Tuesday, December 09, 2014

..:: Aktiviti Cuti Sekolah ::..

Cuti sekolah dah lama bermula... ada org suka dan ada juga yg x suka..  bagi aku, cuti sekolah kali ni mengajar aku satu perkara.. 

"Ikhlaskan diri, berikan penuh perhatian dan tumpuan dalam melakukan suatu perkara"
Hari ini hati aku menangis tanpa mengeluarkan air mata. Menangis melihat keadaan Adam... hari ni merupakan hari yg ke 10 dia bersunat tp masih belum boleh pakai seluar dan lukanya masih belom sembuh..


Pd 29 Nov yg lepas, Adam dan Aiman disunatkan secara laser di sebuah klinik swasta di Taman Perwira, Sijangkang..... Seminggu aku dan suami berulang alik dr shah alam ke Sijangkang tu utk jaga Adam. Seminggu aku tinggalkan Adam di sana dan dijaga oleh kakak aku (ibu Aiman)... Harapannya bile masuk minggu baru Adam dah boleh pakai seluar dan boleh aku hantaq dia ke taska tp ianya mengecewakan....


Minggu ni aku terpaksa ajak my MIL datang temankan dan jagakan Adam dirumah... Nasib baik aku dah pindah kerja yg dekat dgn rumah skrg ni... bolehlah aku blk tgk dia masa lunch..

Ada sedikit penyesalan jauh disudut hati aku... 

Itu yg membuatkan aku menangis... 

Ok, supaya pd yg lain agar x menangis lg macam aku ni..... boleh baca blog ni  Ada info yg menarik dan boleh membantu.. Yg penting, jgn mengulangi kesilapan aku yg x mandikan Adam selama seminggu!!!! Actually, dlm hari pertama - ke 3, boleh lap kan badan dia.... Then hari ke 4 tu dah boleh mandi.... dan klau nak berendam pun boleh... ni lah kesilapan aku...... 



No comments:

Post a Comment