Friday, April 29, 2011

..:: 28 WeEks ::..

Assalamualaikum...

Hari ni aku masuk keje lambat... sbb nak g jumpa dr Zaini. Nape nak g jumpa dr Zaini? sbb dr semlm aku tak berapa rasa pergerakkan adik Adam... ianya merunsingkan aku... dlm minggu ni dah 2 / 3 kali aku dok risau pasal hal ni.. then terpikirlah plak ttg kematian dlm kandungan lah dan macam2 lagi.... tp aku berdoa agar aku tidak diuji dengan ujian yg seberat itu....

Dari pukul 9 sehinggalah pukul 11 aku dok menunggu... ramai betul patient kat klinik dr Zaini. Memang dr Zaini ni is recommended by me... heheheheheh... aku selesa sgt ngan dr Zaini. Adam pun suka.. td ms jumpa dr, dia tanya mana abg Adam? katanya nnt klau abg Adam tau dtg jumpa dr Zaini mesti dia marah, dia pun nak jumpa dr Zaini jg.....

Alhamdulillah.... masa scan ngan doktor td, aku nampak degupan jantung adik Adam... syukur sangat... kuranglah sikit kerisauannya ni.... hhhmmm...... rasa bersyukur sgt bila dgr degupan jantung dia.. rupanya orgnya dlm keadaan melintang sekarang... mukanya menghadap ke dlm... mungkin juga sbb itu pergerakkan dia kurang dapat dirasai oleh aku... Dr ada tny td, samada aku byk makan durian atau tak? katanya durian kan manis, kandungan gulanya terlalu tinggi, bila manis mungkin adik terlalu kenyang dan x byk bergerak.. cam kita lah, bila kekenyangan tu, nak rehat jer.....

Untuk anak ummi, ummi sayang adik.... ummi janji mulai hari ini, ummi akan jg pemakanan ummi.. ummi akan lebihkan sayur dan buah-buahan...

Td masa scan, dr Zaini kata, adik dlm keadaan sihat... degupan jantungnya pun baik... beratnya pun dah sampai 1 kg.... perkembangan yg normal.... cuma ummi kena jaga pemakanan jer lah... itu je nasihat dr dr. Zaini. Dr bg ummi MC so ummi MC lah hari ni.... nak dok rehat2 kat rumah tanpa gangguan dr abg Adam... heheheehehe.... sorry ek abg Adam..... ptg nnt auntie amik abg ek....

Anda sekarang berada di penggal terakhir. Trimester ketiga lazimnya bermula pada 29 minggu kehamilan dan berakhir pada 40 minggu kehamilan, kadang kala lebih lanjut dari itu. (Jangan bimbang - maksimumnya ialah 42 minggu! Lebih dari itu, wanita lazimnya dicetuskan untuk melahirkan.) Kebanyakan wanita menambah berat badan sebanyak 11 paun / 5 kilogram semasa semester ini.

Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul.

info by : babycenter

Wednesday, April 27, 2011

..:: MaKaN-MakAN kaMi SeKeLuarGa ::..

Assalamualaikum

Lamalah aku x update blog ni.. bukannya apa, mood dia lom ada.. tu yg cuba cari mood ngan dok mengubah design templete blog aku ni....

Sempena besday Adam (20/4), Auntie (19/4) dan Batrisya (26/4)..... di atas usaha dan inisiatif auntie kesayangan Adam ni, maka terplanninglah suatu agenda pd hari ahad yg lepas untuk buat sambuatan besday secara beramai2... yg bestnya, mak lang, pak ndak majid, cik leh dan ibunda tersayang dr kedah pun datang juga.... semata-mata utk memeriahkan lg majlis ni.... :) deeni dan danish pun datang tau......

Lokasinya ialah rumah andak kat si Jangkang. rumah bawah, senang lah nak wat majlis cam ni.. klau buat kat rumah aku tu... alamat x leh nak berbarbique lah..... Andak buat laksa, masak asam pedas (yg menjadi kegemaran mak dan semua org yg datang hari tu) kitorg ni klau dtg rumah andak je, mesti minta dia masakan asam pedas... power beb!!!.... sampai menjilat jari!!! Ada roti jala, ada agar2 ucu buat, ada caremel kak cik piza buat, ada buah tembikai aku sruh helmi belikan (hahahahahhaahahahahhaaaa.... ) ada kek ben10, dan apa lagi ek? Tentulah ayam bakar dan ikan bakar!!!!!!! disponsor oleh auntie kesayangan Adam...

