Wednesday, June 27, 2012

..:: KWSP ::..

Hari ni dapat email ttg KWSP... tertulis kerajaan berhutang ngan KWSP sudah mencecah RM144.5 Billion.



cuba korang baca email yg saya dapat ni ek....

Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP
(Total) Umur 60 Tahun?       

Sekarang  ini,  pekerja swasta masih boleh membuat pengeluaran wang KWSP di akaun  2  ketika  menginjak ke usia 50 tahun. Tetapi untuk pengeluaran wang KWSP  melibatkan pengeluaran keseluruhan (secara total) kalangan anda semua mesti  tunggu  sehingga  60  tahun. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat KWSP sebenarnya?

Seperti  yang  diketahui anda di sini, KWSP ini merupakan  sebuah institusi yang  menjadi  platform  kalangan  kakitangan  kerajaan  mahupun swasta ini membuat  simpanan  di  hari tua bukannya simpanan sehingga mati!! 2 situasi dan perkara yang berbeza di situ.

Sepatutnya  KWSP  memberikan kelonggaran kepada mana-mana pekerja yang mahu bersara  pada  umur  55 tahun dengan membenarkan mereka membuat pengeluaran wang  KWSP secara total. Ini adalah masa sesuai untuk mereka merasai nikmat di  atas  penat  lelah  mereka  selama  bertahun-tahun  mengerah tenaga dan komitmen  yang  diberikan mereka. Nak harapankan dividen KWSP setiap tahun, berapa sangat yang mereka dapat? Ini wang dan hak mereka, kembalikan semula kepada empunya badan!!. Kena ingat :
  "Nilai wang fiat setiap tahun makin lama makin menyusut"
Takut  orang-orang tua ini menyalahgunakan wang sendiri di penghujung usia?
Sementara  di  usia  muda  inilah,  berikan mereka informasi dan pendedahan
bagaimana   menguruskan  kewangan  mereka  dengan  betul.  Kebanyakan  yang
menyalahgunakan wang mereka di hari itu bagi kami masih lagi kes terpencil.


Pengeluaran Wang KWSP (Total) : Dinaikkan Had Umur!!
Tetapi jikalau anda semak keretan akhbar di bawah, pasti anda akan tahu apa sebab-musabab kerajaan mahu melanjutkan had persaraan kepada umur 60 tahun.
Sekarang  ini  nilai  hutang  kita  sudah mencecah RM470.6 bilion yang mana jumlah  besar terdiri daripada hutang dalam negeri termasuk hutang kerajaan persekutuan  terhadap KWSP (wang milik kakitangan kerajaan dan swasta) yang kini  sudah  mencecah  RM144.5 bilion (setakat data pada 31 Disember 2011).
             
Cadangan Meningkatkan Dana KWSP?
Ada jalan penyelesaiannya setakat ini yang diambil oleh pihak kerajaan?
       Naikkan had persaraan kakitangan kerajaan
       Naikkan had persaraan kakitangan swasta
       Naikkan  had umur bagi pengeluaran wang KWSP secara total pada umur
       60 tahun
       Kemudian  sekarang  ini  kerajaan  mahu mengkaji sama ada mahu beri
       pencen bagi pekerja swasta
Bagi kami, sepatutnya dibolehkan pada pengeluaran wang KWSP akaun 2 umur 50 tahun

manakala  pengeluaran  wang  KWSP secara keseluruhannya dibuka pada umur 55 tahun.  Baki  5  tahun  perkhidmatan lagi, sementara menunggu usia berhenti wajib,  gaji  bayar  penuh,  majikan juga dapat juga faedahnya dengan tidak perlu  membuat  potongan. Ini disebabkan pada masa itu, gaji dah mati skim, ini bagi kami lebih relevan.

P/S : Jumlah hutang kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM470.6 bilion ketika ini  manakala  hutang  kerajaan  terhadap  KWSP  berjumlah  RM144.5 bilion.
Mampukah  kerajaan  membayar  semula duit rakyat ini? Kami pulangkan semula persoalan  ini  untuk  kerajaan menjawabnya dan menjelaskannya...Apa kata dan respon anda pula? http://beritasemasa.com/pengeluaran-wang-kwsp

so apa komen korang? bila pikir balik, lambatnya nak tunggu umur 60 thn tu utk dapat duit simpanan tu... huhuhuuuuu... patutlah ada pihak yg anti kerajaan... ehehhehehehheee.... 

No comments:

Post a Comment