Saturday, December 10, 2011

..:: BerSaBaRLah UmmIE ::.

perkara semlm masih lagi terbayang-bayang dlm kotak pikiran ni. entahlah.. susah untuk dilupakan.... oleh itu, saya mencari penawarnya..... tanya pak cik google lah... saya terjumpa ni... dr blog ummu Insyirah....

Apa Yang Perlu Dijangka Apabila Hantar Anak Ke Taska

Dicedok dari : http://mysuperkids.net

Bila hantar anak ke taska ni, saya dengar banyak complaint dari ibu-ibu lain (bukan taska anak saya ni, tapi taska secara amnya). Tapi, bagi saya benda itu semua expected lah. Mungkin ada ibu yang terlalu high expectation. Fahamilah kan, sedangkan ibu sendiri pun jaga kadang-kadang ada terlalai terleka, inikan pula di bawah jagaan orang lain yang kena jugak jaga lagi 3-4 orang budak lain. Cuma, janganlah sampai kes serius yang boleh menggugat keselamatan anak kita.. itu memang tak boleh kompromi lagi. Kalau kes2 kecil, mungkin kita boleh pejam mata, atau maafkan mereka dengan hati terbuka.

Tertukar baju anak
Anak-anak saya selalu bawa balik baju orang lain, spender orang lain pun ada kadang-kadang. Apa yang saya buat adalah basuh baju itu, lipat elok-elok dan pulangkan kepada taska. Mungkin pihak sebelah sana (ibu kepada anak yang tertukar tadi tu) tak buat benda yang sama (tak pulangkan). Mungkin dia lupa atau mungkin dia tak sedar pun ada baju yang tertukar. Kalau saya halalkan ajelah. Baju je pun, kalau emas seketul mahu jugak saya bising, HeHe.

Langkah mengatasi : Pegi taska bawak baju murah-murah, baju biasa-biasa sudah. Biorlah orang nak ngate “Murahnya baju anak-anak dia..”, ada aku kesah?


Mungkin saya boleh gunakan apa yg dicadangkan oleh dia....

No comments:

Post a Comment