Majlisnya ala kadar ajer... makan sesama ahli keluarga jer.. x jemput org luar pun.. saja nak kumpul aku adik beradik ramai2 jer... jgnlah marah klau x dapat jemputan tu ek.... Anyway.. hari ahad yg lepas tu memang hari yg menyeronokkan... aku rasa panjang sgt hari tu... setiap saat dan detik diisi ngan perkara2 yg berfaedah.....


Adam yg terlalu xcited ngan kek ben10 dia....

Selepas acara potong kek, diorg semua tuntut janji dr pak ndak utk mandi kolam... actually, adam tu masa sampai2 jer rumah abg aiman dia ni, dia dah minta nak mandi kolam.... besarkan kolamnya... puas hati diorg mandi....

Mandi dah.. potong kek pun dah.. barulah tiba masanya utk membakar... actually nak bakar kat laman depan, tp cuaca ptg tu sedikit x mengizinkan... hujan trun tp x lah lebat sangat... jd, kitorang berbarbique kat poach keta jer lah.... ada ayam, ikan dan sotong.....

Almost 12 jam kitorang lepak ramai2 kat rumah andak... dr 10 pg sampai 10 malam lah... ni lah wajah kesayangan aku yg datang dr jauh sana nun semata2 nak bersama2 ngan anak2 yg lain kat sini... alhamdulillah, Allah masih sayangkan dia dgn memberi nikmat kesihatan yg membolehkan mak datang shah alam ni..... dan terima kasih buat semua kakak2 ku dan abg2 iparku yg menjayakan aktiviti kita pd hari ahad yg lepas.... klau aku ada tersalah cakap atau tersalah laku, mohon maaf sangat2.. aku juga insan biasa yg kekadang x prasan tingkah laku aku ni menyinggung perasaan org lain.....

Wednesday, April 20, 2011

..:: HaPpY BiRtHdAy AbG AdAM ::..

Assalamualikum....

Happy Birthday to anak ummi, Adam Harith Mohd Helmi...... Semoga Adam akan menjadi anak yg soleh, dan abang yg bertanggungjawab serta sentiasa membahagiakan org2 yg tersayang.....




Monday, April 18, 2011

..:: Fedtri Yahya Berkahwin Mei Ini ::..

Assalamualaikum...

Salam buat semua..

Fetri dah nak kawen!!! Itulah artikel dr oh bulan yg aku jumpa pg ni. Kenapa aku teruja ngan khabar gembira ni? Aku peminat fenatik dia ke? Awek lama dia ke? x der lah... aku hanya kawan biasa jer... kawan masa matrik USM kat kolej mara kulim dulu tu.....

Actually last week lg aku dah tau citer ni sbb kak ummu dah shout kat FB dia...

Dan hari ni dah tgk kat oh bulan ni, rasanya confirmlah!!!! heheheehhee... Alhamdulillah..... Teringat zaman kat KMK dulu.... 1st aku kenal Fetri ni masa kitorg kena buat keje under dia sbb dia ms tu sbg ketua biro perhubungan (klau x salah akulah). Banyak event kat kolej dulu under dia.. kitorg ni consider ajk pd dia lah.....

Ahmad Fedtri Yahya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan 5 iaitu pada 29 Mei 2011. Majlisnya akan diadakan di Kelantan iaitu di rumah bakal pengantin sebelah perempuan. Majlis sebelah lelaki pula adalah pada 11 jun 2011 ini.

Difahamkan, bakal pengantin perempuan yang juga merupakan seorang guru fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong itu merupakan orang Pasir Mas, Kelantan. Mereka berkenalan melalui sesawang Facebook. Beliau merupakan seorang yang kuat agama dan keluarga hafiz hafizah. Alhamdulillah.

Harap ohbulan dapat kongsi tentang perkara ini. Berkongsi bahagia, selepas pertunangan Ally Iskandar, nampaknya Fedtri dulu yang makan nasi minyak!

Friday, April 15, 2011

..:: 26 WeEkS ::..

Assalamualaikum...

