Saturday, October 29, 2011

..:: 1st TiME AdEENa MasUK CoNtEsT ::..

1st time aku libatkan Adeena ngan dunia luar. aku masuk contests... kat mana? kat babymanja.com



sajalah.. ummi yg suka2 jer sbb syaratnya x yah resit pembelian dan x payah jawab soalan.... tu yg aku hantar jer gambar si bam bam ni.... ehehehehhehe....

semlm bila abah dia tgk, dia kata, ummi ni mana aci sruh org lain LIKE adik cam ni... aku kata, habis tu cam na lg? dah buat kat fb, tentulah nak promotenya pun kat fb... selepas 5 minit aku tgk kat wall dia plak ada ni...

tengok.... dia pun tolong promote anak dia sama.....

hehehehhe... so sesapa yg tingin nak joint juga, bleh lg ni... dia sampai 1 nov 2011... foe more info kat babymanja.com ek....

Thursday, October 27, 2011

..:: PenYuSuaN EkskLusif 2 TaHUn PeNuH???? ::..

wow... baru hari ni aku tahu, bahawa ada mommy2 kat luar sana yg berjaya menyusukan babynya dgn penyusuan ekslusif selama 2 tahun penuh. maknanya, babynya x diberikan solid food langsung. aku jumpa thred ni kat susuibu.com


Salam. Alhmdulillah dpt ditemukan dgn website yg sgt berfaedah ni. Sy ni member baru. Hm, sy ada satu persoalan ni, mcm ni, suami sy mintak sy bf anak kami ni secara eksklusif tnpa bg ape2 makanan tmbahan yg lain pd anak kami smpai 2tahun penuh.

suami sy kata, maksud "penyusuan 2tahun secara sempurna" yg disebut dlm al-Quran tu ulamak mensyarahkannya sbg memberikan susu ibu 2tahun penuh tnpa bg ape2 mkanan tmbahan lain pd anak.

suami sy bgtau lg, apabila adanya hukum najis mukhoffafah, iaitu air kencing bayi lelaki yg berumur 2 tahun ke bwh yg cuma minum air susu ibu sahaja; maknanya mesti ada org yg mmg dh berjaya menyusukan anaknya 2tahun scr eksklusif tu.

biarpun sy ni tak bekerja dn alhmdulillh pengeluaran susu byk, tp sy mcm tak yakin je. boleh ke...mampu ke...?

sy ada terbaca satu artikel di intenet yg mengikut kajian saintifik, nutrien dlm susu ibu adalah berbeza mengikut usia bayi kita. semakin bertambah umur bayi kita, semakin byk nutrien dlm susu ibu yg akan dihasilkan oleh badan kita utk menampung keperluan tenaga anak yg semakin membesar.

tp tak de la pulak dlm artikel tu menyarankan agar diberikan bf scr eksklusif smpai 2tahun. rata2 artikel yg sy jumpa, smua suruh mulakan bg makanan tmbhan pd baby apabila usianya dh masuk 6bulan.

err, effect tak ye klu kita tak stat lg bagi baby kita mkn makanan tmbahan lain walau dia dh masuk 6 bulan? baby sy skrg ni dh masuk 6bulan setengah dn masih lg eksklusif bf. alhmdulillah, dia shingga waktu ni tak de lg la menunjukkan tanda2 lapar @ tak cukup susu. dia sihat, ceria dn aktif.

hmm, kalaulah ade ibu2 kat sini @ pn org2 di persekitaran kalian yg pernah berjaya menyusukan anak secara eksklusif selama 2tahun penuh, mohon sgt2, plz ya, kongsila ceritanye kat sini ek...@ pd ibu2 lain yg boleh komen ttg hal ni?

**dh try search psl ni kat forum td, mana tau kot2 dh ada org create topik ni, tp x jumpa lak...klu betul dh ada org create, plz, saper2 yg baik hati tlg paste kn link nye kat sini ye. k, mekasih byk2...smoga kalian semua sntiasa dlm limpahan kasih dn rahmat ILLAHI...

ianya memberi semangat pd aku utk terus menyusukan Adeena secara eksklusif lebih dari 6 bulan.

sbb sebelum ni aku ingatkan, bila baby tu dah capai 6 bulan, so kita kena/wajib bg solid food kat dia. yg aku faham menyusu secara ekslusif 6 bulan dan diteruskan hingga 2 thn tu, cam bila baby dah sampai 6 bulan kita bagi dia solid food + EBM lagi bukannya solid food + FM. bila kita campur ngan FM jer dah x jd penyusuan secara eksklusif. tp klau campur ngan solid food masih dikira secara eksklusif lg....

Wednesday, October 19, 2011

..:: K L i K ::..




dah klik kat kambing tu? apa yg korang jumpa?

yezzaaaa.... kiter masuk CABUTAN BERTUAH LCS
so, kiter nak taggedkan aunty, nik dan lia utk joint cabutan bertuah ni... (",)

tarikh tutupnya : 21 oct 2011, jumaat ni.
selamat mencuba....

Thursday, October 13, 2011

..:: UmmI SuKa MiNuM K O P I ::..

Assalamualaikum....

Petang ni tetiba terasa nak search pasal kafien dan menyusukan baby sbb aku selalu kena tegur ngan Mr Husband sbb lately ni aku suka minum kopi susu everyday. ianya menjadi2 selepas aku suka lepak kat kopi kau kat bukit jelutong ngan aunty dan anjang....

Banyak sgt yg aku jumpa blogger2 yg citer pasal menyusu dan kafien. Macam-macam aku jumpa dan kesimpulan yang aku buat ialah....


"MULAI HARI INI, AKU AKAN KAWAL PENGAMBILAN KOPI SUSU DARI 1 CAWAN/SEHARI KEPADA 1 CAWAN/2-3 HARI"


Oleh sbb itu, apa yang perlu aku makan?

Menurut sumber dr babycenter.com, aku perlu fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.


..:: I N D I A ::..

Assalamualaikum...

Siapa yg pernah g India? komen arr sket. best tak g India? Aku dah dapat green light dr Mr Husband utk g company trip bulan 1 2012 nanti masa cuti raya cina... bestnya rasanya... dah lama aku x g jalan2 samada ngan kawan2 ataupun family..... ye lah masa pregnant hari tu tingin nak g bukit tinggi/cameron higland tp En Husband x nak bawa lah plak..... sedih rasanya... dia izinkan aku g india ni, bersyarat tau.... mulai hari ni sampai date nak g india tu, aku x leh shopping2 baju utk Adeena/Adam dah... agaknya dia rasa baju anak2 dia dah banyak kot.. klau Adam aku setuju tp klau Adeena... hhhmmmm...... tp x per. insyaAllah aku akan penuhi syarat2 tu... demi India... hhehehehehhe....

Masa nak g India tu Adeena dah dekat2 6 bulan dah.. oklah tu kan.... 1st option, dia nak suruh mak dia mai shah alam, jaga adam ngan adeena kat sini. mola2 dia nak hantar balik perak tp aku kata, payah arr ngan stok susu Adeena tu... malas nak pikir utk bawa travel.... so, maybe dia akan ajak mak dia mai shah alam lah. 2nd option, aku akan minta tolong auntie
lah.... tolong anty jagakan Adam ngan Adeena.... aku g sana 7 hari jer....

Jom layan gambar2 yg pak cik google bg td.....



Tuesday, October 04, 2011

..:: My EBM sTOk ::..

Penguat semangatku..... dari banyak ni


kepada banyak ni....


Alhamdulillah......
stok ni aku start buat setelah aku balik mai shah alam. kire dlm 3 minggu, ni lah stok yg aku dapat. cukup ker utk cover sampai Adeena 6 bulan. memang arr x cukup sbb tu aku kena pastikan aku kena maintain pam tiap2 hari kat opis ni.....

Sekarang aku pam minimum leh dapat @ 15oz/day. 10oz bawa g nursery dan 5oz lg simpan buat stok... utk hari2 depan. la ni Adeena minum dlm 10++oz je setiap hari kat nursery.

Smlm baru aku perasan. rupanya method yg aku guna utk supply stok EBM aku kat nursery Adeena adalah salah sama skali. nape tau? sbb tiap2 malam, aku akan keluarkan 15oz EBM yg beku utk dibekalkan ke nursery esoknya. EBM yg aku pam siang td kat office, aku simpan semuanya dlm freezer. salah kan method aku tu? sbb Adeena x dapat susu yg fresh. susu yg dah dibekukan tu, kandungan antibodinya kurang berbanding susu fresh tp masih banyak jika dibandingkan dgn susu formula. pemberian secara maksimum susu perahan yg segar dapat menjamin baby kita memperoleh susu ibu yg mengandungi antibodi yg tinggi setiap hari.

TQ pd buku panduan penyusuan susu ibu bg ibu yg bekerja yg aku beli kat sarakid..... aku selalu rujuk pd buku tu dan majalah pa&ma dan blog2 bloger yg mmg aku x kenal.. aku main terjah jer... tambah2 lg blogger yg aktif kat susuibu.com



..:: MaNa AdaMnyeR BeNda nI eK?

Kat mana aku simpan benda ni ek?

Adam dulu ada dua playmate ni.... tp bukannya macam ni lah tp ala-ala ni lah.. satu aku bg kat andak dan satu lg aku simpan... tp la ni dah x tau tang mana aku simpan.... huhuhuu sedihnya... nak bg adeena main dlm ni plak.......

x pun, aku beli jer yg baru utk adeena sbb ada member aku bg duit utk adeena.... sbb dia x beli hadiah... bleh ke cam tu?