Monday, February 28, 2011

..:: SuKaNya... BestNya.... TAPI...... ::..

Assalamualaikum...

Bunyinya cam best jer kan...... tapi kenapa perlu ada TAPI dihujungnya...... sbb ni lah....


Office aku ada company trip tahun ni.... hari tu dgr2 diorg nak g south afrika.. tp entah cam na, meeting sabtu lepas, boss nak tukar tempat g PARIS plak....... Bestnya.... x sabar rasanya nak beli FM banyak2.... tp....... masa ni aku dlm pantang.... mana bleh aku g sana..... tau tak bila trip ni.... masa nak raya puasa tahun ni..... Sapa yg g trip ni, depa akan beraya kat sana lah..... Itu yg x best tu..... huhuhuhu.....

Thursday, February 24, 2011

..:: 1st Give-Away By Deekuntum ::..

Assalamualaikum.....

FM memang menjadi hobi ku sekarang... bila tgk jer my blogger friend ni buat contest yg hadianya ialah FM, terus aku nak joint.... nasib baik lum sampai tarikh tutupnya lg.....

Seperti biasa, mesti ada syarat2nya kan... so, kepada sesiapa yg tingin jg memenangi FM ni, leh lah melawat blog Dee ni dan ikutilah syarat2 dia ek....


Wish me luck for this cute FM.... dan selamat berkenalan!

Oklah.... istimewa buat aunty dan lia, aku TAG diorg supaya leh sama-sama joint give-away ni to get the FM...... Ingat tau Tarikh tutupnya 28hb Februari 2011 tepat jam 12 malam.

Tuesday, February 22, 2011

..:: A . D . A . M ::..

Assalamualaikum...

Weekend yg lepas, Adam demam+cirit.... Tp dalam x sihat tu pun bleh lg dia nak g main kat playground kat rumah tu..... kita layan je teletah dia ni...



Tgk air muka tu cam x sakit pun kan.. cam sihat jer... Sekarang ni klau bergambar, dia suka je buat gaya-gaya macam- macam... Nakal tul anak ummi ni sekarang...

Friday, February 18, 2011

..:: Win A Free Bag From BabyIbu!!! ::..

Assalamualaikum.....

Dah lama aku x joint mana2 contest kat alam maya ni... Tp hari ni aku tertarik utk masuk contest lg dan menambah rakan2 ku di alam maya ni.....



Itu lah nama contestnya... Contest ni bersempena ngan birthday dia... Sepatutnya birthday girl yg dapat hadiah, tp ni birthday girl yg nak bagi hadiah kat kawan2 dia... Terima kasih pd tuan penganjur...

Jom lah kita ramai2 memeriahkan lg contest ni..... Hadiahnya adalah tajaan Tote Boutique dan BabyIbu Shope.

..:: My NeW HanDbaG ::..

Assalamualaikum...

This is my new handbag..... Cantik tak? Semlm aunty beli beg esprit baru, so hari ni aku plak beli beg coach baru.....
Tapi itu semua hanyalah mimpuku sahaja..... :( Mampukah aku utk memiliki handbag semahal ini? Walaupun aku mampu mampu beli ngan bonus yg aku dapat tp... ianya mungkin tidak.... Bukan aku lah orgnya yg sanggup membazir wang sebanyak ini untuk memilikinya... Banyak lg yg perlu aku pikirkan.....

Tapi klau nak layan gambar2 bag coach ni bleh jer..... hehhehehe...

Tuesday, February 15, 2011

..:: SalaM MauLiduL RasUL 1432H ::..

Assalamualaikum..

Salam buat semua....

Setiap tahun pasti kita akan teringatkan akan hari yg penuh bermakna buat insan yg tersayang... Si isteri pastinya akan teringatkan tarikh lahir si suami dan sebaliknya. Itulah indahnya hidup berumahtangga. Pada hari itu jugalah pelbagai aktiviti yg telah dirancangkan.... Kita akan pastikan hari tersebut akan dilalui dengan penuh rasa kasih sayang....