Hari ini adalah penghulu segala hari... dan hari ni jg genaplah ummi 26 minggu mengandungkan adik Adam ni.... Adik Adam dah makin kuat bergerak..... sukanya ummi.... (",) tp kekadang tu ummi letih juga, letih melayan kerenah abg Adam yg suka buat lagak cam baby... kekadang je dia buat perangai tu....

Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak.

Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit.

** info from babycenter

Thursday, April 14, 2011

..:: UmMi yG CoMEL ::..

Assalamualaikum...

Baru2 ni kat office ni, adalah sorang adik ni, baru beli kamera DSLR tu.... dia dok bawa mai office so, ramailah yg dok jadi modelnya.... Jom kita layan gambo2 kitorg berposing....

muka ummi yg makin tembam... hidung pun dah makin kembang... huhuhuu....

perut 6 bulan.... heheheheheee.... yg sebelah tu, kak Fatiah, opismate baru aku. dia pun pregnant gak.. bezanya dlm seminggu lebih after aku jer...

Ni Amy... nama glamour dia Amy Lola Laluna.... hehehehhehe.... dialah yg suka dok mengambil gambar2 kitorg....

Kitorg lunch free hari ni, sbb ada opismate sorang tu, blanja makan sempena baby dia yg dah cukup sebulan.....

Monday, April 11, 2011

..:: AVeNT vs MaDeLa ::..

Assalamualaikum

Salam buat semua.....

Semlm aku ada berborak ngan sorang kawan ni ttg breastfeed... Dia tengah breastfeedkan anak dia yg kedua... dan dia juga dok buat stok susu seperti yg aku harapkan.... so, aku tanyalah dia pakai breast pump apa... dia guna madela manual breast pump.

Aku search kat google... sbb dia kata, dia beli breast pump manual + storage bottle + cooler bag = < RM250.00 Aku terkejut juga... Madela lg murah ek dr Avent? Aku dok ingatkan Avent lg murah dr Madela sbb aku comparekan manual Avent ngan Madela Harmony manual breast pump... sbb klau madela harmony tu, breast pump sahaja = RM269.00 dlm pasaran lah.... ada offer leh dapat dlm RM242.00. Manakala klau Aventnyer breast pump sahaja = RM289.00 dlm pasaran tp aku leh dapat RM180.00 dr JMM. So, tanpa berfikir panjang, aku pun belilah... lgpun 4 thn yg lepas, aku beli 2nd Avent manual breast pump ngan harga RM150.00. Lagipun aku dah pernah guna Avent ni... sbb tu ake terus je beli ni haaa.....

Tp lepas bersembang ngan member tu semlm, dan hari ni plak aku tanya2 member kat FB tu... ramai yg menyokong Madela Harmony Breast Pump!!!!!! aaarrrrggghhhh...... rasa cam rugi plak sbb dah beli Avent tu..... tp kenapa aku nak ikut org kan? huh!!!!!!!

Inilah Avent aku.. hopefully ianya akan memberi manfaat buat aku... semoga aku berjaya mengepam dan menyimpan stok susu buat anak tersayang... Aminnn....

Saturday, April 09, 2011

..:: 25 WeeKs ::..

Assalamualaikum....

Salam buat semua....

Hari ni ummi dah 25 minggu... Alhamdulillah.... ummi sihat, baby pun insyaAllah sihat.... tp yg menjadi isu sekarang hanyalah umminya ni kekurangan zat besi.... sbb tu lah ummi post kan cite zat besi tu..... mulai hari ini, ummi kena makan banyak makanan yg mengandungi zat besi....


Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi.

Semasa setiap lawatan antenatal, doktor anda akan mengambil tekanan darah anda dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing anda. Dengan ini, keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat.

Jari tangan anda, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan anda. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit menyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6. Berbincanglah dengan doktor anda tentang lain-lain cara untuk menahan sakit. Dapatkan maklumat tentang pemulihan natural untuk jari kebas atau sakit.


** info from babycenter.com

..:: ZaT BeSi ::..

Assalamualaikum

Salam buat semua...

Zat besi bagi ibu hamil penting untuk pembentukan dan mempertahankan sel darah merah. Kecukupan sel darah merah akan menjamin sirkulasi oksigen dan metabolisme zat-zat gizi yang dibutuhkan ibu hamil. Selain itu, jika asupan zat besi sejak awal kehamilan cukup baik, maka janin akan menggunakannya untuk kebutuhan tumbuh kembangnya, sekaligus menyimpannya dalam hati sebagai cadangan sampai usia 6 bulan setelah dilahirkan.

