Wednesday, November 30, 2011

..:: TeNTaNg DHia ::..

Dari cerita tentang Soffiya beralih pula kepada Dhia... semalam baru aku berpeluang utk tgk citer ni. dulu ada sekali masa episod pertama kot... masa ayah Dhia x bagi Raffi berkawan ngan Dhia sbb Raffi tu lelaki... then si Raffi ni (kanak2 yg chomel) telah mengenakan baju perempuan+bertudung lg pegi ke rumah Dhia utk berkawan dgn Dhia... so cute part ni.... lepas tgk mlm tu, saya dah x follow citernya dah.....

tp semlm berpeluang plak tgk citernya.. rasa cam best jer... hari ni saya tercari2 sinopsis TENTANG DHIA.... dan terjumpa yg ni....


Sinopsis cerita Tentang Dhia:

Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.

Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.

Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.

Kisah sedih Dhia bermula apabila Melly cuba memerangkap Raffi dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggugjawab. Melly cuba pulak memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.


Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.

Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir (lakonan Ady Putra) dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.

Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).

Selepas Dhia kehilangan Azmi dapatkah Zikir merebut hati dan cinta Dhia, adakah cinta Dhia dan Zikir akan terhalang lagi dengan kehadiran Rose pulak? Ok sama sama nantikan drama Akasia Tentang Dhia , 26 episod di TV3 jam 7 malam.

sumber : nurizspace
Salam Maal Hijrah buat semua... walaupun terlambat wish, saya tetap nak wish.... tiap2 tahun kita menyambut Maal Hijrah, sama seperti kita menyambut kedatangan tahun baru... Maal Hijrah atau Awal Muharran merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Apakah peristiwa tersebut?

"Satu Muharram detik permulaan,
Perkiraan Tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi dan Umat Islam,
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah."

Bila dengar jer lirik lagu nasyid yg ni, terus teringat dah peristiwa penting dlm sejarah Islam. Peristiwa bersejarah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

"Atas keyakinan dan Iman yg teguh,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
Rela berkorban harta dan nyawa,
Demi menegakkan Islam Tercinta.

Hijrah Itu PENGORBANAN,
Hijrah Itu PERJUANGAN,
Hijarah Itu PERSAUDARAAN,
Hijrah membentuk PERPADUAN,

Oleh itu mari semua,
Kita sambut Maal Hijrah,
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam,
Untuk sepanjang zaman."

Korang nyanyi dengan penuh semangat tak? Itu yg penting tp janganlah semangat utk berhijrah / berkorban itu hanya utk satu hari ni jer... tiap2 hari kita perlu bersemangat utk berhijrah dr yg baik kpd yg lebih baik....


Salam Maal Hijrah!!!!!


Thursday, November 24, 2011

..:: PeriHaL TasKa ::..

dah hampir nak masuk 3 bulan dah Adeena dibesarkan di taska. Bersama-sama ngan abg Adam... Banyak perkara yg berlaku lately ni.... beginilah agaknya nasib ibubapa yg menghantar anak2 kecil ke taska.

setiap hari saya bekalkan EBM saya ke nursery... sebelum ini saya bekalkan dalam 3 botol 5oz setiap hari. dan botol susu yg Adeena guna di taska juga bersaiz 5oz. apa yg berlaku yg menyedihkan saya ialah, bila petang masa ambil Adeena, saya tgk habis kosong 3 botol tu.. waahhhh... bagusnya anak ummi ni (dlm kepala lah) tp rupanya terdapat lg 3/4oz lebihan susu Adeena di dalam botol susu yg Adeena guna utk menyusu di taska.... lebihan tu dah x leh simpan sbb diorg dah panaskan utk Adeena minum td. situasi ini berlaku banyak kali... ruginya susu ummi dik..... akhirnya aku membuat keputusan utk beli botol storage MIL yg 2oz tu... skrg aku bekalkan 5 btl yg 2oz tu.... tiap2 hari masa ambil Adeena, susu pun habis.. macam ngam2 jer.. cikgu taska pun x pernah call kata susu x cukup....

