Thursday, October 13, 2011

..:: UmmI SuKa MiNuM K O P I ::..

Assalamualaikum....

Petang ni tetiba terasa nak search pasal kafien dan menyusukan baby sbb aku selalu kena tegur ngan Mr Husband sbb lately ni aku suka minum kopi susu everyday. ianya menjadi2 selepas aku suka lepak kat kopi kau kat bukit jelutong ngan aunty dan anjang....

Banyak sgt yg aku jumpa blogger2 yg citer pasal menyusu dan kafien. Macam-macam aku jumpa dan kesimpulan yang aku buat ialah....


"MULAI HARI INI, AKU AKAN KAWAL PENGAMBILAN KOPI SUSU DARI 1 CAWAN/SEHARI KEPADA 1 CAWAN/2-3 HARI"


Oleh sbb itu, apa yang perlu aku makan?

Menurut sumber dr babycenter.com, aku perlu fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay). pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa. dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.


No comments:

Post a Comment