Salam buat semua....
Setiap tahun pasti kita akan teringatkan akan hari yg penuh bermakna buat insan yg tersayang... Si isteri pastinya akan teringatkan tarikh lahir si suami dan sebaliknya. Itulah indahnya hidup berumahtangga. Pada hari itu jugalah pelbagai aktiviti yg telah dirancangkan.... Kita akan pastikan hari tersebut akan dilalui dengan penuh rasa kasih sayang....
Begitu juga dgn menjelangnya sambutan hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh masyarakat Islam di Malaysia melakukan pelbagai persiapan termasuk perarakan, program ceramah dan forum bagi memperingati kelahiran insan agung ini. Segalanya dilakukan demi menunjukkan rasa kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi terhadap baginda yang telah membawa rahmat dan kesejahteraan untuk seluruh alam.
* pic fr pak cik google...
Apa yg perlu kita ambil pengajaran dari hari ini... Hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Surah Al-Ahzab : 21
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah"
Surah Al-Ahzab : 21
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah"
Maka contohilah akhlak mulia Rasullullah SAW. Satu kisah yg pernah kita dgr ttg kisah Rasullah dgn pengemis buta. Daripada kisah tersebut kita dapati Rasullullah akan berbuat baik kepada semua org walaupun org itu berbuat jahat padanya.....
Cara hidup yang tidak berpaksikan kecantikan akhlak Rasulullah ini menyumbang pula kepada peningkatan maksiat, pembunuhan, buang dan bakar bayi, minum arak dan pelbagai aktiviti yang tidak bermoral. Begitu juga tatacara berpakaian yang menjolok mata dan menampakkan susuk tubuh sedikit sebanyak menyumbang kepada jenayah rogol dan gangguan seksual yang menjadi-jadi. Apa yang berlaku menampakkan realiti kehidupan umat Islam hari ini lebih buruk daripada masyarakat Arab jahiliah ketika Nabi Muhammad SAW diutuskan. Kalau dahulu mereka sanggup menanam anak hidup-hidup kerana malu dikurniakan cahaya mata perempuan kini segelintir masyarakat Islam lebih ke hadapan kerana tergamak membunuh sesiapa sahaja tak kira bayi perempuan, lelaki hatta khunsa sekalipun kerana malu akibat keterlanjuran zina yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment