Monday, August 02, 2010

..:: PoLycYsTic OvARy SynDrOmE ::..

Salam buat semua

Diatas saranan sorang kakak kat opis aku ni dan gerak hati aku yg selalu memikirkan ttg second baby... aku memberanikan diri utk berjumpa dgn doktor utk mendapat khidmat nasihat....

Aku citer masalah aku.. dah lama nak pregnant tp lum ada rezki. Lepas bersalinkan Adam dulu aku x amik apa2 pil perancang pun. Kitaran haid aku yg x menentu, berat badan bertambah dan lain2. Sembang punya sembang, doktor Zaini kata maybe kes aku ni bleh dikenali sbg PCOS - Polycyctic Ovary Syndrome.

Then pg td aku pun tanyalah pak cik google...

First aku tgk gambar ni, aku geli... Cam ni ke keadaan ovari aku? Lagi aku baca kat website pakar sakit puan, sri kasih dan byk lagi lah..

Aku citer ngan husband aku, dia kata samalah kes masa setahun yg lepas ms aku jumpa dr Lenny kat klinik an-nisa kat seksyen 7 dulu tu. Tp masa tu dr Lenny tu kata ovari aku bengkak then dia bg ubat supaya period trun. Lepas period trun, aku g follow-up siza ovari aku dah kecut sket... Tp ms tu dr Lenny tu x bgtau plak ttg simdrom PCOS ni...

Ni lg info ttg PCOS ni :-

Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.
So, jagalah kesihatan diri....

No comments:

Post a Comment