Tuesday, November 26, 2013

..:: DaRi MeJa LiNa KariM ::..

Assalamualaikum....

Barat mempopularkan mengajar dari kecil sebagai 'Early Childhood Education'. Berbagai artikel ditulis oleh pakar yg punya nama  'Dr' didepan yang mengupas kebaikkan mendidik dari awal. Kemudian mereka mencipta pakej pendidikan yang dinamakan dengan pelbagai nama glamer dan dipromosikan secara meluas. Orang Islam pula menganggap mereka pencetus kepada idea 'Pendidikan Awal Kanak-Kanak' ini. Seolah-olah kita tidak pernah mendengarnya selama ini. Sehingga syllabus 'Diploma in Early Childhood Education' yang dianjurkan di Universiti dan Institusi Pengajian menjadi tempat menuntut ilmu tersebut dan semestinya ia mengarah ke Barat. Sedangkan jika kita mengetahui, Early Childhood Education yang diwar-warkan Barat itu sudah ada dalam budaya Islam beribu tahun yang lalu!

Jika kita rajin mengkaji kisah kisah orang Islam dahulu, kita tentu mengetahui tentang amalan mendidik anak-anak pada usia awal telah lama menjadi budaya mereka. Pada usia berapa mereka memulakan pada anak mereka? Sekadar memetik satu kisah... diceritakan Abu Asyim berkata: "Aku pergi membawa puteraku yang ketika itu usianya 2 tahun lebih menuju ke rumah Ibnu Juraij agar dapat belajar AlQuran dan Hadith darinya". Abu Ashim mengatakan lagi: "Adalah tidak mengapa jika seorang anak diajar Al Quran dan juga Hadith dalam usia seperti ini".

Zaman Islam ketika itu, ibubapa berlumba-lumba untuk mendidik anak mereka secepat mungkin dengan Al Quran kerana memegang akan hadis di bawah ini:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan secara marfu' : "Siapa yang mempelajari al Quran ketika masih muda, maka alQuran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).

Maka begitulah manfaatnya jika kita berusaha memasukkan al Quran ketika mereka masih kecil. Jika Al Quran sudah menyatu dalam darah daging anak-anak kita, hati, jiwa, tindakan dan perbuatan mereka semuanya tercetus kerana Allah. Maka terlindunglah mereka dari gejala sosial dan berbagai dosa dan maksiat di zaman yang semakin mencabar ini.

Jika ada ibubapa bercita-cita untuk menjadikan anak mereka penghafaz al Quran dan langkah menuju kearah cita-cita tersebut hanyalah dengan menunggu anak mereka mencapai umur yang sesuai untuk diserahkan/dimasukkan ke mana-mana sekolah Tahfiz, maka kesannya tidak sama. Saya pernah melawat sebuah sekolah tahfiz untuk bertanya tentang pendaftaran dan kebetulan ada seorang ibu ingin memasukkan anaknya ke sekolah tersebut kerana sudah tidak tahan dan tidak dapat mengawal anaknya yang terlalu liar.
 Samada anak kepada ibu tersebut diterima masuk atau tidak.. wallahua'lam. Jika diterima, tentu sekali mengajar al Quran kepada hati yang telah liar ini lebih sukar berbanding hati yang telah terdidik dengan Al Quran dari kecil.
Maka dengan coretan ini saya harap kita bersemangat  dalam mendidik anak kita dengan Al Quran dan janganlah kita menjadi antara orang yang menunggu kemudian hari untuk perkara yang sepatutnya menjadi paling utama ini. Bermulalah segera.. 
 
Ikhlas dari,

Lina Karim
h/p: 019 230 8080

Sunday, November 24, 2013

..:: Dari MeJa Lina KariM @ 24Nov2013 ::..

Assalamualaikum....

Indahnya Islam... Bayi lahir, bapa disuruh azan dan iqamat di telinganya. Deria pertama yang disuruh gunakan dalam Islam adalah pendengaran.

