Monday, May 30, 2011

..:: TaHniAh buAT SaLmA daN ErrA FaziRa ::..

Assalamualaikum....

Korang layan Mentor 5 tak? Aku laayyyyaaannnnnn..... tu jer yg mampu aku layan. x leh nak layan AF/Maharaja Lawak/sbgnya sbb rumah i x der piring besarrr arrrr.....


Malam kemuncak Mentor musim kelima yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi menyaksikan protege Erra Fazira, Salma dinobatkan sebagai juara. Dengan kemenangan tersebut, peserta dari Tawau, Sabah ini berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze sumbangan Chevrolet. Memperoleh pungutan markah sebanyak 85 markah, Salma membuka tirai dengan sebuah duet bersama mentornya menerusi lagu Jendela Hati. Gadis berusia 21 tahun ini kemudian tampil dengan persembahan hebat dan memukau menerusi lagu Listen dendangan Beyonce.

Pada malam konsert penentuan yang disiarkan secara langsung di TV3 itu, Salma turut berduet dengan juara Malaysian Idol 1, Jaclyn Victor dengan lagu, Cinta (Kris Dayanti & Melly Goeslow) dan Rindu (Hetty Koes Endang). Pemilik nama Salmah Binti A. Asis ini turut menyampaikan lagu baru ciptaan Taja (Meet Uncle Hussain) berjudul Aku Permata.

Tempat kedua pula dimenangi oleh protege Datuk Sharifah Aini, Shiha dengan pungutan markah sebanyak 63 markah. Gadis berusia 24 tahun ini berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan Vespa LX150 tajaan Naza World. Pada malam konsert, Shiha menyanyikan lagu Rindu bersama mentornya, lagu solo berjudul Kisah Hati (Alyah), lagu duet bersama Black, Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah) dan Balqis (Siti Nurhaliza) serta lagu baru ciptaan Ajai berjudul Bila Bertemu Mu.

Manakala pemenang tempat ketiga yang akan membawa pulang wang tunai RM10,000 dimenangi oleh protege Edry, Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Binti Mohd Nor dengan pungutan markah 56 markah. Peserta dari Ampang, Selangor ini menyampaikan lagu duet bersama mentornya, Ganas, lagu Ku Mohon (Datuk Sheila Majid), lagu baru ciptaan Edry sendiri, Di Penghujungnya dan duet bersama Faizal Tahir, Karma.

Pada pandangan aku lah... semua protage ni mempunyai kekuatan masing2... tp seriously aku x sangka Salma akan menang mlm td sbb performance dia cam drop ms semi final dan Iqa melonjak naik.. Aku dok bayangkan dah ramai yg dok menyokong Ika.... lgpun masa semi final hari tu... jauh gile Salma ditinggalkan oleh shiha dan Iqa... Masa juri awam bg markah pun Salma dapat sikit jer.. 16/20 compare ngan Iqa yg dpt markah penuh 20/20..... Salma memang ada bakat dr awal2 lagi....

No comments:

Post a Comment