Friday, June 29, 2012

..:: BerSaRaPaN nGaN aNak BuJaNg ::..

Dah cukup 5 hari dalam seminggu, saya bersarapan pg ni kedai yg sama dan menu yg hampir sama..... roti telur / roti kosong + teh tarik..... Ini semua gara-gara nak menemankan anak bujang i yg seorg ni..... 


Ni lah gayanya tiap2 pg... selalu ada masalah nak g tadika.. dah 5 tahun dah orgnya tp macam baru 3/4 tahun.... Klau nak g tadika tu, ada pelbagai macam request.. nak g kedai No7 lah (sevenE), nak g kedai biru lah... minggu ni lah, asyik nak g sarapan dulu sebelum g tadika... dah lah keluar rumah pun dah kul 8.30pg, jdnya lagi lambatlah dia g tadika.... 

Disebabkan Adam ni memang susah sangat nak makan, bila dia request nak g sarapan dulu tu, rasa kesian plak klau x ikutkan kehendak dia... dah lah saya x sempat nak sediakan sarapan.... lgpun klau saya sediakan sarapan contohnya sandwich/goreng nugget, belom tentu dia akan makan..... 

Oleh sebab itu...... 


Tiap-tiap hari dia sarapan bihun goreng kat kedai ni.... :) Alahai abg Adam... 

Wednesday, June 27, 2012

..:: KWSP ::..

Hari ni dapat email ttg KWSP... tertulis kerajaan berhutang ngan KWSP sudah mencecah RM144.5 Billion.



cuba korang baca email yg saya dapat ni ek....

Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP
(Total) Umur 60 Tahun?       

Sekarang  ini,  pekerja swasta masih boleh membuat pengeluaran wang KWSP di akaun  2  ketika  menginjak ke usia 50 tahun. Tetapi untuk pengeluaran wang KWSP  melibatkan pengeluaran keseluruhan (secara total) kalangan anda semua mesti  tunggu  sehingga  60  tahun. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat KWSP sebenarnya?

Seperti  yang  diketahui anda di sini, KWSP ini merupakan  sebuah institusi yang  menjadi  platform  kalangan  kakitangan  kerajaan  mahupun swasta ini membuat  simpanan  di  hari tua bukannya simpanan sehingga mati!! 2 situasi dan perkara yang berbeza di situ.

Sepatutnya  KWSP  memberikan kelonggaran kepada mana-mana pekerja yang mahu bersara  pada  umur  55 tahun dengan membenarkan mereka membuat pengeluaran wang  KWSP secara total. Ini adalah masa sesuai untuk mereka merasai nikmat di  atas  penat  lelah  mereka  selama  bertahun-tahun  mengerah tenaga dan komitmen  yang  diberikan mereka. Nak harapankan dividen KWSP setiap tahun, berapa sangat yang mereka dapat? Ini wang dan hak mereka, kembalikan semula kepada empunya badan!!. Kena ingat :
  "Nilai wang fiat setiap tahun makin lama makin menyusut"
Takut  orang-orang tua ini menyalahgunakan wang sendiri di penghujung usia?
Sementara  di  usia  muda  inilah,  berikan mereka informasi dan pendedahan
bagaimana   menguruskan  kewangan  mereka  dengan  betul.  Kebanyakan  yang
menyalahgunakan wang mereka di hari itu bagi kami masih lagi kes terpencil.


Pengeluaran Wang KWSP (Total) : Dinaikkan Had Umur!!
Tetapi jikalau anda semak keretan akhbar di bawah, pasti anda akan tahu apa sebab-musabab kerajaan mahu melanjutkan had persaraan kepada umur 60 tahun.
Sekarang  ini  nilai  hutang  kita  sudah mencecah RM470.6 bilion yang mana jumlah  besar terdiri daripada hutang dalam negeri termasuk hutang kerajaan persekutuan  terhadap KWSP (wang milik kakitangan kerajaan dan swasta) yang kini  sudah  mencecah  RM144.5 bilion (setakat data pada 31 Disember 2011).
             
Cadangan Meningkatkan Dana KWSP?
Ada jalan penyelesaiannya setakat ini yang diambil oleh pihak kerajaan?
       Naikkan had persaraan kakitangan kerajaan
       Naikkan had persaraan kakitangan swasta
       Naikkan  had umur bagi pengeluaran wang KWSP secara total pada umur
       60 tahun
       Kemudian  sekarang  ini  kerajaan  mahu mengkaji sama ada mahu beri
       pencen bagi pekerja swasta
Bagi kami, sepatutnya dibolehkan pada pengeluaran wang KWSP akaun 2 umur 50 tahun

manakala  pengeluaran  wang  KWSP secara keseluruhannya dibuka pada umur 55 tahun.  Baki  5  tahun  perkhidmatan lagi, sementara menunggu usia berhenti wajib,  gaji  bayar  penuh,  majikan juga dapat juga faedahnya dengan tidak perlu  membuat  potongan. Ini disebabkan pada masa itu, gaji dah mati skim, ini bagi kami lebih relevan.