Selama hamil asupan zat besi harus ditambah sebanyak 20 mg/hari. Hal ini mengingat selama kehamilan, volume darah pada tubuh ibu meningkat 40-60% untuk memenuhi kebutuhan ibu dan menyuplai makanan serta oksigen pada janin melalui plasenta.

Kekurangan zat besi sejak sebelum hamil bila tidak diatasi dapat mengakibatkan ibu hamil menderita anemia. Kondisi ini meningkatkan risiko kematian pada saat melahirkan, melahirkan bayi dengan berat badan lahir rendah, janin dan ibu mudah terkena infeksi, dan keguguran.

Selain itu, jika ibu kekurangan zat besi selama hamil, maka persediaan zat besi pada bayi saat dilahirkan pun tidak akan memadai. Padahal zat besi sangat dibutuhkan untuk perkembangan otak bayi di awal kelahirannya. Penelitian membuktikan, bayi yang mengalami kekurangan zat besi perkembangan otaknya tertinggal hingga 10 poin daripada bayi yang kebutuhan zat besinya tercukupi.

Penuhi Kebutuhan Zat Besi

Untuk memenuhi kebutuhan akan zat besi selama hamil, ibu harus mengkonsumsi zat besi sekitar 45-50mg sehari. Kebutuhan ini dapat terpenuhi dari makanan yang kaya akan zat besi, seperti daging berwarna merah, hati, ikan, kuning telur, sayuran berdaun hijau, kacang-kacangan, tempe, roti, dan serelia. Agar zat besi lebih mudah diserap, terutama besi non heme sebaiknya dikonsumsi bersamaan dengan buah-buahan yang mengandung vitamin C.

Sajian makanan yang bervariasi dan diolah dengan benar biasanya cukup untuk memenuhi kebutuhan akan zat besi. Tetapi jika dokter kandungan menemukan ibu hamil yang menunjukkan gejala anemia biasanya akan memberikan suplemen zat besi berupa tablet besi. Biasanya suplemen ini dikonsumsi satu kali dalam sehari. Suplemen tablet besi juga diberikan pada ibu hamil yang menganut pola makan vegetarian. Yaitu tidak mengkonsumi makanan yang berasal dari hewan. Bila tidak diatur dengan benar, pola makan vegetarian ini dapat menimbulkan kekurangan zat gizi tertentu seperti zat besi. Apalagi, kandungan zat besi dari bahan makanan nabati lebih sulit diserap tubuh daripada yang berasal dari hewani. Untuk meningkatkan penyerapan zat besi, ibu hamil vegetarian harus cukup makan buah-buahan yang banyak mengandung vitamin C.

Gejala kekurangan zat besi

  • Lemah, lesu, tidak bergairah.
  • Mudah pusing dan mata berkunang-kunang.
  • Gelisah dan mudah pingsan.
  • Sulit berkonsentrasi dan mudah lupa.
  • Nafsu makan menurun.
  • Badan tidak bugar dan mudah lelah.

Agar zat besi ibu hamil tidak surut

  • Variasikan makanan yang anda konsumi.
  • Jangan merokok selama hamil. Kebutuhan zat besi akan meningkat karena harus memenuhi keperluan pembentukan sel-sel darah yang banyak mengalami kerusakan akibat nikotin dan pengaruh lainnya dari merokok.
  • Makanlah dengan teratur tidak berlebihan tapi juga tidak kurang.

Wednesday, April 06, 2011

..:: AsmaRa 2 ::..

Assalamualaikum...

Korang layan tak citer ni?


Aku memang dok layan citer ni dari dulu lagi... semalam aku tgk juga... klau aku terlepas, aku mesti tgk balik kat tonton.com.