Bila dikaji oleh sains, mereka mendapati bahawa bayi mempunyai pendengaran yang tajam dan sensitif, ini mungkin kerana latihan dari dalam perut dimana dunia mereka gelap dan kemahiran mendengar sahaja yang boleh mereka gunapakai. Semua bayi mempunyai deria penglihatan yang kabur ketika lahir. Mereka tidak dapat melihat ibubapa mereka tetapi mereka mengenal suara mereka semasa mereka masih dalam kandungan lagi.

Jika kita ambil pengajaran daripada ini, Islam menggalakkan kita memperdengarkan dengan yang elok. Menggalakkan kita menggunakan dan mempergunakan deria pendengaran pada bayi itu dahulu. 
Tetapi kita selalui tidak mahu memerhati. Kita hanya terhenti sehingga melaungkan azan dan iqamat sahaja ditelinganya. Bila bayi sudah sampai kerumah, ibu berpantang di bilik bersama bayi sambil melihat cerekarama/telenovela dll.  Ingat! Telinga mereka sangat sensitif, jangan salahkan mereka jika bila dewasa mereka menyerap apa yang telah diperdengarkan kepada mereka sedari bayi. Pendedahan semasa kecil pada bayi dan kanak-kanak seolah-olah lukisan peta kehidupan yang akan dianggap biasa oleh kanak-kanak itu apabila mereka dewasa nanti.

Alangkah baiknya jika pendengarannya disajikan terus dengan ayat-ayat Alquran? Ayat Alquran yang dialunkan didalam rumah dimana bayi itu berada, bukan saja membersihkan aura bilik bayi itu berada, malah ia melindung dari bayi kita diganggu oleh syaitan. Sebagai bonus, ayat alquran yang diperdengarkan akan melekat dalam otak mereka. Menjadikan mereka senang untuk melagukannya bila agak besar sedikit. Ia bagai lagu mendodoikan anak yang akan diingat hingga mereka dewasa. 

Sebab itu bila orang bertanya pada saya, puan ada guna pelbagai produk, produk apa yang patut saya gunakan dulu? Adakah Flashcard? Sebelum saya menjawab, saya akan bertanya umur anak. Jika ia masih baru lahir  guna CD Mengaji dahulu, Letak VCD atau flashcard depan mata dia pun, dia bukannya nampak.

Jika anak dah agak masuk zaman kanak-kanak, barulah boleh dua-dua sekali. Sambil melatih melihat flashcard, kita boleh perdengarkan mengaji diwaktu lainnya. Bila nak start menghafal, tak teruk mengajarnya. Kerja mengajar jadi mudah. Kita cuma betulkan sikit sana, sikit sini sahaja..



Apa pun, Sebelum mengajar anak, fahami peringkat umur mereka dan cara deria mereka bekerja kemudian susun aturkan sukatan pelajaran kita. Bunyinya macam serius bukan?  Hehe..


Ikhlas dari,

Lina Karim

Tuesday, October 29, 2013

..:: GraduatioN DaY ::..


So cute... Kecik2 lg dah pakai jubah konvo ni... Hopefully Adam akan sarung jubah konvo ni lagi di tahap university plak nnt... Ummi doakan abg Adam berjaya dgn cemerlang....
Almost finish dianyer kinder garden... Thn depan dah nak masuk darjah satu... Ummi need to prepare fizikal and mental to through all this.... Kena bgn lg awai.. Kena kejutkan adam lg awai... Kena tidorkan adam awai..... 


But one thing yg ummi sedih sikit.... Adam belom lancar membaca... How to do? Dia malas... Tu salah satu puncanya... Ummi juga x sabaq ngan adam kot... Klau ajak dia membaca dia ckp dia penat lah... Dia x tahu lah.... Ummi pun kurang bg ruang dan masa utk adam.... That's why.... Lah adam lom lancar membaca....

Friday, October 25, 2013

..:: itu bukan rezeki aku ::..

Trip to aussie... Melburne and Sydney... Ianya bukan rezki aku.... Sbb aku dah resign dr company yg g trip India dulu..  

Hari ni, ptg ni diorg akan g holiday.....

Ya Allah... Tabahkanlah hati ku ini... Jgn kau kacau bilau kan hati ku ini... Sesungguhnya aku tahu... Kau telah aturkan yg terbaik utk ku......