P/S : Jumlah hutang kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM470.6 bilion ketika ini  manakala  hutang  kerajaan  terhadap  KWSP  berjumlah  RM144.5 bilion.
Mampukah  kerajaan  membayar  semula duit rakyat ini? Kami pulangkan semula persoalan  ini  untuk  kerajaan menjawabnya dan menjelaskannya...Apa kata dan respon anda pula? http://beritasemasa.com/pengeluaran-wang-kwsp

so apa komen korang? bila pikir balik, lambatnya nak tunggu umur 60 thn tu utk dapat duit simpanan tu... huhuhuuuuu... patutlah ada pihak yg anti kerajaan... ehehhehehehheee.... 

Tuesday, June 26, 2012

..:: AlHaMduLillah ::..

Alhamdulillah.... rezeki saya bulan ni lebih sikit sbb bulan ni ada increment gaji... yeah.... tp tu lah, klau sebut "increment" ni dr dulu lg saya dok pasang niat. (tp x buat2 pon) dari keje kat muhibbah dulu tu...... setiap kali ada increment ingatkan potion increment tu nak buat utk bayar ptptn... tp x terbayar pun... sebulan dua, bayar lah, mai bulan yg ke-3... terus buat2 lupa.....
InsyaAllah.... start gaji bulan ni saya nak maintain bayar hutang tu.... masa awal tahun hari tu saya dah keluarkan kwsp utk bayar ptptn. baki la ni dah tinggal half jer lg. so, klau saya x maintain bayar, nnt jumlahnya naik plak... rugi arrrr... 
Hujung bulan ni plak, besday cik abang.. nak bg apa ek? gaji I lambatlah plak... maybe 2hb Julai nnt baru masuk. tp besday cik abg 30hb ni... hhmhmhmhmhhmmm.. pinjam duit cik abg dulu lah utk belikan hadia utk dia. aci tak?
Semlm dia msg Wishlist dia.....


1. radio alarm clock

2. handphone

3. tablet

4. digital camera

5. video cam

6. laptop

7. bicycle

8. motorcycle

9. car

10. land house

11. new baby

12. new wives.. 

Entah apa2 entah yg dia minta... katanya ni kehendak dia... macam org lain.... dia x spesific.... tp yg radio alarm clock tu cam mmg dia tingin sgt2 kot. hehehehehheheee.... tp yg geram sket tu sbb yg no 12 tu.. ada hati juga tu..... 

Korang bg apa hadiah utk besday cik abg? saya ni sbb dah lama x bg hadiah kat dia.... huhuuuuu.. shian dia... balik2 dia minta saya buatkan kek batik je masa besday dia... shian kan.... biskut merie je saya hadiahkan kat dia tiap2 tahun.... 

Saturday, June 23, 2012

..:: Adeena tuRn to 11 MonThs ::..

Pejam celik... rupanya Adeena dah 11 bulan.. owwhhhh... cepatnya masa berlalu.. tp saya masih belum datang peod. dulu masa adam, 1st time dtg peod masa adam 9 bulan, then lepas tu x dtg, masa adam 1 thn 3 bln dia dtg plak for 2nd time... dan seterusnya peod circulation saya mmg x normal cam masa bujang dulu.... huhuhuuuuu....





Adeena dah boleh merangkak, panjat2 dan semualah kecuali berdiri dgn sendirinya dan menapak ke depan.. pendek kata lom nampak gaya nak jalan lg.. yg lain dah..... akai pun panjang gak ni... asyik nak berdokong jer, pantang nampak ummi pakai tudong, mula lah angkat tangan sruh dokong.... rambutnya... cam tu lah, ciput jer... dlm keta dah x nak duduk elok2 dah.... suka hati dia jer.... klau g kedai makan, dia nak makan apa yg ummi dia makan. kat rumah pun cam tu wal hal gigi sebatang pun x tumbuh lg..... Adeena ooo Adeena.... 
Bulan depan ms besday dia, jatuh bulan puasa..... so.... kita celebrate ms buka posa ek.... tp Adeena akan dapat hadiah dr misi klinik seksyen 7 nnt, hadiah ciuman jarum suntikan 1 tahun..... yeyeyeyeyeyeyeyee.....

Friday, June 22, 2012

..:: HuTaNG PtPtN ::..

Buat sahabat semua.... siapa yg dah berjaya bayar balik semua hutangnya ngan PtptN, sila commnet.... hehehheheee.... nak sruh angkat tangan, memang x nampak. so klau korang comment, barulah nampak.....

Sebenarnya saya tertarik ngan artikel dr Beautiful Nara a.k.a abg Nara.... mengenai Ptptn... Kesimpulan yg dapat dibuat mudah jer... klau dah pinjam, bayrlah..... bunyi cam senang tp yer lah kita pun dah bersetuju dulu masa nak pinjam, akan bayar balik... so, bayar jer lah kan...... 

Tapi saya belom habis bayar lg juga.... heheheheheee..... kenapa sekarang ada yg nak mansuhkan hutang ptptn tu? sampai babitkan politik... huhuhuhuuhh.... pening.. pening....