itu bab susu.... baru2 ni plak 2 kali baju Adeena tertukar kat taska. tak kan saya nak tulis nama kat baju dia kot. kat beg saya dah tulis namanya.... ianya berlaku pd rabu minggu lepas masa ambil Adeena,macam bukan baju anak kita plak... baju yg anak org lain, tp rupanya baju tu aunty yg belikan.... it's ok.... then tetiba saya terperasan pd pampers yg Adeena pakai. tu bukan pampers Adeena... tgk2 lg, tu bukan sarung kaki Adeena... bila tanya ngan aunty, baju yg Adeena pakai ptg tu pun bukan baju Adeena yg saya bagi awal pagi td. maknanya.... diorg tertukar satu set persalinan Adeena.... aduuyaaaiiii.... mmg dia dah pakaikan baju Adeena pd anak org lain dah ni.... dan sampai hari ni, baju Adeena yg tertukar ni ngan stokin (bumble bee tu stokin kesukaan saya....) belum dapat balik lagi.... jumaat lepas juga, pun diorg tersalah letak baju Adeena lg... baju anak org lain juga dimasukkan dlm beg Adeena.... memang macam nilah agaknya nasib klau anak2 kita dihantar ke taska ek....

lg satu bab payment... yuran bulanan lah.... dah lah abahnyer x dapat nak bantu saya utk ambil anak2 diwaktu ptg sbb abah hanya menaiki motosikal jer.. maknanya, klau abah tolong pun, dia hanya mampu ambil Adam sorang jer.. Adeena terpaksalah tunggu saya balik.... OT sejam rm5... tp klau dah dua2 org = rm10/jam. opis saya habis keje kul 6... paling awal sampai taska kul 7mlm. lebih kurang saya kena bayar OT rm10 tiap2 hari.... tu belum lg klau saya tgh keje byk.. kul 7/8 baru kuar dr opis... haaa..... rm40/day pun penah tau.... so, monthly yg kena saya bayar = rm785.00 utk dua org... byk kan? macam bleh gajikan seorg maid plak....

saya ni bukannya berkemampuan sangat.... dapat gaji, habis bayar hutang dan belanja rumah... tu yg nampak sgt saya ni berkira2 ttg ni kan.... org kata duit adalah segala-galanya... YA, bagi saya... tp duit juga bukan penentu kebahagiaan..... duit x banyak pun, masih lg mampu hidup dgn cara sederhana.....



Wednesday, November 23, 2011

..:: SuRveY tadiKA utK AdAm ::..



untuk pendaftaran sahaja.... yg nak kena saya laburkan pada hujung December ini....

kalau saya memilih LITTLE CALIPH @ RM1.510.00

kalau saya memilih AD-DARIS @ RM1.562.50

kalau saya memilih SMART SOLEH @ RM1.433.00

kalau saya memilih PASTI @ RM870.80

baru saya tahu betapa pentingnya simpanan utk hari depan.... ahahhahahaa.... banyak giler tu.. x pernah terpikir cam tu jumlahnya.... maklumlah... ni tahun pertama nak hantar anak g sekolah...

so, agak2nya... yg manalah pilihan saya.... yang mana menepati kemampuan kewangan saya... agak memeningkan bila nak pilih tadika yg terbaik utk si anak ni... bila kata yg terbaik, tentulah dlm kepala ni kata "MAHAL". tp harus diingat... yang mahal itu tidak semestinya yang terbaik dan yang murah itu tak semestinya tiada kualiti... saya berdoa supaya Allah murahkan rezeki utk saya supaya dapat menghantar anak ke tadika yg terbaik....

Tuesday, November 22, 2011

..:: 2nd MarteRniTy & ChiRdrEn ExPo @ MiD VaLLeY ::..


yg expo awal tahun hari tu, aku x dapat pegi sbb bz ngan keje... lgpun masa tu x terpikir pun nak amik cuti dan g sendiri. so bila dah ada ni, walaupun belom gaji lagi... aku bertekat utk nak pegi expo ni, sbb nak merasainya sendiri. ye lah.. bila dgr org ni pegi beli itu dan ini, kita pun teringin juga kan... katanya memang murah dan berbaloi-baloi.....