Begitu juga dgn menjelangnya sambutan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh masyarakat Islam di Malaysia melakukan pelbagai persiapan termasuk perarakan, program ceramah dan forum bagi memperingati kelahiran insan agung ini. Segalanya dilakukan demi menunjukkan rasa kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi terhadap baginda yang telah membawa rahmat dan kesejahteraan untuk seluruh alam.

* pic fr pak cik google...

Apa yg perlu kita ambil pengajaran dari hari ini... Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Surah Al-Ahzab : 21

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah"

Maka contohilah akhlak mulia Rasullullah SAW. Satu kisah yg pernah kita dgr ttg kisah Rasullah dgn pengemis buta. Daripada kisah tersebut kita dapati Rasullullah akan berbuat baik kepada semua org walaupun org itu berbuat jahat padanya.....

Cara hidup yang tidak berpaksikan kecantikan akhlak Rasulullah ini menyumbang pula kepada peningkatan maksiat, pembunuhan, buang dan bakar bayi, minum arak dan pelbagai aktiviti yang tidak bermoral. Begitu juga tatacara berpakaian yang menjolok mata dan menampakkan susuk tubuh sedikit sebanyak menyumbang kepada jenayah rogol dan gangguan seksual yang menjadi-jadi. Apa yang berlaku menampakkan realiti kehidupan umat Islam hari ini lebih buruk daripada masyarakat Arab jahiliah ketika Nabi Muhammad SAW diutuskan. Kalau dahulu mereka sanggup menanam anak hidup-hidup kerana malu dikurniakan cahaya mata perempuan kini segelintir masyarakat Islam lebih ke hadapan kerana tergamak membunuh sesiapa sahaja tak kira bayi perempuan, lelaki hatta khunsa sekalipun kerana malu akibat keterlanjuran zina yang dilakukan.

Tiada Harapan selain ALLAH
Tiada Idola selain Nabi Muhammad SAW

Tiada Kata seindah AL-QURAN
Tiada Jalan selurus Sunnah

Tiada Perjuangan selain Islam



SALAM MAULIDUR RASUL
buat sahabat semua...


Monday, February 14, 2011

..:: KeGILAanKu paDa FM ::..

Assalamualaikum...

Salam buat semua.....

Ianya bermula dari bila aku berkenalan dgn 'Jualan Murah-Murah' kat FB aku.... Aku berkenan pd satu fridge magnet ni.... then aku trus beli...


Then.... day by day... dekat FB aku, aku selalu tgk ada org tagged JMM tu ngan FM yg cantik2... aku mula rasa geram.... Aku start add diorg dan makin ramailah kawan2 FM yg aku dapat.. Antara collection diorg yg aku tgk tu...

Aku menjadi geram dan makin geram.... Dan yg bakal menjadi milikku....

Memang GILA lah aku ni..... Wahai abah, jangan marahkan ummi ek..... Dan ini koleksi FM aku buat setakat ini....

Thursday, February 10, 2011

..:: AdaM iKUT AbAHLah ::..

Salam buat semua...

Semalam sebelum tidur, janji Adam padaku ialah esok nak g school ngan ummi. Tp alih-alih pg td, dia x nak ikut aku.. Dia nak ikut abah dia juga.. Nak naik motor...


Senyum je dia bila leh ikut abah dia naik motor.... klau naik motor ngan abah dia, dia lah yg pakai baju sejuk + gloove abah dia. Alasannya sejuk ditiup angin.... Nanti2 ummi belikan baju sejuk utk Adam ek.....

Wednesday, February 09, 2011

..:: BeRdaTinG @ KuALa SePEtaNg ::..

Assalamualaikum

Masa cuti tahun baru cina hari tu, korang g mana? Pastinya ramai yg balik kampung atau keluar cuti-cuti malaysia bersama keluarga tersayang kan? hhhmmmm..... seperti raya cina tahun lepas, dan tahun sebelum tu, hari Ahad hari tu semua org tension (yg dlm perjalan pulang ke KL lah). Selalunya klau dari Kedah, akan ambil masa dlm 6 jam perjalanan... tp pd Ahad yg lepas, ada yg mengambil masa sampai 12 jam perjalanan... Dasyat sungguh..... Tp itu semua adalah dlm jangkaan aku dah... sbb tu aku plan, balik kedah dulu then baru balik perak..... blk shah alam plak seawal mungkin (7.00 pg) dr perak... Kul 11.00 pg dah sampai Shah Alam.....

