Salam sayang buat korang semua... lately ni saya asyik dapat email utk berjaga-jaga dengan penjenayah disekeliling kita. kata org, klau x kena, mmg boleh kata macam2 lah. tp klau dah kena kat atas batang hidung sendiri mmg menyesal habis arr.... tp kekadang tu dlm dok berhati-hati pun boleh terkena juga.
Itulah hakikat masyarakat kita pd hari ini. jenayah di sana sini... dok dlm rumah pun x selamat, apatah lg dekat luar rumah...
Pertamanya saya dapat email tentang kes yg langgar keta tu... berhati-hatilah para pemandu. dulu pun penah dengar juga dah citer cam ni.....
Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.
Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.
Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"
"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.
"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.
Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.
"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.
Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.
"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.
Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.
Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.
Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.
"Besok saya call" kata saya.
"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.
Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.
Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.
Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!
Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.
Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.
Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.
Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012
Yg keduanya tentang kereta juga.....
Dear fellow residents, below for your info.
I think I almost became a victim of this last night. Had dinner with my
friends at one of the restaurant near Kayu in SS2 (formerly Cheow Yang).
After dinner, I unlocked the car to put some stuffs in the back. Then I
don't seem to be able to lock the car again. It was like the remote
batteries were totally flat. No signals at all. My remote doesn't have a
light so I couldn't tell if the batteries are weak or flat. It just didnt
work. All of a sudden for no reason, the remote just doesn't work.
Then my friends decided we will just pop over to Kayu for a drink. Since it
was almost the other end of the block, I decided to drive over and park
nearer to Kayu. Thank goodness I did that. When I got down at Kayu the
remote worked fine again. No problem. So, now with this email which I just
received, I think it was highly possible that such a device is being used on
my car last night.
If you all ever encounter such situation with your car remote, just drive
off and re-park somewhere else and see if the remote can work again or not.
Best Regards,
Car Theft
PLEASED BE INFORMED
Friends and colleagues, Last week, my wife's car got stolen in a very busy
place near Jaya Jusco in Mahkota Cheras. This episode is something worth
sharing so that we can reduce the chance of having our cars stolen. After
parking her car on the roadside outside Jusco, she found that she was unable
to lock the car with the car remote, so she thought the remote battery is
flat,and proceeded to lock the car manually.She then went to buy some
groceries and about 30 min later when she returned to the spot where she
parked her car, it was missing. Later at the police station and insurance
agency, she was told that some car theft syndicates can use an electronic
device to 'clip' the car remote's frequency when she used it to lock the
car. The side effect of the 'clipping' operation is that the user will be
unable to lock the car with the remote. Once they have the frequency, they
were able to steal the car once you are out of range. Lesson learnt - next
time when you are unable to lock your car with the remote, chances are high
that someone nearby is already targeting your car - do not park there
anymore, just drive away.
Dan yg ketiga ni plak........ tentang officemate saya sendiri.... Namanya Nik. Dia balik kampung sbb nak kahwin... Pd hari kendurinya tu, dia kehilangan beg tangan termasuk semua kad atm, ic dan semua arrr.. nasib baik dia x guna kad kreadit.... Hilangnya hari ahad, masa kenduri tu... tp sedarnya mungkin dah lewat ptg dlm kul 4 ptg cam tu.... Dia call bank utk blok kan transition akaun dia......
Silapnya pd hari isnin tu, dia x g bank utk check akaun dia sbb dia ingat klau dah blok, kire dah ok. nak tunggu nanti bila balik mai KL baru nak buat kad atm baru, baru nak buat ic baru dan semuanya lah....... Yg kesiannya, pg td dia baru start keje. dia online maybank2u dia.. check tgk duit tinggal RM12.00 jer.... Duit gaji bulan ni dia belom amik tau.... sedihhhhnyerrr..... cuba pikir, cam na pencuri tu leh amik duit dia dr acct guna kad atm tu....
1. sbb dia amik sekali ngan IC Nik tu... sbb selalunya org akan buat no ic yg 6 digit tu sbg no pin...... so, mmg betul arr... Nik ni mmg guna no ic sbg no pin dia.. cuma dia terbalikkan no ic tu... contohnya cam 830330 dia jadikan 033038..... korang plak cam na? huuhuuuuu... nasib baik no pin kita bukannya no ic....
Jenayah berada disekeliling kita... oleh itu.... berhati-hatilah ek....
No comments:
Post a Comment