betul ke apa yg dikatakan oleh diorg tu? so, aku bertekad utk ambil cuti 1/2 day ptg jumaat @ 18/11 tanpa pengetahuan si suami. bukan apa, klau aku bgtau dia, mesti dia x bagi punyalah... sbb dia takut aku terlebih shopping.... tp jauh disudut hati ni, takut juga g sana tanpa izin suami. jadi aku pun bgtaulah dia.... surprised aku bila jawapannya "jomlah kita g sama-sama sabtu pg. kita g awal2 pagilah, x sesak sgt, jln pun x jammed" wow!!!! ye ke..... so, aku pun cancelkan cuti yg aku dah amik tu.....

dipagi sabtu, bila aku ajak dia, "abah kena masuk office jap lah pagi ni" aduyaiiiiiii..... geramnyaaa... aku dah agak dah..... tp nasib baik dia tunaikan juga janji dia walaupun kitorg gerak dr rumah g mid valley tu dlm kul 10.30pg...



Bila sampai jer Mid, kitorg tercari-cari kat ner expo dia... ye lah dua2 org x pernah sampai. tp on the way naik floor atas skali tu, Adam dah bgtau dia nak g kat tempat dinasourlah, nak g kedai yg ada keta byk tu lah.... toy city tu..... masuk jer hall tu, waahhhhh.... ramainya org. trus en suami tanya ummi nak g both yg mana? maknanya x der chancelah nak jln2 menjamu mata.... mmg org ramai giler.. nak jalan pun stroler langgar strolerlah... maklumlah, ramai yg dtg bawa anak2.... memang meriah.... Chinese memang banyak arrr.. diorg kan suka klau expo cam ni sbb % discountnya not badlah... pampers mamypoko yg rm34.90 tu diorg mark down jadi rm25.00. ramai yg beli mamypoko tu aku tgk.

both yg pertama aku pergi ialah susuibu.com..... sbb memang itu salah satu tujuan aku nak g expo tu pun. aku tertarik utk dapatkan khidmat nasihat PERCUMA drp perunding laktasi kat susuibu.com tu..... alhadulillah, dapat juga aku berbual ngan perunding diorg. aku lupa plak nak tanya namanya..... aku mencari semangat utk meneruskan perjuanganku utk fully breasfeed Adeena. apa yg aku dapat.....

1. aku mesti pam on time/ikut schedule... klau b4 ni aku buat 3 kali sehari kat office, so aku kena maintain macam ni... jangan nak tunggu 'B' aku sakit dulu baru nak g pam.. NO.. NO.. NO..

2. selalu aku pam dlm 5 minit, aku dapat 5oz bg dua2 belah 'B'... so, "alhamdulillah.. banyak tu" dia kata.... sesetangah org nak dapatkan 3oz pun lama menunggu.... so, keep it up.... jgn skip schedule pam.... cuba utk biasakan dpt 3 kali/day supaya otak kita set macam tu....

3. jgn selalu pandang pd dirog yg dpt pam 7/8oz per sesi but pandang juga pd yg hanya mampu pam 3oz/sesi supaya kita lebih bersemangat utk menambahkan produktiviti dan x down bila tgk org lain yg berjaya pam smpi 8oz tu..... bersyukurlah pd kemampuan diri....

4. klau nak ambil suplement, jgn setkan hanya utk banyakkan susu tp ambillah supplement tu untuk kesihatan diri sendiri supaya lebih bertenaga dan dapat menyusukan baby dengan sempurna.

memang kire puas hati jugalah aku berborak ngan dia.. menaikkan semangat aku... hasilnya semlm aku dapat 16oz utk 3 kali sesi pumping kat office...

lepaas tu, kitorg kuar... x jalan2 pun kat dalam hall 3 tu. then aku beratur utk pendaftaran... dapatlah beg free.... en suami dah nak ajak balik tp aku cakap aku nak g lagi satu both iaitu mumdream......


dan hasilnya

sehelai baju breasfeeding utk ummi.... ummi x sempat nak tgk2 brg2 lain... adeena dah terlentok tidur dlm dokongan en suami.. jadinya... ummi terpaksalah cepat2 kuar dari lautan manusia tu....

kesimpulannya...... aku rasa x berbaloi aku g expo tu ngan en suami. sungguh x berpuas hati... aku nak tgk2 juga brg2 lain cam cloth diapers ker, both mother care ker, baju breasfeeding kat both2 lain ker.... tp semua tu x berkesampaian...... ngan bawa anak2 ni lagi.... kesian juga ummi kat dirog.... tahun depan kalau ada lagi, ummi nak amik cuti satu hari lah nak g jalan2 sorang2 kat expo ni!!!!!!