Pada saya..... sebab ramai yg x bayar dan belom selesai membayarnya hanyalah satu..... x mampu nak commit utk byr ptptn tu sbb dah ada byk komitment ngan hutang2 lain seperti rumah, kereta, personel loan, kad kreadit dan lain-lain... yg ni semua didahulukan dan ptptn di biarkan dianggap x penting... bila dah lama-lama baru nampak gandaannya/interesnya yg dah melambong tinggi....betul tak? itu lah yg terjadi pd saya sebenarnya... sbb menganggap hutang ptptn ni x penting, lgpun ada lg 9 thn utk settlekannya (pd thn pertama lah) dan ada lg 5 thn utk settlekan (pd thn ke 5 lah) dan bila dah sampai thn ke 10..... hhaaaa... baru tahu langit tu tinggi atau rendah... mampu ke kita settlekan RM20K dlm masa setahun jer? sebulan kena bayar lebih kurang RM1,600.00 - boleh ker? sbb tu lah dinasihatkan byr dr awal-awal.... tp dulu x sedar diri.... nak beli itu dan ini.... la ni bila dah kawen, commitment mmg banyak.... dah lah 10 thn kerje gaji baru RM3K jer.... lainlah klau gaji dah RM10K..... 

Entahlah.... tentang interest tu..... huhuhuhuhhh... no komenlah.... apa yg penting.... HUTANG tetep KENA BAYAR..... ingat tu ek.... klau x nak bayar, jgnlah berhutang.... 

Bayarlah balik supaya suatu hari nanti anak kita sendiri dapat gunakan PtptN utk melanjutkan pelajarannya ke universiti..... JOM BAYAR !!!!  - pesanan utk diri sendiri dan sahabat semua.... (",) 

Lg satu.. belajar rajin2 supaya 
1. dpt 1st class dan dapat pengecualian bayaran balik 
2. dpt keje yg best2 dan gaji ribu riban dan x pening nak bayar balik hutang tu....



Thursday, June 21, 2012

..:: TaBahNya HaTi seOraNG Ibu ::..



Terima kasih buat semua ahli keluarga, sahabat handai dan kawan-kawan, tak kira jauh atau dekat, seluruh dunia. Memberi sokongan moral dan semangat serta doa. Perginya Aryaan Hafizh bukan satu kehilangan, malah satu kemenangan.

Dialah, hero kami, our champion!

Kembalinya dia ke pangkuan Tuhan, asal dia dijadikan. Pergi meninggalkan pelajaran, kepada semua.

Alhamdulillah, syukur kami atas nikmat-Mu.
Kau kurniakan kami kegembiraan dengan hadirnya Aryaan Hafizh, malah kau berikan kami kekuatan dalam diri setelah dia Kau ambil kembali.

Sedih, rindu, sayang.
Namun, hidup kami hanya pinjaman. Sunnatullah satu ketetapan.

Hanya Kau Maha Mengetahui yang di hadapan kami. Semoga kami lebih kuat dan tabah.

[pause]

Aryaan Hafizh, semoga kamu aman di sana... Bunda dan Daddy sayang kamu. You're always in our hearts.

[pause]

{{bagai dalam mimpi}}

Sunday, June 17, 2012

..:: kEnDuRi cEdAn ::..

Weekend lepas dan weekend ni, adalah weekend saya bersama family mertua a.k.a FIL. Minggu lepas penat, minggu ni lg penat. Minggu lepas kenduri sebelah pengantin perempuan, minggu ni plak belah lelaki.. Belah my FiL lah.. Penat memang penat tp x sepenat kenduri rumah sendirilah.. Klau kenduri rumah mak kat guar napai tu, gotong royong. Masak sama-sama.. So, mmg rumah tu kalam kabut arrr.. Tp siang td, my MiL guna cathering, so kureng sket bab2 nak masak lauk ni. Cuma ada keje sket sbb makanan sampingan tu jer, makanan adik beradik.. Ada yg bw kek, ada yg bawa buah dan macam2 lg arr..
Menantu MIL kali ni perempuan lg. Menantu perempuan yg ke-3. Namanya Husna, kerja kat kl ngan bank ambank sbg agent pengutip hutang, yg selalu dok call kiter tu klau lambat byr installment atau mmg ada baki tertunggak ngan bank tu.. Orgnya ok arrr compare ngan biras i yg sorang lg. Yg ni pandai bawa diri dan biasa2 jer orgnya. Yg sorang lg tu, orgnya lembut sgt..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 08, 2012

..:: BoRiNG ::..

Selalunya saya bz ngan kerja/tender, tp hari ni saya tengah bersenang lenang sbb x der tender mahupun revised tender.. Dan saya boring giler duduk kat office ni.. Klau nak ngular main internet pun payah sbb klau asyik klik klik kat pc jer nnt mesti bos kat sebelah ni tny 'nang, u tgh buat apa?' Sbb dia tau saya mmg x der tender on hand. Dr dok kat tempat saya tu, baik saya joint ISO trainning ni.. Hehehehehee.. Dulu ms baru masuk keje kat sini mmg dah pernah dgr tp dah macam x brapa ingat. So, joint jer lah kat sini dr duduk kat tempat saya tu.. Hihihihiiiii
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.