Hari sabtu lepas, masa kat rumah MIL, kak eikin ada cakap nak g cameron highland. Aku ni yg memang dah ada niat nak g situ lg, teruja dan dgn spontan je aku cakap "nak ikut".... tp my hubby x nak ikut. Bg dia x der apa pun yg best kat atas sana + nnt jalan jammed. 100% tepat.... memang jln jammed sabtu tu... kak eikin kuar rumah kul 10 pg (simpang 4, semanggol) kul 1.30 ptg baru lepas simpang pulai. Then pukul 10.00 mlm baru diorang sampai rumah.....

Tapi nasib baik aku x ikut.... sbb bila aku tanya Adam,

"Adam nak makan strawbery ke Adam nak makan udang?"
Adam jawab "Udang lah"

So, aku pun x jadi ikut g cameron tu... x bestlah klau Adam x ikut skali kan....

Ptg dlm kul 3.30 cam tu, aku nak g kuala sepetang, nak makan udang. tp bila ajak Adam, dia x nak plak.. katanya nak tgk kartun. Pulak dah....... so, aku pun kuar berdua ajerlah... berdating.... hiihiiiihiii.....








Sedaplah jugak mee udang ni... sbb dia x pedas sangat... Lain kali klau balik perak, nak g lagilah.. nak order udang goreng tepung plak.... tp bg aku, mahal jglah..... mee udang special yg aku makan ni $11.00 dan klau yg biasa $7.00

Kesimpulannya... Mak Jah Mee Udang @ Kuala Sepetang is recommended.

Tuesday, February 08, 2011

..:: KiTa JaLaN saMa-SaMaLah ::..

Assalamualaikum....

Hari ni my 2nd day kerja after cuti CNY... Masih kurang mood keje tu... kelajuannya sama cam seekor kura-kura.... heheheheheehhh.... yg lajunya berblog dan berfesbuk jer.

Teringat ngan telatah anak ummi sejak 2/3 minggu ni... klau nak kuar rumah, nak g jalan2 atau nak g mana2 pun lah, klau kitorg bertiga yg keluar, mesti dia nak jalan sama-sama. Ummi x boleh tinggalkan abah, abah x boleh tinggalkan ummi dan Adam x boleh tinggalkan ummi dan abah....

Pagi tu, aku dah jalan sampai tangga dah... dia jerit... "ummi, datang sini balik, tunggu abah, kita jalan sama-sama lah" masa tu abah dia tengah kunci pintu rumah......

Wednesday, February 02, 2011

..:: HaNya KEraNa ::..

Assalamualaikum....

Salam buat semua....

Hanya kerana masyarakat Cina akan menyambut tahun baru cina, pg td aku datang kerja dalam suasana yg berbeza... Jalan yg selalunya jem, hari ni lengang selengangnya....


Ni kat area jln glanmerie shah alam yg nak naik g federal highway tu... Lengang kan jalannya...

Dan hanya kerana ini.....



Seharian aku bersedih semalam.....

Ni penapis bio aura akulah... Isnin lepas aku beli ganti filter dlm dia tu, filter B dan C... A dah tukar tahun lepas.... Selepas pasang, airnya makin teruk, lagi slow dr sebelum ni.. Rasa nak campak jer filter ni pun ada juga....

Actually aku beli lebih kurang setahun selepas anajng beli. Tp akunya filter airnya yg kuar tu lg slow dr yg kat rumah anjang.. filter yg kat rumah anjang x penah buat hal pun cam filter aku ni.. tensionnyer rasanya.... Lg tension bila ada org marah kita...

:(

Tuesday, February 01, 2011

..:: S . E . D . I . H ::..

Assalamualaikum......

Cuaca diluar pg tadi amat cerah... tp pipi aku basah jg pg td... Biarlah gambar ini je yg menceritakannya.... :(