..:: BeSdAY CeLeBRaTioN ::..

waaaaahhhhhh... tajuknya cam best jer kan. besday celebration. ehehehehhhehee.... ye lah dah 5 tahun hidup sebumbung, manalah tau kan kot tahun ni dia buat kejutan / lebih romantik. hihihihiiiii... memang pon...
inilah hadiahnya.... (",) bestkan... salah satu benda yg aku nak sangat. tp ianya hanyalah mimpi... heheheheehe.. sorry.... dlm mimpi jer lah i dapat camera ni. hihihihihihii...

jalan cerita yg sebenarnya cam ni... 21/11/2011@0200, sang suami baru balik rumah.... dia mmg selalu keluar mlm2 sbb ada keje mlm.. aku yg dah lalok tidor bersama-sama ngan anak-anak, antara sedar dan tidak akan kepulangannya. dengan senyuman yg manja, dia mengejutkan aku dan menarik aku turun dari katil menuju ke ruang tamu rumah...... alangkah terkejutnya aku, bila nampak tiga batang lilin (IKEAnyer) dinyalakan diatas meja berserta satu kotak snack plate KFC yg ada dua ketul ayam tu. satu utk aku dan satu lg utk dia.... romantik tak? kitorg makan kfc pd pukul 2.00pagi bertemankan cahaya lilin..... aku tersenyum sorang2 sambil makan KFC...

janji dia dulu, nak blanja aku makan sany char kor teaw kat kutg melayu subang sempena besday aku. so, aku pun tuntutlah..... habis jer kejer, tepat2 jam 6pm, aku trun office. walaupun pd masa tu hujan lebat, tp aku harungi juga hanya kerana sany char kow teaw... masa aku tgh pregnankan Adeena, boleh dikatakan seminggu 2 kali aku ngan dia g makan kat situ.. tp, nasib x menyebelahi aku... rupanya mlm td, kat area kedai tu ada pasar malam.... aduuuhhhhh... susah tul nak dapatkan parking. aku yg sememangnya yg dah faham sikap dia yg x suka keadaan yg sesak ni, terpaksa akur utk pulang dgn perut yg kosong..... mungkin dia perasan yg aku sedih, so dia cadangkan kitorg g makan kat kopi kaw - kopitiam kesukaan aku&aunty kat bukit jelutong ni. lg skali harapan aku hancur apabila sampai je kat situ, kopi kaw plak tutup... under renovation. huhhhuuuuuuu... sedih dan bertambah sedih.....

akhirnya, kitorg akhiri program jln2 cari makan kitorg mlm td ngan..... taaarrraaaa.....

DOMINO's PIZZA pilihan kitorg.. tp lagi2 cerita sedih menimpa aku mlm td... kitorg order dah setengah jam tp pizza yg dipesan x kunjung tiba... kesian kan kat kitorg.... bila g tanya kat kaunter dia kata tgh prepare, 10 minit kitorg dok tunggu depan kaunter tu, rupa-rupanya pesanan kitorg dh lama siap dan diletakkan di depan mata mamat casher tu tp dia yg x prasan... huhuhuhuu... sodeh.... dgn perasaan yg hampa, trus ambil dan balik makan kat rumah jer sbb nak tgk harimau muda mengauuuummmmm plak.

alhamdulillah.... setelah penat menemani harimau muda menentang garuda, kemengan penalti 4-3 adalah hadiah yg cukup bermakna pd hari jadi ku.....


Monday, November 21, 2011

..:: It'S My BiRtHdAY ::..


Today is my birthday !!!!!
Alhamdulillah... Syukur kpd Allah kerana
masih lagi memberi peluang utk aku hidup di muka bumi ini.

Friday, November 18, 2011

..:: AdeeNa @ 4 MontH OLd ::..


Opssss.... Ummi dah tersalah uploadlah.... ni abg Adam @ 4mths bukannya Adeena....

Ni barulah Adeena @ 4 months @ 6.00kg

Khamis lepas, ummi bawa adik g check up. Macam biasalah check up kat klinik kerajaan... tentunya dia just amik berat, ukur lilit kepala then masuk bilik, tanya anak sihat ke tak, minum susu apa, dia check bulan lepas dah cucuk so bulan ni x yah cucuk... next month baru cucuk lagi, then dia bagi next appoinment.... dah... siap.... dia x pegang2 pun baby ni, tgk2 dianyer abdomen ke, apa ker... x pun. ummi jer dok pegang adik kat ummi... dah kuar dr klinik, baru ummi prasan, nurse tu x plot pun graf berat/tinggi adik kat dlm buku td.... uhuhuhuhuhhh....

Ummi buat perbandingan antara Adam dan Adik

Adam@4bln = 5.86kg
Adeena@4bln = 6.00kg

Sepanjang 4 bln dibesarkan oleh ummi

Adam bertambah - 3.18kg dr berat lahir
Adeena bertambah - 2.64kg dr berat lahir

Rupanya, Adam lagi banyak tambahan beratnya dr Adeena. Adeena ni sbb dia lahir dah 3.36kg. Adam dulu 2.68kg jer... Tapi muka Adeena pipinya melayut x macam Adam. Isinya pula sama jer depa dua org ni... x kejap sangat. Berbeza ngan Anis (anak adik saya) yg baru berusia 2 bln tp berat badannya dah 6.00kg.

KALAH dah Adeena....





Saturday, November 12, 2011

..:: RaMbUT bArU AbG AdAM ::..

First time potong rambut abg Adam cam ni, cam budak sekolah.. not bad... ok jugak dr potong botak terus. sbb ummi dia ni, x pandai nak potong rambut cam na dah... yg tau nyer hanyalah botak jer.... B4 potong tu, Adam x nak botakkan kepala dia sbb dia nak buat rambut hero kesayangan dia - Ultraman......




tertunduk-tunduk dia sbb geli... hehehhehe




..:: Ya Allah, KuaTkAn SeMAnGatKu ::..

Tanggal 9 November 2011 memang memberi dugaan yg besar buat aku. Segala yg berlaku mungkin ada hikmahnya...


Mungkin semua ini bukan rezki utk Adeena. Sayangnya... tp aku kena tabah dan tenang utk mengharungi saat2 ni. Susu yg diperah dgn kasih sayang, akhirnya terpaksa digunakan utk memandikan Adeena je... Semuanya yg aku perah & simpan yg hujung bulan 9, penuh bulan 10 dan awal bulan 11 ni.... Aduyaaaiiiii.....

Salah siapa? Fizikalnya salah abah... tp bila dipikirkan, bukannya sengaja dan bukannya niat dia tutup peti ais tu x rapat.. Ya Allah, apa dosa aku yg menyebabkan Engkau menguji aku dgn dugaan ini...

Selepas kejadian ni, aku trus down. tetiba plak aku prasan, produktiviti susu aku pun dah down. Dimanakan semangat aku? Hilang cam tu ajer.... kena cari balik ni, tp dimana???? dan macam mana????

Thursday, November 03, 2011

..:: UnTunGnya si iBu ::..



Suami, sokonglah isterimu dalam penyususan susu ibu. KENAPA?





1. SUSU IBU ADALAH PERCUMA. Cuba bayangkan kos susu formula selama dua tahun?

2. JIMAT KOS PERUBATAN. Bayi kurang mendapat jangkitan penyakit terutama yang biasa

seperti demam, selsema & batuk

3. JIMAT LAMPIN. Belanja bulanan untuk lampin lebih rendah

4. ANAK LEBIH SIHAT & CERIA. Risiko mendapat jangkitan telinga, ruam lampin asthma, obesiti semasa kecil dan setelah besar amat rendah


5. PELUKAN IBU LEBIH MENENANGKAN. Bayi lebih mudah ditidurkan & mudah dipujuk dengan menyusu

6. IBU LEBIH SIHAT. Merendahkan risiko kanser pangkal rahim, kanser payudara dll, rahim lebih cepat mengecut

7. LEBIH MASA UNTUK BEREHAT. Tidak perlu pening memikirkan jenis susu formula, kurang ke klinik, tidak perlu bangun malam membancuh susu.