Friday, July 08, 2011

..:: TaNda-TaNdA naK BerSaLiN ::..

Assalamualaikum...

Itulah yg asyik aku dok pikir2 sekarang... kekadang tu rasa cam 1st time nak bersalin plak. wal hal ni dah yg 2nd time.... hhhmmm.... tp mmg lah 1st time pun, 1st time utk aku bersalin kat hospital kerajaan... dulu masa Adam, aku g hospital SALAM, seksyen 19, shah alam...

Hari ni aku dah cukup2 38 minggu... orang kata dan hasil dr bacaan aku, masa yg sesuai utk bersalin ialah antara 38 - 41 minggu.. tu yg aku asyik dok terpikir2 jer tanda2 nak bersalin ni. nak2 plak, kali ni aku rasa husband aku ni, terlalu prihatin pd kandungan ni. rasanya dulu pun cam ni gak kot, tp mungkin sbb aku dah x ingat citer2 lama tu... lgpun ms sarat ngandungkan Adam, aku ada peneman setia... auntie lah orgnya... dia selalu dtg temankan aku kat rumah. ye lah.. ms tu dia bujang, la ni dia x bujang dah... mana leh selalu dtg temankan aku cam dulu lg dah....

Dulu masa Adam.... alhamdulillah... rasanya x lah teruk sangat ujian drNya... aku terjaga awal pg dlm kul 6.00pg, nak terkencing.... lepas tu masuk bilik, nak sambung tido, aku rasa cam terkencing lg... nak tahan tp x boleh tahan, dia kuar juga.. aku kejutkan husband, bgtau dia... nape ummi x leh nak tahan kencing ni..... then lepas tu, rasa sakit perut cam nak terberak plak... jalanlah aku g tandas lg skali... on the way jalan tu pun, air td kuar byk lg, meleleh-leleh kat celah kangkang ni..... lepas buang air besar, aku tgk cam ada darah... hah!!!!!! apa lagi, aku pun bersiap2 lah g hospital... baru lah tersedar, agaknya yg td byk2 air yg keluar tu ialah air ketuban kot... memang ya dah lah tu..... on the way g hospital, baru terasa kontraction tu.. sampai hospital, dlm kul 7.30am, masuk labour room trus, nurse check kata dah terbuka 8cm.... so, tunggu doktor sampai, dlm kul 8.00, then kul 8.23pg.. alhamdulillah.. aku selamat melahirkan abg Adam....

Bila bersalin di hospital swasta ni, semuanya dilayan... tu yg aku risau ni bila nak g bersalin kat hospital kerajaan ni.. nak prepare minda dan fizikal.. sbb dr bacaan aku, memang jauh berbezalah.... tu yg aku pun sibuk dok cari tanda2 bersalin ni. kang aku g hospital tu, kena hambat balik plak.....

1. Bayi turun ke bawah

Ni tanda yang kebanyakkannya akan alami. Lepas tu, kalau orang-orang tua pulak, mesti akan cakap, perut dah jatuh sebab baby dah turun. Diorang mesti akan cakap dah tak lama dah la tu. Especially kalau nampak dah jatuh sangat. Lepas tu, muka ke, hidung ke, macam dah nampak sembam.

Bila baby dah turun bawah, time tu la biasanya kita akan rasa:

  • sakit kat bahagian kelangkang. Time berjalan ke, duduk ke sebab baby menekan.
  • Time tu asyik nak terkencing je.. hehehehehehe
  • Ada yang cakap akan rasa sakit perut. Saya terasa sakit perut sebab adik ni asyik mengeras je.. hihihihihih
  • kerap buang air besar. Tang ni, macam biasa jela, tiap hari…
  • kerap terkentut. hihihi ni saya ada baca kat satu website tu. Korang ada tak? Saya takdela sangat..
2. Keluar lendir pekat / lendir berdarah

Ni kot yg orang tua-tua dulu cakap kembar darah, kalau kembar darah biasanya lagi sakit daripada kembar air atau pecah ketuban dulu. Tu saya pun tak sure, tapi kalau based on citer2 dr member yg pernah alami kembar darah ni cakap, memang sakit sangat. Bila dah keluar darah tu, kena cepat-cepat pegi klinik sebab baby mungkin lahir 2, 3 jam lepas tu atau pun mungkin untuk beberapa hari.

3. Sakit belakang

Sakit belakang ni dah alami. Especially kalau lama sangat tak bersandar. Sebab sakit belakang ni, sebab baby dah beralih dan menekan tulang belakang kita.

Cara nak kurangkan sakit:

  • buat ala-ala macam merangkak (tapi jangan merangkak ke depan), lepas tu angkat atau tinggikan badan kita ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan. Then ulang..
  • Ada juga yang suggest dengan banyakkan berjalan. Hahahaha ni part paling best kalau berjalan gi shopping then membeli belah. Comfirm tak penatla time tu. Ekekekkekekeke Orang cakap kalau rajin berjalan ni boleh cepatkan bersalin.
  • Tak pun, minta husband kita urutkan belakang badan kita dengan kuat masa berbaring mengiring.
4. Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Ni la orang tua kata kembar air. dan ni lah apa yg aku alami masa bersalinkan Adam dulu...

Bila Perlu ke Hospital?? Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

1 comment: