Wednesday, November 30, 2011

Salam Maal Hijrah buat semua... walaupun terlambat wish, saya tetap nak wish.... tiap2 tahun kita menyambut Maal Hijrah, sama seperti kita menyambut kedatangan tahun baru... Maal Hijrah atau Awal Muharran merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Apakah peristiwa tersebut?

"Satu Muharram detik permulaan,
Perkiraan Tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi dan Umat Islam,
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah."

Bila dengar jer lirik lagu nasyid yg ni, terus teringat dah peristiwa penting dlm sejarah Islam. Peristiwa bersejarah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

"Atas keyakinan dan Iman yg teguh,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
Rela berkorban harta dan nyawa,
Demi menegakkan Islam Tercinta.

Hijrah Itu PENGORBANAN,
Hijrah Itu PERJUANGAN,
Hijarah Itu PERSAUDARAAN,
Hijrah membentuk PERPADUAN,

Oleh itu mari semua,
Kita sambut Maal Hijrah,
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam,
Untuk sepanjang zaman."

Korang nyanyi dengan penuh semangat tak? Itu yg penting tp janganlah semangat utk berhijrah / berkorban itu hanya utk satu hari ni jer... tiap2 hari kita perlu bersemangat utk berhijrah dr yg baik kpd yg lebih baik....


Salam Maal Hijrah!!!!!


No comments:

Post a Comment