Kkau aku g auusie...... Aku x dpt nak g graduation day Adam esok.... Tambahan plak abah dia juga x dpt hadir... So, klau tak sapa nak bawa Adam g Graduation day dia????.... 

Alhamdulillah... Walaupun aku x berpeluang g aussie tp aku tetap dekat dengan anak2......

Friday, September 27, 2013

..:: LoVe thiS MomenT ::..

Siapa yg x suka klau tgk anak2 bermain bersama-sama... abg sayang adik, kakak sayang adik, adik sayang abg/kakak.. x der gaduh2... tentunya ibubapa pun happy.....








Thursday, September 26, 2013

..:: Sesuatu Yang...... ::..

Setelah lama x menulis, hari ni rasa cam nak luahkan rasa hati ni.... selalunya bila dikatakan nak luahkan rasa hati, tentu yg x baik je kan... mmg pun... x tau nak citer ngan sapa.. citer ngan computer je lah, bleh? 

Cam ni.... kite kan dah x keje kat company yg ada trip tu kan..... skrg ni family sebelah husband asyik dok promote trip g indon lah, g phuket lah, tp yg kite x tahan tu bila ada yg ajak g Melburne.... Diorg ajak g Melburne sbb ada mak sedara kitorg kat sana.... Tapi yg kiter geram dan rasa menyesal sgt2 tu sbb bln depan company lama kiter tu g trip g Melburne+Sydney..... huhuhuhuhuhuuuu.... tu yg rasa cam sesuatu yg........

Entahlah, hati ni memang menyesal sgt2 benti keje ngan company lama dulu. Mai company baru ni ok jer, cuma bila dgr ada trip..... sbb ms kiter nak resign dulu mmg diorg x der sebut pun pasal trip ni... katanya just ada trip g Sweeden during hari raya... memang tak g arrr..... confirm... sbb tu bila ada offer company baru ni yg dekat ngan rumah, kiter accept... tup2 masuk 2 hari kat HQ dah kena campak mai dok kat site kat sebelah Mid Valley ni.... Aduhaiii..... sedih jer bila pikirkan hal ni... kata org menyesal x guna, hidup perlu diteruskan....

So, sekarang ni..... bila family sebelah husband ni dok msg2 kat whatsup group tu pasal trip2 ni, kiter jadi cam............ x tau nak cakap apa..... Aaarrrrrgghhhh.... lg tension kiter bila yg sibuk2 dok ajak g sana sini tu ialah kakak ipar kita sendiri.. klau org lain kiter x kisah... ye lah... kakak ipar kiter tu bolehlah..... x der anak, keje pun semi gov.... tentu arr ada budget nak g sana sini.... dah lah tu dia mmg baru blk dr g indon baru2 ni..... 



Lagilah geram bila dia post pasal tawaran utk org kerajaan jer...... tgk ni... MAS nyer offer... uhuhuhuhhuuuu... sedihnyer, kita bukan org kerajaan...  



ffuuuuhhhhh..... hopefully bleh lega skit stressnyer ni.... thanks for your time read through all this nonsense.....

Wednesday, August 28, 2013

..:: AiDilFitRi 1434H ::..

Hari ni bersamaan 18 Syawal, masih sempat utk berpuasa 6 bg yg belum berpuasa 6 tu lg termasuklah kite... hhihihihiihiiiii..... Dah setgh bulan dah menyambut Syawal.... Cepat tul masa berlalu......

Alhamdulillah.... perjalanan pulang blk ke kg masa raya hari tu dilindungiNya.... x jammed teruk tp ada juga lah slow moving tu.... RnR tu memang penuh arrr... seperti thn lepas, tahun ni pun kitorg beraya di Perak dulu... sebabnya nak temankan FIL kiter lah.... hiihiiihiiii....


Kite ngan Adeena x de dlm gambar sbb masa ni kiter tgh susukan Adeena dlm bilik.... Malam raya pertama ni kiter paksa husband kita drive blk Kedah..... Ye lah... hati x senang ooo beraya kat sini sbb kat rumah mak kite dah penuh adik beradik yg lain kecuali kiter sorang..... tu yg x sabar nak tunggu esok pg tu....

Kat Kedah, biasa lah.... jenjalan tu mesti secara berjemaah.... Mak yg aturkan nak g mana.... kitorg semua ikut jer....


