Monday, April 18, 2011

..:: Fedtri Yahya Berkahwin Mei Ini ::..

Assalamualaikum...

Salam buat semua..

Fetri dah nak kawen!!! Itulah artikel dr oh bulan yg aku jumpa pg ni. Kenapa aku teruja ngan khabar gembira ni? Aku peminat fenatik dia ke? Awek lama dia ke? x der lah... aku hanya kawan biasa jer... kawan masa matrik USM kat kolej mara kulim dulu tu.....

Actually last week lg aku dah tau citer ni sbb kak ummu dah shout kat FB dia...

Dan hari ni dah tgk kat oh bulan ni, rasanya confirmlah!!!! heheheehhee... Alhamdulillah..... Teringat zaman kat KMK dulu.... 1st aku kenal Fetri ni masa kitorg kena buat keje under dia sbb dia ms tu sbg ketua biro perhubungan (klau x salah akulah). Banyak event kat kolej dulu under dia.. kitorg ni consider ajk pd dia lah.....

Ahmad Fedtri Yahya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan 5 iaitu pada 29 Mei 2011. Majlisnya akan diadakan di Kelantan iaitu di rumah bakal pengantin sebelah perempuan. Majlis sebelah lelaki pula adalah pada 11 jun 2011 ini.

Difahamkan, bakal pengantin perempuan yang juga merupakan seorang guru fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong itu merupakan orang Pasir Mas, Kelantan. Mereka berkenalan melalui sesawang Facebook. Beliau merupakan seorang yang kuat agama dan keluarga hafiz hafizah. Alhamdulillah.

Harap ohbulan dapat kongsi tentang perkara ini. Berkongsi bahagia, selepas pertunangan Ally Iskandar, nampaknya Fedtri dulu yang makan nasi minyak!

No comments:

Post a Comment