Thursday, March 18, 2010

..:: SeNyaP LeBih BaiK? ::..

Sememangnya lidah ini lebih tajam dari pedang. dan mata pena juga lebih tajam dari mata pedang. Lidah dan pena. Lebih ampuh dari pedang?

Dan “pedang” inilah juga yang akan dikunci oleh Allah SWT di Masyar nanti. Dibuka ketajaman anggota lain untuk bersuara, mengadu perlakuan diri.

Jika baik perlakuan, ia akan menjadi nikmat. Jika tidak, anggota tubuh yang bersuara akan mengheret diri ini ke neraka.

Benar kata RSAW; berkata lah sesuatu yang baik @ senyap itu lebih baik dari berkata sesuatu yang sia-sia.

Kurang bercakap, kuranglah hati lain terasa,

Kurang hati terasa, kuranglah kita berdosa.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Hubungan dengan Allah dan juga hubungan sesama kita?


No comments:

Post a Comment