Paling best raya ke 2 ni lah.... g Alor staq, blk mai jitra...... tp masa kat rumah ni jer yg kitorg bergambaq sakan... rumah cantik.... hihiiihiiii...





Saturday, August 24, 2013

..:: Bila Bercakap tentang KANSER ::..

Semua org x ingit sakit tp ianya datang tanpa diundang..... bila kiter taip 'KANSER' kat google jer, Ya Allah.... Masyaallah.... Ngerinya tgk gambaq2 dia.... Jauhilah aku dr segala penyakit...



TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ni, dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!!

Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita...

Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh!
Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.
Ubat utk Cancer sudah ditemui !
Anda percaya?
Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional.
Pesakit cancer tidak seharusnya mati !
Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:
Makan buah segar dan caranya!
Ini sangat informatif!
Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita...
Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.

Cara yang tepat makan buah;

* JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!

BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!

Menurut penelitian Dr Herbert Shelton;
Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an,
Anda memiliki;

badan yang sihat,
Penuh tenaga,
Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.

Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus.

Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.

MINUM AIR SEJUK@AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!!

Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU)
maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN).

Cara Terbaik adalah:

Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan
Makan buah segar saat perut kosong.

BANTU SHARE PADA KAWAN-KAWAN. Terima kasih... https://www.facebook.com/drazimuth2013

Friday, August 23, 2013

Tuesday, July 23, 2013

..:: Adeena Najihah @ 2 Years Old ::..

Cepat masa berlalu... Adeena dah pun 2 tahun... dah besar anak ummi ni...


"Happy Birthday Sayang"

Wednesday, July 17, 2013

..:: SeLamaT BerPuaSa ::..

Selamat menunaikan ibaha puasa ye kawan-kawan.....


Semoga thn ni saya dpt puasa penuh sebulan di bilan Ramadhan...
Amin...


Monday, July 01, 2013

..:: kehidupan ::..

Kadang2 rasa menyesal sgt2 benti keje hari tu..... Adakah disebabkan beban kerja sekrg ataupun aku ni yg dah malas nak wat kerja tika ini..... Huhuhuhuuuu..... Kat mana nak cari kerja yg senang, yg buat kita happy jer... X yah pikir kena marah dan dan x yah pikir pasal keje opis kat rumah....

Usia dah meninggat, perangai M juga meningkat...... Aduhhhhh......

Monday, June 03, 2013

..:: utk arwah ayah ::..

Al-Fatihah utk arwah ayah... dah 6 tahun berlalu ayah pergi meninggalkan kitorg... 
Semoga arwah tenang di sana....



Amin..

Saturday, June 01, 2013

..:: P E C A L ::..



Memeng sedap... kuah yg sedap... recommended....
hihihihihiihhihiiii

Saturday, May 25, 2013

..:: Candy Crash ::..

Sapa yg main game ni... Saya mmg kronik dah... Sehari x main mmg x bleh... Kena main!!!!

Wednesday, May 22, 2013

Friday, May 10, 2013

..:: Adeena Najihah ::..

..:: We Chat ::..

Terkejut saya... Wow!!!! We chat jatuh ranking no 1 dlm play store ni.... Maknanya application yg paling ramai diuploadkan.... Ni tentu pengaruh Shahizie sam dan Lisa Surihani ni....

Line pun leh tahan juga tu... Pengaruh iklan kat tv lah ni....

Wednesday, May 08, 2013

..:: after 1 year and 10 months ::..

Hhuhuhuhuhuuu.... Lamanya kita nak tunggu cik P kiter dtg.... Saya bukannya fully bf sampai sekarang... Saya hanya sempat utk 6 bln jer..... Lepas tu dah campur.. Tp klau saya kat rumah, mmg susu botol dia x nak arr smpi sekarg...

6 Mei sehari selepas hari mengundi, cik P kite dtg.... Lama tau... Adeena dah pun 1 thn 10 bln lbh dah.... Dulu masa Adam, 9 bln lps bersalin cik P dah dtg.....

So, hoppefully Adeena leh dpt adik plak lps ni.... Hihiiihiii....

Saturday, April 27, 2013

..:: suka shopping? but please, control urself ::..