Saje nak citer ttg citer ni semlm, aku kesiankan si Zalia ni... kesian sangat.... Zalia dan Asmara yg menjadi mangsa keadaan.... Aku dr dulu x brapa sukakan watak Melati ni... Kesian aku tgkkan si Zalia tu... perasaan dia... yer lah, before dia kena langgar tu, Zalia dan Asmara dah berbaik, dah suka sama suka... dah mula menikmati kehidupan yg bahagia disaat menanti kehadiran Adam dlm hidup mereka..... cam dah nak happy dah ending dia tu... tp, malang tak berbau.... dalam kes ni, aku betul2 salahkan si Sahlan tu (ceeeewaahhh.... pengkritik bebas plak aku ni) Sahlan tu, dah lah dia buat cam tu kat Zalia, la ni dia dok kongkong kehidupan Zalia plak sbb dia takut pd bayang2 dia sendiri.. sepatutnya dia berdepan ngan kenyataan... jumpa Asmara dan bgtau perkara yg sebenar...... biarlah Asmara, Zalia dan Melati yg membuat keputusan mereka....

Monday, April 04, 2011

..:: TeRaSa CaM naK g JaLaN2... ::..

Assalamualaikum...

Tersenyum aku bila tgk my lovely hubby comment kat FB aku.... macam ada harapan je niii...

Aku dok tgk2 gambar member2 kat FB tu, ramai jg yg berjalan2 kat cameron, trus teringin nak g jalan sana lagi... masa raya cina hari tu, ada kak eikin ajak naik atas sana tp masa tu, my hubby ngan Adam, dua2 depa x nak ikut... x best arrrr.....

Actually memang aku ada hasrat utk g jalan2 kat bukit tinggi sebelum aku deliver..... tp klau g bukit tinggi, tentulah nak bermalam kat sana kan.... plannya nak guna berjayanya package kat bukit tinggi tu... leh g ramai2 ngan aunty, anjang, ucu dan yg lain2... tp kemungkinan my lovely hubby ni x dapat ikut tu ada.... tp kita tgklah yg mana satu aku dapat nanti... ada lg 109 hari lg utk ditentukan dimana rezki kakiku utk berjalan... entah2 nanti, dua2 tempat tu x dapat...

Tp utk my lovely hubby... klau ada terbaca post ni... pleassseeee sayang.....

Last skali aku g cameron pd thn 2007. Adam masa tu baru dlm 8 bulan rasanya.... masa tu g skali ngan abg tenno ngan kak elia.... masa tu depa dua plak baru je kawen lom ada anak lg.... tp thn lepas 2010 diorg dah naik lagi skali bersama hero tersayang yg dah setahun lebih....

tp aku?? hhuhuuuuu.... tu yg membuatkan keinginan nak naik cameron lg membuak2 tu....

Kita layan je kenangan lama sbg pengubatnya....


Rasanyalah... antara bukit tinggi ngan cameron hignland ni, mana lg best ek? bukit tinggi tu aku lom penah naik/sampai sana lg... tp bila dok tny pak cik google ni, macam....... lg best g cameron dr bukit tinggi tu. Apa pendapat korang?

..:: AnugeRaH ABPBH 2010 ::..

Assalamualaikum...

Korang tgk tak ABPBH mlm td? cam na ngan keputusannya? Bagi aku, semua keputusannya tu aku x kisah... ok jer, sbb aku x pernah dok mengundinya pun.... tp cuma x best sket, tang anugerah tv wanita popular tu jer... cam na fasha leh menang? aku dok budget tiz / lisa surihani....

Tp yg paling gempak dan best masa keluarnya johan+ucop wilca tu... kelakar giler.. kuat betul pengaruh hantu kak limah ni.... Adam pun terpengaruh gak ngan hantu kak limah ni..

Tahniah pd Shaheizy Sam.... kemengangannya memang dlm jangkaan aku.. aku suka dia.... " I love u" - trade mark dia mlm td... hihihiiiihiii...


Keputusan penuh ABPBH 2010

Bintang Paling Popular ABPBH 2010 : Shaheizy Sam 126,168 undian

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Dato’ Rosnani Jamil

Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan

Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular – Shahir

Artis Baru Wanita Popular – Ana Raffali

Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani

Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular – 6ixth Sense

Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir

Penyanyi Wanita Popular – Yuna

Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani

Pelakon TV Lelaki Popular – Remy Ishak

Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha

Pengacara TV Lelaki Popular – Aznil Hj Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

Anugerah Artis Mobile : 6ixth Sense

Usop Wilca [Hantu Kak Limah] @ ABPBH - www.nazwa69.net