Wednesday, February 01, 2012

..:: Company Trip - I N D I A ::..

Alhamdulillah… semuanya berjalan dgn lancar. Perjalanan pergi dan pulang saya bersama-sama rakan sepejabat ke bumi India… Tarikh 20hb – 29hb Januari 2012, betul-betul memberi kenangan yang manis buat saya. Peluang yg diberikan utk memijak kaki di bumi India… pengalaman yg betul-betul tidak dapat dilupakan…..Sebelum berangkat ke India, perbagai persediaan yg dah saya lakukan…. Antaranya bertanya pd kawan2 yang pernah pegi ke India dan tanya pd pak cik google….. salah satu blogger yg saya jumpa dan byk memberi inspirasi utk saya ialah blog ni…. Dapatlah gambaran serba sedikit tentang perjlnan di bumi India….. saya juga berharap agar perkongsian saya di sini akan memberi manfaat kpd mereka yg membacanya... yg memang ada plan nak g Kashmir pd musim sejuk terutamanya.... memang best sangat....

DAY 1 - 20hb Jan – Kuala LumpurNew Delhi



Bertolak dr KLIA pd 8.40pg tp seawal 6.00pg lg saya dah sampai kat KLIA utk check in. Kitorang pergi ngan Parlo Travel Agency. Penerbangan ngan Malaysia Airline mengambil masa 5 jam 10 minit utk sampai ke Delhi.

Kitorang sampai Delhi lambat, sbb air traffic kat airport Delhi sesak disebabkan cuaca yg paling teruk di Delhi… almost 1 hour kitorg delay…. Turun jerk at Delhi tu…. Memang cuaca sejuk giler. 5 celcius….. dr Indra Ghandi International Airport, Delhi…. Kitorg bergerak ke salah sebuah restoran tempatan utk lunch. Alhamdulillah… sedap hidangannya dan boleh masuk arrrr ngan selera saya… klau ikutkan jadualnya, kitorg akan ke Qutub Minar tp disebabkan flight kitorg delay dan terlambat, so, x sempatlah nak g Qutub Minar. Kitorg dibawa utk melawat Lotus temple. Tp kitorg x masuk dalam pun…. Cuma amik gambar dr luar ajer…. Kitorg juga dibawa melihat kawasan perumahan ahli-ahli parliment dan secretariat building di sepanjang perjalanan menuju ke Park Plaza hotel utk berehat.




DAY 2 - 21hb Jan – DelhiSrinagar, Kashmir.

Selepas sarapan di hotel, kitorg check out dan terus menuju ke domestic airport utk g Srinagar, Kashmir. Kata local tour guide tu, org2 di Kashmir ni almost 90% adalah muslim dan masyarakat di Kashmir tidak mengaku diorg adalah rakyat INDIA. Kashmir satu ketika dulu menjadi rebutan antara Pakistan dan India… Kitorg naik pesawat IndiGo, ala-ala Airasia gitu…. Belum pun IndiGo mendarat kat airport Srinagar tu, dr atas, saya dah nampak view yg sangat cantik…. Subbahanallah…. Allah maha Berkuasa…. Cantiknya bumi ciptaanNya…. Bila IndiGo dah cecah lapangan terbang tu, lagilah cantik…… banyaknya saljiiiii…… masa ni suhu di Srinagar, Kashmir dalam -ve 2 celcius…..

Dr airport terus ke houseboat. Kitorg lunch kat dalam houseboat ni…


then keluar semula utk ke Mughal Garden ofNishat Bagh (Garden of Pleasure) yg terletak bertentangan ngan Dal Lake……kat sini klau musim summer, penuh ngan bunga yg berwarna warni… tp sbb kitorg sampai musim sejuk, maka taman ni penuh ngan salji….


On the way balik ke houseboat, kitorg singgah kat local butik yg buat carpet, pusminar… mola-mola dgr dia citer cam na buat carpet…. Bertuahnya rasa diri ni bila berpeluang utk mengetahui cam na diorg buat carpet tp lepas tu,rupa-rupanya…. Nak jual carpet lah…… ada carpet, shawl, sari dan lain2….. kat sini saya terbeli shawl @ 750 Rupee / RM 47.30 . Nasib baik beli satu jer….. kire mahal juga tu….

Actually kat Kashmir ni, klau tinggal di houseboat ni….. ada byk kenangannya….. Memang best arrr tinggal kat houseboat ni… ada pelbagai jenis houseboat.. semuanya dulaxe…. Sejarah houseboat ni….. dulu masa Inggeris dtg Kashmir, diorg x dibenarkan utk memiliki tanah… oleh sbb itu, diorg bina houseboat sbg tempat tinggal. Sbb tu lah sebuah houseboat ni cam sebuah rumah, ada ruang tamu, ada ruang makan, ada dapur dan ada 3/4 bilik tidur.

Ni ialah HEATER.... tempat tumpuan ramai.. heheheheee... pemanas kat ruang tamu. dlm setiap bilik pun ada juga. korang kena berhati2 sket ngan heater ni.... saya punyai kenangan yg x dapat saya lupakan - heater ni telah menyebabkan baju sejuk saya dapat corak baru.. huuhuuuuhuuu.. sedihnya.....

Setiap houseboat ni akan ada dua orang yg akan bantu kita… lebih kurang cam pembantu rumahlah… diorg hidangkan makanan, bakarkan kayu utk heater dan lain2…. Ni ialah En Ramzan atau nama panggilannya "kaka" hehehehehhee.... baik orgnya dan suka buat lawak...

Di sini ramai peniaga.... Dr tepi jalan utk ke houseboat, kitorg akan naik sampan atau dikenali sbg “Shikara”. Sepanjang perjlnan merentasi tasik tu, sebelum sampai ke houseboat, kitorg akan dihimpit oleh peniaga yg menjual brg diatas Shikara… Kat houseboat plak, akan ada peniaga yg akan masuk melawat kita…. Utk menjual barang diorg… klau diorg dtg ni, kena pandai bargain utk dapatkan harga yg termurah… Bak kata tour leader kitorg, kat Kashmir ni dia x akan bawa kitorg g market tp market yang akan datang ke houseboat kitorg.





No comments:

Post a Comment