Huhuhuuuuuuhhuhuu.... Wanita mmg dikaitkan ngan golongan yg kuat shopping. Ada yg pandai control dan ada yg x pandai.... Tambah2 bg mereka yg punyai card berhantu tu.... Sign jer...

Actually td lunch saya g melawat jiran sebelah. .. Disebabkan pg td dah mkn nasi lemak, so lunch td x mkn. Saya jln2 kat jusco mid tu..... Wow!!! Ada SALE!!!! Saya beli suar slack..... Bila nak byr, chasher tny, ada member card. Sy jwb... X der.... Ada sbnrnya tp dah xpired... Huhuhuuuhuhuu.... Then dia punch and total 64.00..... Laju je sy bg kad and sign.....

Then, chasher tu ckp.... Eh, akak beli 3 psg ek? Bak resit tgk......
Rupanya dia punch 2 jer td.... Then sy tny... X der discount ke?
Dia ckp tu utk member je!!!
Arrrggghhhhhh!!!! Nape x ingatkan sy b4 punch awal2 td..... Mmg sy terkilan jg ngan akak chasher tu td... At least sama2 berbangsa melayu ni, bgtau arr td..... Kata klau x der kad member x der discount ni.... Tp langsung dia x ckp apa pun..... Bg sy mmg biasa bila nak byr diorg minta kad member walaupun ms tu x der sale....

Syok je sy amik smpi 3 psg td sbb sepasang jth dlm 20 hengget je after less.... Aduyai..... Tertipu ngan iklan!!! X baca smpi hbs.... Rupanya member sale!!!! Mmg baca td member sale tp... Entah lah... X prasan kot ... Huhuhhuuuu...

So yg last tu cancel x jd beli.... Dpt 2 jer.... Tu lah saya ni mmg x berhati2.... Pakai laju jer byr td....
Mood sedih ni dan menyesal pun ada... Bukannya terdesak sgt nak kan suar tu..... Huhuhuhuuu....
So... Lps ni... NO more shopping!!!! Tu je yg paling senang.... My card yg berhantu tu kena tinggalkan kat rumah....

Friday, April 26, 2013

..:: SaLaM JumaaT ::..


..:: PerlumbaaN ::..

Cam best je tajuknya... Perlumbaan apa? Antara apa dan siapa?

Kat site ni kan ada lg sorg mamat qs ni.... Dia bujang lg. Dok kat ampang.... Tiap2 hari saya akan smpi awal drp dia wyalaupun kul 8 br sy gerak dr shah alam..... Klau sy dah lmbt, dia lg lmbt.... Sepatutnya dah bujang, mampu manage masa utk smpi opis ni b4 kul 8 pg. Ni tak..... Ish... Ish... Ish...

Itulah perlumbaannya.... Tiap2 pg bila smpi opis, mesti sy tgk keta dia ada ker tak.... Klau x der, yeahhhhh!!!! Saya menang!!! Dan selalunya mmg sy menang arrrr....

Hari ni pun saya menang!!!!!!

Thursday, April 25, 2013

..:: Me @ siTe ::..

hahahhahaaa.... Ni je lah keje saya bila masuk site....

bergambar kat site!!! hahahahhahahahahaa....

x lah... actually kita suka ikut COW trun g inspection. sbb banyak benda yg boleh saya 
belajar... tambahan plak, COW tu baik orgnya.... budak bujang, adik kiter lah.... 
klau cakap akak x tau, mesti dia tunjuk dan ajarkan....
tu yg best tu...


ni masa inspection rebar utk slab.... 

main task saya kat sini ialah kire besi / rebar... control rebar wastage... 
klau subcon claim tu sket2 jer kita buat sbb ada lg sorg qs yg incharge subcon claim & client claim....
best kan... keje simple jer..huhuhuhuhuuu... x arr rasa stress sangat...
tp penat nak kejar arr ngan workdone kat site ngan take off qty kita...


ni plak formwork... baru kiter tau rupanya cam ni caranya klau nak tau formwork ni lurus atau
pun x... ada benang yg digantung dr atas trun ke bawah... klau jaraknya yg kat atas tu sama ngan yg kat bawah, maknanya lurus arrr tiang tu....


ni plak pilecap. besar tak pilecapnya? besar kan? ni pilecap yg paling kecik tau!!


