buat Aya,

Pemergian seorang insan yg bernama ibu, bukanlah sesuatu perkara yg mudah untuk dihadapi. Semoga Aya dan ahli keluarga yg lain, sabar dan tabah menghadapi dugaan ini....

Thursday, July 01, 2010

..:: HappY BiRthDaY to My LoVELY HusBaNd ::..

TodaY is 30 JuNE 2010

"hAPPy bIrThDAy To My LoVELy HusBaNd"

semoga panjang umur, dimurahkan rezki dan dipermudahkan dalam segala urusan.


Tuesday, June 22, 2010

..:: RiNduKaN MEB ::..

Salam buat semua

Just nak berkongsi.. entah kenapa semlm aku rasa cam aku rindukan kehidupan bersama2 kawan2 di MEB. Semlm juga aku dapat rasakan Aya ngan Dilla telah mendelete aku dr list contact diorg dlm skype... Adakah ini bermakna, terputus terus tali persahabatan antara kami?

Semlm jg aku dapat tau, kak banu dah mengandung for 2nd baby... waaaaaaaaaa....... bilalah turn aku plak... hihihiihihi..... kena lebih kuat berusaha..... Allah maha mengetahui. Mungkin keadaan ekonomi aku ngan helmi skrg belum kukuh lg utk menguruskan seorg lagi amanah drpNya.

Friday, June 18, 2010

..:: SeLaMat PeNgaNtiN BarU ::..



Selamat Pengantin Baru

buat

Nang Jamilah (auntie)
+
Kamarudin (uncle dean)


Wednesday, June 09, 2010

..:: aLahai AdaM ::..

Salam buat semua..

saja nak upload gambar2 adam....




Wednesday, June 02, 2010

..:: KoRaNg aPa ciTer Ek::..

Salam buat semua

Sepatutnya, soalan ni bukan aku tujukan pd korang semua kan? sepatutnya koranglah yg bertanyakan pd aku kan? ye lah... korang nampak tak? byknya sawang kat sesawang aku ni... huhuuuuuu... dah lama x update lah...
Dah lama kan aku x update blog... sbb x sempat lah..... kat opis byk keje. kat rumah pun banyak keje.... ada jer benda yg nak buat... kat rumah mahupun opis...

Opis baru?? hahhahahhhaa... dah sebulan lebih aku keje kat opis baru ni. Aku dah pun dapat gaji penuh sebulan bekerja kat sini... ehehhehehheh... :) oklah.... extra 200 dr tempat lama... tp aku takut gak.. takut x leh nak confirm keje kat sini. sbb aku kan belum cukup 3 bulan. kata org dlm tempoh provesion time.... ehheheheheh.

Klau nak compare ngan meb dulu, memang macam langit ngan bumilah... computer aku kat sini lembab giler... nak tunggu open satu file pun lambat giler.. heheheheh.. dah bgtau it nyer org, next week br dia kt leh repair akunyer pc ni.... kat sini plak, memang budaya jimat cermat dipraktikkanlah 100%.... contohnya, used paper x leh buang/koyak.. kena simpan utk guna balik... klau dah guna boths side, kena simpan nnt jual... duit tu company punya ek.... note pad kuning tu x der langsung, klau nak wat note, kena buat sendiri.. amik used A4 paper, then potong 8.. hehheheehehe... stationary dicontrol... klau kat meb dulu, akulah tukang perabih stationary.... selalu minta itu dan ini dr kak aishah... klau nak print colour, kena tulis nama dan brapa sheet kita print. hahahhahahhaha.... byk gak lah benda yg dicontrol kat sini. tp nasib baik fb leh bukak kat sini.. hehehehehhe....

Apa-apa pun... semua masalah tu, x menggugat semangat aku pun utk bekerja kat sini... cuma aku kat sini kena work hard lah.. ikut style keje minah2 chinese kat opis aku ni.... semuanya nak laju.. semuanya nak cepat..... klau benda yg aku x tau buat, kena kondem sbb aku dah lama bekerja sbg qs ni tp pengalaman keje aku memang kurang..... sbb awal2 dulu aku keje sebgi asst qs handle project. tp byk buat payment subcon. lgpun dulu ada site qs, so hq qs x buat byk keje sgt... last 3 years aku buat tender plak... so, lglah kurang xperiece utk handle project ni... huhuhuu.. apa2 pun, bermulanya jurney aku kat sri binaraya ni, aku nak bina corak hidup yg baru.. belajar mencintai profession sbg seorg qs.

Tentang family plak..... hidupku sentiasa ceria ngan kehadiran si nakal Adam Harith... Dah pandai nyanyi lagu macam2 sejak aku tukarkan dia ke nursery ayuni tu... doa makan pun dah pandai baca.... pampers? masih pakai lg.. :( tp klau dok kat rumah ngan aku, aku x bg dia paki pampers.. so far.. alhamdulillah.. pandai je dia bgtau nak kencing tp klau nak berak, lum pandai lg.. hihihihihi...

Adam skrg suka sgt tiru org... ikut org.... hehehhehe.. so, kena berjaga2..... tgklah tu, abah dia terbalikkan basikal, dia pun nak buat jg... klau abah dia g berkayuh, dia pun nak ikut berkayuh gak.... org main bowling, dia pun nak main bowling jg...