Tuesday, April 16, 2013

..:: My AdeeNa ::..


memang x dapat nak dipisahkan ngan ice-cream!!!!!!
uhuhuhhuhuhuuuu.... sudah pandai arrrr

Thursday, March 21, 2013

..:: jammed!! jammed!! ::..

huhuhuhuuu... sapa yg suka kan jammed? x der sorang pun yg sukakan jammed ni... jammed kat jln raya lah... bukannya hot fm jammed!!!....
blk keje hari ni, mmg menguji kesabaranku...  satu jam saya tersangkut dlm jammed dr lps toll batu 3 federal highway tu nak sampai ke simpang 4 giant shah alam tu.... walhal biasanya x der lah jammed seteruk ni...

Tuesday, March 19, 2013

..:: Rugi tp Untung ::..

Huhuhuhuuu... Peliknya bunyinya tu. Sebenarnya saya terpikir2, rugi ke saya berhenti dr opis lama dulu? Sbbnya.... Td dok sembang2 ngan exopismate, thn ni utk local trip diorg nak wat g Australia... Maybe bln 12 thn ni... Yg oversea trip g sweeden.... Best kan? Tu lah benefit yg mmg best klau stay keje kat sana....
Untungnya.... Save duit saya x yah kuar belanja utk g trip tu (ayat penyedap hati je ni).....
Entahlah... Saya pun x pasti.. Adakah keputusan sy benti kerja dulu adalah yg terbaik atau tidak... Tp yg pastinya skrg tiap2 hari kul 6.30ptg tu saya dah bleh amik adam. Klau dulu jgn harap arrr, kul 6.30 tu lah baru saya nak kuar opis. Lg satu, my rutine totally change and i'm happy.... Bgn awal, g keje awal dan blk awal..... walaupun keje pepagi dan ptg meredah jammed.

Friday, March 08, 2013

..:: CaMeRoN... Aku Datang ::..

hehhehehehhehehee...

cam dah jadi trend kan ayat "Istanbul, Aku Datang"... hihiihihihii... tp utk saya..."Camerom, Aku Datang".....

dah lama mengidam (bukannya mak buyong pun) nak g cameron ni.. saja nak bawa anak2 jalan2... terutama Adeena.... so far, mana ada lg kitorg bawa Adeena g mana2... asyik bawa dia g mall jer.... 

banyak tul dugaan nak g cameron ni.. macam2 plan.... last2 skali.... sabtu lepas, en husband ajak g cameron.. tu pun sbb saya dah merajuk tahap maksimum..... bila post kat fb, ramai plak kwn2 dia dok tanya dia..... agaknya dr situ kot dia bawa juga kitorg g cameron... dr plan nak bermalam, dah jadi x bermalam.... banyaklah perkara klau nak diceritakan mmg x habis... tp saya bersyukur akhirnya dpt juga
bawa Adeena g cameron highland...


Kitorg g kampung sedia kat tanah rata.. katanya kat sini byk kebun strawbery org melayu nyer... 
tp hampa... sbb x dapat nak petik dr kebun sbb buah dah byk x der.... 2/3 kebun gak lah...
katanya ramai yg mai petik masa cuti raya cina hari tu... so, la ni depa x bg petiklah...
huuhuuuuu...


buah kegemaran Adam ni.... 



terima kasih abah... seorg suami yg penyabar dan sgt sayangkan isteri dan anak2 dia...
mmuuaaahhh!!! (sapa yg x nak puji husband sendiri kan?) hihihihihiiii




tengok..... buahnyer pun x brapa merah.. yg hijau je banyak... sbb tu diorg x bg petik... tp klau g cari kat kebun chinese tu, mesti ada kan? tp kitorg "one way" trip.... naik kot tapah trun kot simpang pulai....
bila dah terlepas sesuatu kebun tu sbb parking x der, mmg dah x uturn dah ler... terus jer....

walaupun impian dan niat nak g pasar malam x tercapai, tp saya dah puas hati sbb dah dapat 
bawa Adeena dan Adam jalan2 kat Cameron Highland...